Friday, April 11, 2014

KE BAGAN LALANG : KURSUS LITIGASI MAL 1: PRA BICARA

PADA 19-21 Februari 2014 bertempat di Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang, Pegawai-pegawai muda lantikan baru JKSM telah dihidangkan dengan kursus Litigasi Mal Siri 1: Prosiding Pra Perbicaraan. Kursus selama 3 hari tersebut disertai oleh lebih kurang 30 peserta terdiri dari pegawai lantikan baru dari seluruh negara. 
Alhamdulillah sekali lagi saya diberi tanggung jawab untuk mengendalikan sebahagian besar kursus ini sebagai fasilatator dan penceramah. Peluang yang diberi cuba untuk tidak disia-siakan dan sedaya upaya mengerah keringat dan minda untuk memberikan kefahaman yang terbaik untuk adik-adik.


Saat pertama kali menerima tawaran untuk ke sana agak cuak juga maklumlah telah lama tidak menjejakkan kaki di Bagan Lalang. Seingat saya kali terakhir ke sana  beberapa tahun lalu  itupun sewaktu awal perkhidmatan  dengan kerajaan (90an?).. Nasib baik ada google map boleh dijadikan panduan

 
Sri Malaysia Bagan Lalang. Not Bad

Bermula hari kedua slot tengahari, sampai ke petang termasuk malamnya, Seterusnya esok pagi dan tamat waktu tengahari agak meletihkan juga minda. Apatah lagi adik-adik peserta kursus banyak persoalan yang dikemukakan. Alhamdulillah sepanjang beberapa jam berlangsung kursus tersebut, tidak banyak masalah yang di hadapi  walau pun peserta kelihatan agak blur atau sedikit asing dengan penerangan yang diberi. Mungkin isi yang disampaikan agak baru pada mereka atau mungkin liga mereka kurang selesa dengan ceramah yang disampaikan.




Bergambar bersama Pengarah Bahagian Latihan dan peserta kursus 

Khabarnya kursus Litigasi Mal  2 akan berlangsung pada April depan....



No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...