Thursday, May 27, 2010

Prosiding Interlokutori dan Perintah Interim di Mahkamah Tinggi Syariah

Salam sahabat-sahabat maya sekalian,
Alhamdulillah masa terus berlalu mencemburui kita. Dalam pejam celik sibuk dengan tugasan harian, sempat juga saya menyiapkan wadah terbaru dengan mengahsilkan buku terbaru dalam genre yang sama seperti buku-buku sebelumnya, iaitu undang-undang Syariah bagi memeriahkan lagi penulisan buku undang-undang Syariah di tanah air.

Buku ini berkonsepkan separa akademik tetapi lebih memfokuskan secara 'praktikal ' amalan biasa perjalanan prosiding perbicaraan di Mahkamah Syariah dengan rujukan asasnya kepada undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Penekanan diberikan kepada konsep interlokutori, perintah interim, ex parte, injunksi dan seumpamanya dengan rujukan kepada kes-kes terkini di Mahkamah Syariah. Buku ringkas ini adalah memadai dan amat bernilai bagi mereka yang ingin mengetahui konsep asas permohonan-permohonan interlokutori di Mahkamah Tinggi Syariah  yang seringkali menimbulkan salah faham terutamanya prosiding-prosiding yang wajar dikemukakan di hadapan mahkamah samada sebelum, semasa atau selepas perbicaraan.

Ini adalah buku ketiga yang dihasilkan oleh Penulis dan yang kedua pada tahun ini selepas 'Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip dan Amalan'. Buku pertama ialah 'Penghinaan Mahkamah  Mengikut Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah' yang diterbitkan dalam tahun 2007 adalah penyuntik semangat dan sebagai inspirasi untuk menghasilkan buku-buku seterusnya.

Semoga buku terbaru ini memberikan banyak manfaat kepada semua pembaca, pengamal undang-undang, pelajar dan pecinta undang-undang Syarie di Malaysia. Nantikan pengedarannya di toko-toko buku berhampiran anda! InsyaAllah.

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.. kat mana boleh dpt buku ne? saya dari Brunei and i'm interested with this book and am hoping to get it..

Tuan Snake said...

salam.
Buku ini masih di dalam simpanan penerbit dan dijangka dikeluarkan selepas september atau oktober tahun ini bergantung pada bajet syarikat berkenaan.

Tuan boleh melayari karyakreatif publications.blogspot.com untuk makluman lanjut atau emailkan kepada karyakreatif@ymail.com. Saya akan berhubung dengan tuan dari masa ke semasa Insyaalah.

Anonymous said...

buy facebook likes
buy facebook likes
how to get facebook likes

http://www.lovingwhisper.com/user/forum/profile.php?id=172421 http://forum.gamer-haven.com/phpbb3/memberlist.php?mode=viewprofile&u=16370
buy facebook likes get facebook likes get 1000 facebook likes buy facebook likes
_________________
buy facebook likes [url=http://1000fbfans.info]buy facebook likes[/url] buy facebook likes get facebook likes

Anonymous said...

I just like the valuable information you provide on
your articles. I'll bookmark your weblog and take a look at again here frequently. I am reasonably sure I will learn many new stuff right here! Good luck for the following!
My homepage ; buy cheap google plus ones

Unknown said...

Dimana saya boleh dapatkan buku ni

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...