Thursday, October 10, 2013
Tuesday, October 1, 2013
QADHA' QADAR
Kadang-kadang
Mata sering tertipu dengan mulus warna
Hati selalu terkeliru dengan alun rindu
Otak sentiasa silap mentafsir sesuatu
kerana
Akal terlalu menyanjung ilmu
Iman tidak tegak pada qadha' dan qadar yang jitu
kepercayaan sering disalah anggap
bahawa hanya ilmu dan keyakinan diri sahaja yang perlu
Tanpa mengharap berserah kepadaMu
Rebahnya tinggi sekalian harapan
Terbang dalam deru angin bersalut debu
Bukan kurang cekalnya hati
Atau
Kurang tabahnya diri
Tapi
Tiadanya rasa
Bahawa
Penyudah itu dari Tuhan Yang Esa
Hartamas
2 Oktober 2013
Kadang-kadang
Mata sering tertipu dengan mulus warna
Hati selalu terkeliru dengan alun rindu
Otak sentiasa silap mentafsir sesuatu
kerana
Akal terlalu menyanjung ilmu
Iman tidak tegak pada qadha' dan qadar yang jitu
kepercayaan sering disalah anggap
bahawa hanya ilmu dan keyakinan diri sahaja yang perlu
Tanpa mengharap berserah kepadaMu
Rebahnya tinggi sekalian harapan
Terbang dalam deru angin bersalut debu
Bukan kurang cekalnya hati
Atau
Kurang tabahnya diri
Tapi
Tiadanya rasa
Bahawa
Penyudah itu dari Tuhan Yang Esa
Hartamas
2 Oktober 2013
Tuesday, June 18, 2013
COVER BARU BUKU UNDANG-UNDANG TATACARA MAL
Awal Jun lalu saudara Fitree dari Anugerah Cekal Sdn Bhd menunjukkan kepada saya design baru untuk cover buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Prinsip dan Amalan. Design baru itu tidak jauh bezanya dengan design lama cuma sedikit pembaharuan. Antara sebab dikekalkan design lama kerana alasan pembaca sudah mengenali buku tersebut dan perubahan besar-besaran mungkin akan menjejaskan pemasaran.
Dummy awal bagi edisi baharu juga telah disiapkan dengan penambahan lebih 40 halaman dan insyaallah memberi maklumat baharu kepada para pembaca. Apa pun sebagai penulis saya tidak mahu mengulas lanjut kerana sebahagian besar pembaca sudah memaklumi kandungannya. Penambahan ketara pada tajuk-tajuk baru dengan rujukan kepada lebih 27 kes baru yang dilaporkan dalam jurnal. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, undang-undang tatacara mal adalah suatu yang hidup dan tidak bersifat kontemporari semata-mata kerana perkembangan undang-undang berkembang melalui keputusan kes, sehubungan dengan itum banyak kes-kes terbaru yang dilaporkan dimuatkan dalam edisi baharu ini yang sedikit sebanyak mengubah paradigma sisitem kehakiman syariah di Malaysia.
InsyaAllah edisi baharu buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahakmah Syariah: Prinsip dan Amalan akan berada dipasaran pada hujung bulan Jun 2013.
Selamat membaca. Tempahan juga boleh dibuat dari sekarang.
Dummy awal bagi edisi baharu juga telah disiapkan dengan penambahan lebih 40 halaman dan insyaallah memberi maklumat baharu kepada para pembaca. Apa pun sebagai penulis saya tidak mahu mengulas lanjut kerana sebahagian besar pembaca sudah memaklumi kandungannya. Penambahan ketara pada tajuk-tajuk baru dengan rujukan kepada lebih 27 kes baru yang dilaporkan dalam jurnal. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, undang-undang tatacara mal adalah suatu yang hidup dan tidak bersifat kontemporari semata-mata kerana perkembangan undang-undang berkembang melalui keputusan kes, sehubungan dengan itum banyak kes-kes terbaru yang dilaporkan dimuatkan dalam edisi baharu ini yang sedikit sebanyak mengubah paradigma sisitem kehakiman syariah di Malaysia.
InsyaAllah edisi baharu buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahakmah Syariah: Prinsip dan Amalan akan berada dipasaran pada hujung bulan Jun 2013.
Selamat membaca. Tempahan juga boleh dibuat dari sekarang.
Friday, June 14, 2013
Lagu untuk ibu
Setitik air susu yang masuk ke mulut
Besar hajat ibu nak tengok ku hidup
Air susu ibu nilai tadak rego
Walau pitih beribu denge duit berjuto
Kutengok muko ibu sejak mudo sapa tuo
Dahi kedut seribu ube putih penuh ppalo
Tapi aku tahu ibu banyok jaso
Air tange ibu seribu bau seribu raso
Oh ibu oh ibu terima kasih ibu
Sejak kecik hinggo dewaso
Nyamok sekor tak bui ketik mu dok jaga
Make minum kain baju tak bui kure
Didik aku denge penuh kasih saye
Bila besar baru aku kenal diri
Tak ternilai jasa ibu tabur budi
Tange paha kaki sanggup jadi jambe
Relo susah diri pegho aku soghe
Ibu yang dah tuo dok perati anok-anok
Hok dia tabur jaso bilo besar
Anak yang berjaya ditaruh harape
Bekal hari tuo tepat dia nak menumpe
Oh ibu oh ibu jasamu kukene
Selama ini ibu duduk jadi hamba
Hari ini ku nak balas segala jasa
Sakit deme make minummu ku jaga
Nak bui sene hidupmu di maso tuo
Jasa baik budi ibu ku tak lupo
Walau setitik air susu kurasa
Nok buleh ku sore mu ngandung sembile bule
Letih penat badan mu tak ghoyat ko ore
Kucium tange ibu mintak halal mintak ampun
Segala salah aku banyak sangat kalu hitung
Hari ini ku tahu nilai kasih ibu kandung
Budi dan jaso ibu setinggi-tinggi aku sanjung
Pado anok-anok hok masih ada ibu
Tolonglah pakat tengok walau sekali sari seminggu
Harta dia tak nak harap kasih anak cucu
Tengok mato anak terubatlah segala rindu
Oh ibu oh ibu kusaye pada mu
Oh ibu oh ibu halallah make dan minumku
Oh ibu oh ibu ampunkan dosaku
oh ibu oh ibu terima kasih ibu
-Sulizi Awang
Thursday, June 13, 2013
JALI NNISE: THE LEGEND KOTA BHARU
3 Jun 2013. Kebetule ambo ada janji temu dengan saing di Istana Balai Besar Kota Bharu. Janjinye puko 9 pagi. Lebih kure 9.05 minit ambo dah sapa tengango di Pade Bank. Tunggu-tunggu tak dak napok pun baye. lebih kure puko 9.15 barulah dia ada telepon, ghoyat takleh maghi awal kena tunggu puko 11 setengah baru buleh sapa. Katanyo nak gi klinik dulu bawok anok ceghah perut.
Ok lah. Begheh. baghu puko 9.20. Peghut pun mula rasa lapa tak make pagi lagi. Ambo jale kaki soghe-soghe litah Bazaar Buluh Kubu. jale sterit...napok pasar Siti Khadijah..Mulonya ingat nak make nasi belauk atas keda (pasar), tapi teringat pulok ko nasi bukuh sebelah pasar lamo bedepe ngan stesen bas sebelah Chin Seng.
Sebelah Chin Seng ni ada keda kopi
pat drebar kereta sewa tunggu pasenjey
Denge nek ta tak pecat, baju putih kacing llenge wak masuk ddale, ambo litah jale alah ko stesen bas. Ada duo tigo oghe kerling kok ujung mato..Bokali dio tengok ambo pelik paka po D.O jjale kok Kota Bharu. Agah bokali budak ni dale hati....
Dulu maso skoloh, ambo dey jadi hero ssining.....
Pitah kok kereta sewa, kona kkanan hilir market lamo (market tak tahu mano doh, keno rombak) ado keda ssutir pat drebar teksi dan kereta sewa tunggu passenjey. samo mace dulu.. Ore pu ore samo, cumo ppalo jah putih beruban.. Tuo doh blako. Ado sore duo tu ambo kenal lagi, tapi sekyo tak kenal doh ambo. Lagi pun dulu ambo budok, lo ni tuo doh jugok. Paka pulak baju kacing llenge ta tak pecat, ko- demo tu tak kenal.
Tengoh sedak make, blake ambo keno tepok."Cih Menate ning, Balik kkapung tak ajin maghi pat aku..! Tok soh nnusuk la, belikat mung pun aku kenal!...."
"Agah menate ning lo ning...Aku dengar kabar mu jadi Oghe besar kololupo..paka baju pun supo dokto, mung sesat alah kuano sapa ssining?"
Menasaboh pun oghe kata agah....(aku kato dale hati laa)
"Cih! Jali..." Ranggah dulu nak gege pun..." sahut aku bele ssengih...
Rupo-ruponya Jali hok tepok belake ambo. Jali ni tue-tue, lejen Kota Bharu jame ghitu. Ambo tak sey bbual lah ssining..semua oghe pun tahu... Lama tak jjupo nge Jali ado la dale 15 tahun. Banyok bendo nak ghoyat. Tubit habih sekalie cerito sekalie namo saing-saing dulu kalo. Setengah pade setengah ambo pun tak ingat doh.. Bbual ngan Jali buke sokmo-sokmo. Terasa budok balik semeta-meta. Ralit bbobok nge Jali Nnise, ambo tak kabar jam doh puko 12. Peduli lah ke janji temu, esok buleh mari lagi.
Lejen Kota Bharu. Jali Nise. Tuo doh lo ni...
Tajuk : Lagenda Jali Nise ( JNTL )
Melodi Lagu Ciptaan : Ary Ariasputera Lirik Ciptaan : Satria Mega
Terpahat sudah satu legenda
Tanah serendah sekebun bunga
Jali nise ampunyala nama
Nama sebesar dalam arena...
Rambut kerinting afro lagakmu
Bagai mafia berkulit hitam
Ngerinya warga lihat matamu
Bagai terpisah nyawa badan ..
kau jali Kau lah lagenda
Bisa matamu tak siapa menentang
Suara garau memanglah jantan
Siapa melawan buruk padahnya
Jari dipetik berduyun yang datang..
Kini hanya tinggalah nama
Kemana kamu menghilang
Ngerinya warga lihat matamu
Bagai terpisah nyawa badan
kau jali Kau lah lagenda
Melodi Lagu Ciptaan : Ary Ariasputera Lirik Ciptaan : Satria Mega
Terpahat sudah satu legenda
Tanah serendah sekebun bunga
Jali nise ampunyala nama
Nama sebesar dalam arena...
Rambut kerinting afro lagakmu
Bagai mafia berkulit hitam
Ngerinya warga lihat matamu
Bagai terpisah nyawa badan ..
kau jali Kau lah lagenda
Bisa matamu tak siapa menentang
Suara garau memanglah jantan
Siapa melawan buruk padahnya
Jari dipetik berduyun yang datang..
Kini hanya tinggalah nama
Kemana kamu menghilang
Ngerinya warga lihat matamu
Bagai terpisah nyawa badan
kau jali Kau lah lagenda
Sunday, June 9, 2013
Ziarah Pejabat Timbalan Mufti Umpama Kembali ke Maahad Muhammadi
Tanggal 3 Jun 2013, sempena kunjungan ke Istana Balai Besar Kelantan yang diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, kami telah aaturkan pertemuan dengan Pejabat Mufti Negeri Kelantan. selepas taklimat yang disampaikan oleh Dato Ahmad Mahmud, Pengelola Istana Negeri kelantan, ahli rombongan dan beberapa pegawai terlibat mengambil peluang mengunjungi pejabat Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Appointment walaupun telah dibuat beberapa hari yang lalu, kami bagaimanapun telah disampaikan berita bahawa Sahibus Samahah Dato Mufti masih berada di utara tanah air kerana menghadiri satu program rasmi dan tidak sempat pulang untuk bertemu kami. Bagaimanapun, kunjungan kami telah disambut oleh Timbalan Mufti Negeri al Fadhil Ustaz Dato Nik Abdul Kadir. Ketiadaan Sahibus samahah Dato' Mufti sebenarnya memberi peluang untuk kami berjumpa kembali dengan mantan Mudir/Pengetua Sekolah Maahad Muhammadi iaitu ustaz Nik Dir kerana dikhabarkan beliau yang menunggu kehadiran kami nanti. Peluang tersebut tidak dilepaskan di mana kami telah disambut dengan penuh mesra dan senyum dari jauh lagi oleh beliau.
Kunjungan tersebut dimulai dengan sedikit taklimat disamping sajian istimewa yang telah siap terhidang. Sewaktu sesi taaruf, suasana formal kembali menjadi ceria apabila Dato Timbalan Mufti yang lebih gemar dipanggil ustaz menyedari sebahagian besar anggota rombongan yang hadir adalah dari kalangan bekas anak muridnya. Dato yang lebih dikenali sebagi Ustaz Nik Dir di kalangan kami menzahirkan rasa gembira dan seronoknya apabila sebahagian besar dari bekas pelajar Maahad Muhammadi menjawat jawatan yang baik dalam kerajaan negeri dan persekutuan malah masih berterusan memberi sumbangan kepada sekolah yang dicintai.
Perbincangan yang asalnya formal menyentuh latar belakang jabatan, bidang tugas dan sesi soal jawab bertukar ceria apabila masing-masing memperkenalkan diri sebagai bekas murid yang membesar di Maahad Muhammadi Jalan Merbau, Jalan Pengkalan Chepa dan Pasir Pekan. Kebetulannya, ketiga-tiga tempat tersebut Dato adalah Mudir yang berperanan menjadikan kami seperti hari ini. Perbualan berterusan menyentuh alumni Maahad Muhammadi yang kebetulannya al-Fadhil Dato adalah Penaung. Kemesraan Dato' masih tidak berubah seperti mana di Maahad Muhammadi dulu. Kewarakannya makin terserlah malah mulutnya tidak henti-henti memuji-muji kami kerana datang menziarahinya. Dato' juga menzahirkan rasa bangganya apabila sebahagian besar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ditunjangi oleh bekas pelajar-pelajar Maahad, termasuklah Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rendah dan sebagainya. Sepanjang perbualan, tak terasa pun kami sedang bersembang dengan seorang Timbalan Mufti yaang disegani, tetapi terasa seolah-olah kami masih dalam bilik Pengetua di Maahad Muhammadi.
Pertemuan hari tersebut diakhiri dengan acara bergambar kenangan dan doa perpisahan yang didoakan sendiri oleh al-Fadhil Dato'.
Rombongan yang diketuai Oleh YAA Tn. Amran bergambar
kenangan dengan Ustaz Nik Dir, Timbalan Mufti Negeri Kelantan
Friday, May 31, 2013
Wednesday, May 29, 2013
INGAT PESE MAK
PESAN
MAK
Halim Yazid
ingat sokmo hak mok pese
na-nak kali ambo nak turun jjale
jange lupo ke Tuhe
kito ore isele tokleh tingga semaye
ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kapung lame
warih waroh di klate
tokleh sombong ngan ore
pese ibu bapok
ambo tak tlupo
pese ibu bapok
ingat pah bilo-bilo
pese turon pulok
royak wi kat nok ambo
kito harto takdok
pesane jadi ssako
ingat sokmo hak mok pese
kito susoh jange tupe ore
tak soh pinje berute
kalo de banyok ute
kito payoh nok sene
hok mok pese hari-hari
panda panda jaga diri sdiri
bala cekah jamge dicari
tempat susoh jange di gi
ore krenat keno lari
maso kito kayo
rama lah saing sorbat
de takdok gapo sekaro
kucing pun tak dok dekat
mase sene lego
ramai lah kaum kerabat
de takdok gapo sekaro
lalat pun tak sei hinggap
ingat lagi hak mok kato
hati hati dale wat kira caro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tak baik mengupat mengata
hok mok pese hari hari
kito keno kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nak gi
baik baik jago diri
Halim Yazid
ingat sokmo hak mok pese
na-nak kali ambo nak turun jjale
jange lupo ke Tuhe
kito ore isele tokleh tingga semaye
ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kapung lame
warih waroh di klate
tokleh sombong ngan ore
pese ibu bapok
ambo tak tlupo
pese ibu bapok
ingat pah bilo-bilo
pese turon pulok
royak wi kat nok ambo
kito harto takdok
pesane jadi ssako
ingat sokmo hak mok pese
kito susoh jange tupe ore
tak soh pinje berute
kalo de banyok ute
kito payoh nok sene
hok mok pese hari-hari
panda panda jaga diri sdiri
bala cekah jamge dicari
tempat susoh jange di gi
ore krenat keno lari
maso kito kayo
rama lah saing sorbat
de takdok gapo sekaro
kucing pun tak dok dekat
mase sene lego
ramai lah kaum kerabat
de takdok gapo sekaro
lalat pun tak sei hinggap
ingat lagi hak mok kato
hati hati dale wat kira caro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tak baik mengupat mengata
hok mok pese hari hari
kito keno kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nak gi
baik baik jago diri
ingat
sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
jange sombong ngan ore
pesene mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni
ingat sokmo hak mok pese
na-nak kali ambo nak turun jjale
jange lupo kan tuhe
kito ore isele
tokleh tingga semaye
ingat sokmo hak mok pese
ingat sokmo hak mok duduk pese
ingat sokmo hak mok pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
jange sombong ngan ore
pesene mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni
ingat sokmo hak mok pese
na-nak kali ambo nak turun jjale
jange lupo kan tuhe
kito ore isele
tokleh tingga semaye
ingat sokmo hak mok pese
ingat sokmo hak mok duduk pese
ingat sokmo hak mok pese
Dalam kenangan...
al-fatihah
KURSUS PEMAHAMAN UNDANG-UNDAANG KETERANGAN KOMPREHENSIF DI MH RESIDENT CHERAS
Menerima jemputan dari Tuan Hafiz Abdul Hamid Bahagian Latihan JKSM untuk menyampaikan ceramah mengenai Undang-undang keterangan di MH Hotel & Resident Cheras beberapa hari lalu tidak patut dilepaskan peluang begitu saja kerana ruang waktu itu boleh diisi dengan bertukar-tukar pandangan dengan adik-adik JKSM lantikan tahun 2010 termasuklah bekas anak-anak buah di JBG. Tawaran menyampaikan ceramah itu sukar untuk ditolak memandangkan sudah 3 bulan di MSWP ni hanya duduk mengadap komputer sahaja. menunggu tauliah yang entah bila dapat diselesaikan kemelutnya, ruang kosong begini dapatlah membasuh otak dan menggerakkan kembali fikiran yang dah lama bersalut....
Dato Yusuf Musa YA Hakim MRyS menyampaikan ucapan penutup program
Sebahagian peserta wanita yang hadir
Sebahagian peserta lelaki
Bergambar kenangan sejurus tamat kursus
Wednesday, May 22, 2013
Seni guaman syarie
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
Gambar SAFIYANA SALIM
Gambar SAFIYANA SALIM
TUGAS sebagai peguam syarie bukanlah suatu yang mudah, lebih-lebih ketika mengendalikan prosiding mahkamah yang mencabar selain berhadapan kerenah anak guam.
Hal demikian memerlukan bimbingan dan latihan supaya para peguam syarie lebih mampu mengendalikan kes-kes mahkamah syariah dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Oleh itu sebagai seorang peguam, mereka memerlukan seni ketika berinteraksi dengan pihak-pihak terlibat ketika prosiding berlangsung.
Menurut peguam syarie, Abdul Razak Muhidin seni guaman membawa maksud kebolehan untuk memujuk dan menyakinkan serta menambat minda mahkamah dan mendorong dengan logik.
Kata beliau lagi, seni guaman itu juga menjelaskan dan mendapatkan apa yang dikehendaki dalam mahkamah dengan kekuatan hujah serta alasan ketika memulakan prosiding mahkamah termasuk memfailkan tuntutan dan sebagainya.
Abdul Razak memberitahu, seni seorang peguam dalam mahkamah bergantung kepada persediaan sebelum prosiding sama dan akhirnya terhasil ketika mengendalikan perbicaraan.
"Maka kesan guaman berseni adalah kepentingan klien atau pihak-pihak terlibat berjalan dengan teratur dan berkesan selain menampakkan keindahan terhadap proses keadilan serta membina keyakinan.
"Yang paling penting dengan seni guaman adalah ia boleh menyakinkan dan boleh mempengaruhi semua pihak," jelas Abdul Razak.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk, Seni Guaman dalam seminar anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di Putrajaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Abdul Razak berkata peguam berkemahiran adalah mereka menyedari banyak tidak diketahui, bertanya perkara yang tidak diketahui dan menilai perkara serta memproses yang diketahui bagi menentukan kesahihan.
"Melihat daripada sudut pandang pihak defendan menilai kelemahan, memperkasa kekuatan dan membangunkan asas kukuh untuk berhujah," kata beliau.
Namun pokok pangkalnya kata peguam itu asas utama bagi seorang pengamal undang-undang adalah berkomunikasi dengan mempersembahkan dan mengendalikan kes dengan berkesan.
Fahami hukum syarak
Nada sama turut disuarakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Mohamed Fouzi Mokhtar yang antara lain beliau berkata elemen penting bagi seorang peguam syarie adalah memahami hukum syarak.
Mohamed Fouzi, hal berkenaan menepati prinsip enam asas dakwaan seperti mana terkandung dalam kitab Hasyiah I'anat al-Talibin iaitu:
"Dakwaan yang mendakwa mesti terang dan terperinci, yang didakwa kena terikat dengan dakwaan, hendaklah ditentukan orang didakwa, dakwaan dilihat tidak bercanggah dengan dakwaan lain, bahawa tiap-tiap orang yang mendakwa mesti mukalaf, setiap pihak mestilah terikat dengan hukum hakam," katanya.
Ketika membentangkan kertas kerja, Mohamed Fouzi menasihatkan agar para peguam syarie supaya melengkapkan diri dengan persediaan ilmu, dokumen dan lain-lain lagi sebelum tiba hari perbicaraan.
Menurut beliau, persediaan dokumen dan fakta adalah penting selain jangan meletakkan perkara tidak perlu agar perjalanan prosiding teratur dan tersusun.
Selain kedua-dua penceramah itu, turut membentang kertas kerja ialah peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan yang bertajuk Seni Guaman Semasa Perbicaraan yang antara lain beliau menyentuh pemahaman tentang undang-undang digunapakai dalam mahkamah syariah.
Tingkat kualiti peguam syarie
Seminar Seni Guaman Syarie 2013 itu bertujuan untuk mendukung ke arah kecemerlangan dan membina kepakaran dalam profesion peguam dalam kalangan peguam syarie sama ada berpengalaman atau masih baru dalam bidang berkenaan.
Bagi Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, hal ini berkenaan dilihat apabila sejak kebelakangan ini, kualiti peguam syarie menurun khususnya dalam kalangan peguam muda ketika mengendalikan kes-kes mahkamah.
Zainul Rijal memberitahu terdapat banyak aduan dan laporan berhubung perkara itu walaupun mereka dikatakan telah dilatih sama ada ketika menjadi pelatih dalam kamar atau di universiti, namun masih terdapat lagi kekurangan dalam kalangan peguam muda.
Jelas beliau, pihaknya bertanggungjawab untuk mengalas tugas bagi melatih peguam-peguam muda supaya lebih ke hadapan agar perjalanan prosiding mahkamah syariah berjalan dengan lancar.
"Banyak lagi program PPMM akan diadakan khususnya berkenaan latihan program syarie selain seminar pengukuhan dan pemahaman undang-undang syariah.
"Diharapkan mereka mengambil manfaat daripada program dianjurkan seperti ini," ujar beliau.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130521/ba_03/Seni-guaman-syarie#ixzz2U0HWc6LU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, May 10, 2013
KISAH YANG TAK RAMAI DIKETAHUI MENGENAI KAABAH
Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan
menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat
muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah
solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti
“mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6
dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua
mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya
nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari
planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah
.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke
luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi
ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang
menggantungnya?.”
Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan
semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi
sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada
alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut
berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan
adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini
dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut
masih berlanjut terus.
Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai
ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah
di alam akhirat.
Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.
Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu
oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar
dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum
dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.
Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah
sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah
benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan
keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237,
Ogos 1978). Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an,
menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah
kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu
diciptakan. Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa
lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang,
bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan
ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.
Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan
dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi.
Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di
Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab,
supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan
penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di
sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan
yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu
(ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah
juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan
pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan
di atas semua kota lain.
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu. Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit.
Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)
Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia,
dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter
lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi).
Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah
juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah,
tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan
tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)
KREDIT TO: http://amirulaslam.com/fakta-sebenar-kaabah-yang-dirahsiakan.html
TITIP KENANGAN BERSAMA ISTERI DI TANAH HARAM
Gambar-gambar ini bukan hanya
merakam pengalaman, malah menitipkan
rindu untuk sekali lagi bertandang
dan menjadi tamu di tanah haram Mu.
Sebaik selesai tawaf ihram di Baitillah il Haram
Monday, May 6, 2013
Menziarahi Perkuburan Baqi'
Hari pertama di Kota Madinah, sebaik selsai menunaikan solat subuh di Masjid nabi, kami bertiga bersama abang Jaafar dari Slim River menemani abangnya ustaz Bakar menziarahi perkuburan Baqi', tempat di mana isterinya disemadikan.
Abang Jaafar, Tok APa, Ayah Dho dan Ust Bakar di makam Baqi'.
Perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah. Di satu sudut di Masjid Nabawi terdapatnya kubur junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Perkuburan Baqi’ juga mempunyai gelaran lain iaitu Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad.
Gelaran Baqi’ul Qarqad diberikan kepada perkuburan Baqi kerana sebelum tanah tersebut digunakan sebagai wakaf perkuburan Baqi’, tanah tersebut telah dipenuhi dengan pohon Qarqad. Pohon Qarqad adalah sejenis pohon renek yang berduri. Ia mampu hidup subur di iklim sederhana dan subtropika. Kepada yang tidak mengetahui apakah itu pohon Qarqad ini, Rasulullah saw pernah bersabda,
“Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecualipohon Qarqad, kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi”
Jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ adalah seorang sahabat Rasulullah saw daripada golongan Ansar iaitu Asa’ad bin Zararah. Oleh yang demikian, Asa’ad bin Zararah tercatat sebagai sahabat Rasulullah saw pertama yang disemadi di Perkuburan Baqi daripada golongan Ansar. Manakala, jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ daripada golongan Muhajirrin adalah Uthman bin Mahzun. Ahlul Bait pertama disemadikan di perkuburan mulia ini adalah anak perempuan Rasulullah saw, Ruqayyah bin Muhammad saw.
Perluasan pertama yang dilakukan terhadap Perkuburan Baqi’ adalah pada zaman pemerintahan Muawiyyah bin Abi Sufian. Beliau telah membeli beberapa ladang yang berhampiran dengan Perkuburan Baqi’ untuk dijadikan wakaf perkuburan.
Kemudian Muawiyyah telah membina kubah di atas kubur Saidina Uthman bin Affan yang juga merupakan warisnya. Kubur Saidina Uthman bin Affan adalah kubur pertama yang dibina kubah di Perkuburan Baqi. Selepas daripada pembinaan kubah di kubur Saidina Uthman bin Affan, banyak lagi kubah telah dibina untuk para sahabat dan tabien yang mashyur oleh para khalifah Islam yang bersilih ganti.
Pada 1 Mei 1925, Perkuburan Baqi’ telah dimusnahkan atas arahan Raja Abdul Aziz al-Saud dan ulama-ulama Mazhab Wahabbi. Ulama-ulama Wahabbi yang berpegang teguh dengan prinsip anti-Bidaah itu memusnahkan seluruh moseleum, kubah dan struktur binaan di Perkuburan Baqi’. Tindakan yang disifatkan mereka sebagai ‘penyucian daripada khurafat dan bidaah’ sebenarnya menyahut pegangan mazhab Wahabbi yang melarang sebarang struktur dibina di atas makam.
Tindakan ulama-ulama Wahabbi dan Raja Abdul Aziz ini dianggap melampau dan keterlaluan oleh sesetengah pihak terutama puak Syiah. Puak Syiah menyifatkan tindakan ulama Wahabbi meruntuhkan dan meratakan kesemua binaan Ahlul Bait seperti makam Fatimah binti Muhammad, Masjid Fatimah, Rumah Rasulullah saw di Mekah, makam Bani Hasyim di Mekah, Mesoleum dan rumah Imam pertama Syiah, Imam Jaafar al-Sadiq dan banyak lagi adalah melampau dan sangat keterlaluan. Mereka mengingati peristiwa ini sebagai Yaumi Gham atau Hari Kesedihan.
Sebenarnya, tindakan ulama-ulama Wahabbi yang merata dan memusnahkan seluruh binaan di Perkuburan Baqi’ ada rasional dan nasnya. Ulama Wahabbi menggunakan beberapa hadis Rasulullah saw yang melarang sebarang binaan dan tulisan dicatatkan di kuburan.
Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri ra menceritakan;
“Sesungguhnya Nabi saw menegah dari membuat binaan di atas kubur” (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang soheh).
Hadis yang lain turut menyatakan Rasulullah saw melarang daripada membina binaan di perkuburan.
“Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya” (Riwayat Imam Muslim ra dari Jabir ra).
Tindakan tegas ulama Wahabbi ini telah menyebabkan protes oleh puak Syiah yang sering mengunjungi beberapa tempat dan kuburan yang dianggap mereka sebagai suci seperti makam Fatimah, makam Imam Jaafar as-Sadiq, makam Ibnu Abbas, Qubbat’ al-Thanaya(makam gigi Rasulullah saw ditanam semasa Perang Uhud) dan beberapa lagi tempat lain.
Mereka sering berada di tempat tersebut untuk membayar nazar atau berdoa meminta berkat. Ia benar-benar menyalahi hukum syarak dan ini diambil oleh ulama Wahabbi sebagai punca kepada pemusnahan kesemua tempat-tempat suci pada pandangan mereka.
Harus dipuji kepada tindakan Wahabbi ini adalah mereka ternyata tidak pilih kasih kepada segala tindakan yang telah dibuat. Sebagai contoh, tanah perkuburan yang dikhaskan kepada keluarga diraja Raja Saudi iaitu Perkuburan Al-Oud, tiada satupun binaan mahupun tanda batu bertulis di perkuburan tersebut. Perkuburan Al-Oud berlainan dengan perkuburan-perkuburan diraja lain di dunia di mana perkuburan diraja lain dilengkapi dengan kubah dan moseleum yang mahal dan mewah seperti Taj Mahal, Perkuburan Diraja Adhamiya di Baghdad dan lain-lain.
Di Perkuburan Baqi’, terdapat beberapa tempat yang sering dikunjungi kerana ia menempatkan makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah saw(kecuali Siti Khadijah binti Khuwailid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf. Walaubagaimanapun, kubur tersebut tidak bertanda kerana telah dimusnahkan atas arahan Raja Saudi dan ulama-ulama Wahabbi.
Perkuburuan ini menempatkan makam para Syuhada al-Hurrah. Para syuhada ini digelar sedemikian rupa adalah kerana mereka telah rebah syahid semasa tragedi al-Hurrah. Tragedi al-Hurrah adalah tragedi di mana Yazid bin Abi Sufyan telah mengarahkan bala tenteranya membunuh dan menghukum penduduk Madinah yang enggan memberi kerjasama terhadapnya. Kempen berdarah ini diketuai oleh Muslim bin Uqbah dan telah mengorbankan ramai sahabat dan golongan tabien. Kesemua mereka disemadi di Perkuburan Baqi’.
makam syuhada al-Hurrah
Perkuburan ini juga menempatkan makam Imam Malik bin Anas ra dan gurunya Imam Nafi ra. Nama sebenar Imam Nafi ra adalah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im. Beliau yang dilahirkan sekitar 70H meninggal dunia pada 169H. Di sini juga menempatkan makam para isteri Nabi saw kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid ra. Siti Khadijah binti Khuwalid ra disemadikan di Jannatul Ma’ala di Mekah. Sepertimana Perkuburan Baqi’, Jannatul Ma’ala turut diratakan oleh pemerintah Arab Saudi.
Selain itu, perkuburan ini juga menempatkan tiga orang Ahlul Bait iaitu anak perempuan bongsu Rasulullah saw, Siti Fatimah, bapa saudara Rasulullah saw, Abbas bin Abi Mutallib dan cucu Rasulullah saw, Hasan bin Ali. Ketiga-tiga ahlul bait ini ditempatkan di satu sudut di belakang tembok setinggi 2 meter.
Berada di tengah-tengah komplek Perkuburan Baqi’ adalah makam Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman adalah sahabat besar Rasulullah saw dan juga khalifah Islam ketiga selepas Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab. Di satu sudut yang lain pula, terdapat makam ibu susuan Rasulullah saw iaitu Halimahtul Saadiah, sepupu Rasulullah saw, Jaafar dan Uqail bin Abi Talib, ibu kepada Ali, Jaafar dan Uqail, Fatimah binti Assad, sahabat nabi saw, Abu Said al-Qudri ra dan Abu Sufyan ra serta ramai lagi.
Halimahtul Saadiah merupakan ibu susuan kepada Nabi Muhammad saw. Beliau daripada suku Saad yang miskin. Diriwayatkan, sebelum Halimahtul Saadiah menyusu junjungan besar kita ini, susu Halimahtul Saadiah hampir kering. Namun, selepas menyusu, susunya mula banyak sehingga mampu menyusu anak sendiri sehingga kenyang.
sebahagian artikel dan gambar dipetik dari http://takusahrisau.wordpress.com/2012/01/14/gambar-perkuburan-baqi/
SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI
Riuh rendah suara anak-anak, kaum kerabat dan saudara terdekat pada petang 21 April 2013 semakin suram dan hening menjelang pagi 22 April 2013 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1423H lalu bila mana kenderaan dan teksi untuk menhantar kami ke lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sudah siap menunggu di laman. keheningan amat terasa terutama anak-anak yang bakal menahan rindu selama 2 minggu apabila ditinggalkan ibu bapanya untuk berangkat ke tanah suci. Neissa dan Nuha ternyata nampak begitu sugul. Najah dan nabella juga tidak lagi ceria. Jika petang semalam suasana di teratak Malinja, Nilai Impian riuh rendah dengan suara anak-anak saudara dan jiran terdekat yang turut hadir kenduri doa selamat, suasana pagi ini nyata amat berbeza.
Kami suami isteri ditemani oleh bapa dan ibu mertua serta ipar mula bertolak perlahan-lahan dari rumah se awal ja, 10 pagi selepas selesai solat dhuha, solat musafir dan soalat hajat menuju ke airport dengan rasa sayu kerana bakal meninggalkan anak-anak untuk ke tanah suci.
Menaiki penerbangan Saudi Arabian Air tepat jam 2.00 petang, tetapi kami diminta berkumpul di KLIA sewal jam 11 pagi untuk taklimat terakhir. Bersama kami berlima ialah 29 orang lagi jemaah yang menyertai al-Aadiyat Travel bagi program menunaikan umrah ke tanah Suci Makkah al-Mukarramah.
Di hadapan terminal pelepasan antarabangsa
beberapa minit sebelum take off
Semoga mendapat umrah yang mabrur buat kami suami isteri, Tok Apa, Tok Ma dan Ayah Dho. Rabbi Yassir wala tu'assir....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah
Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...
-
White-rumped Shama From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, search White-rumped Shama Male White-rumped Shama Male White-r...
-
Keliling bandar Melaka menaiki beca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan! itulah luahan suara anak-anak. Mereka melihat beca sebagai ...