Friday, April 11, 2014

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN HUKUMAN ALTERNATIF DI CHERATING LEGEND RESORT KUANTAN

23 Februari 2014 (Ahad) – Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)dengan kerjasama unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia JAWI telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Modul Pelaksanaan Hukuman Alternatif bertempat di Legend Hotel, Cherating, Pahang Darul Makmur.

 Peserta Bengkel bergambar dengan Pengarah JAWI

 Sesi bengkel


Bengkel selama tiga hari ini disertai oleh seramai 27 orang peserta terdiri daripada pelbagai bahagian seperti Bahagian Pendakwaan JAWI, Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Bahagian Kariah JAWI, Unit Perhubungan Awam JAWI, JAWI Cawangan Putrajaya dan Labuan. Selain itu bengkel ini juga melibatkan agensi-agensi luar seperti wakil daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Peguam Negara, dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

Objektif Bengkel ini bertujuan mewujudkan suatu garis panduan atau modul berkaitan tatacara Pelaksanaan Hukuman Alternatif, menyelaraskan pelaksanaan hukuman antara agensi-agensi yang terlibat agar selari dengan peruntukan undang-undang, dan mendapatkan persetujuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pelaksanaan undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan.
 
Bengkel ini telah mencapai beberapa resolusi antaranya ialah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa pelaksanaan Hukuman Alternatif yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab melantik dan memberi kuasa kepada agensi pelaksana hukuman alternatif.

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pendakwaan, JAWI

Terima kasih Tuan Ibrahim KPS JAWI kerana menjemput saya membentang kertas kerja  untuk bengkel ini. Kertas bertajuk 'Pelaksanaan Hukuman Alternatif Mengikut Perspektif Mahkamah Syariah" . Satu idea baru yang boleh diketengahkan dan diharap  mampu mengorak langkah ke arah yang  lebih jauh...InsyaAllah.

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...