Friday, April 11, 2014

KALI INI DI AYER KROH MELAKA : KURSUS LITIGASI MAL 2: SEBUTAN PERBICARAAN DAN PERINTAH

Sekali lagi Bahagian Latihan JKSM menganjur Kursus di luar Lembah Klang. Kali ini bertempat di KINGS Hotel, Ayer Kroh, Bandaraya Bersejarah  Melaka. Kursus yang dihadiri oleh Pegawai Syariah lantikan baru (LS41) ini merupakan kesinambungan dari kursus pertama  pada Februari lalu yang diadakan di Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang. Kali ini Kursus berlangsung selama 3 hari dari 7-9 April 2014 dengan sesi 2 hari dipenuhi dengan ceramah 1 hari sesi diisi dengan latih amal peserta.

Sekali lagi saya diberi mandat untuk mengendalikan sebahagian besar kursus ini. Sebanyak 12 jam diperuntukkan untuk ceramah dan fasi bagi latih amal. Memang memenatkan tetapi amat mengujakan dan menyeronokkan, Apatah lagi maklumbalas positif dari adik-adik yang  memberi respon menakjubkan sepanjung kursus berlangsung.





Tuan Abu Bakar Daud Penyelidik Hakim Mahkamah Rayuan turut berkongsi pengalaman dengan tajuk kertas kerja "Penyediaan Alasan Penghakiman"










Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang kursus iaitu "Perbicaraan", "Perintah" dan "Penyediaan Alasan Penghakiman" telah disampaikan. Hari terakhir slot diisi dengan latih amal. Peserta menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding kursus pertama iaitu Litigasi Mal 1 di Bagan Lalang lalu. Ada kemungkinan peserta sudah mulai serasi sesama sendiri atau mula menunjukkan kefahaman dengan pengisian yang diberi.

 Sesi perbincangan latih amal

peserta bergambar bersama Penyelaras Kursus Cik Aisyah Kamaruddin

Sungguhpun sepanjang 3 hari di Kings Hotel tersebut saya diserang demam yang agak teruk, tetapi semangat untuk berkongsi pengalaman dengan adik-adik tidak merencatkan perjalanan kursus. Alhamdulillah kursus berakhir dengan jaya dan peserta tampak agak ceria serta menunjukkan minat yang ketara dengan subjek yang diajar. 
ronda bandaraya Melaka
Tambah ceria apabila malamnya peserta dibenarkan meronda kota Melaka menaiki cruise menyusuri sungai Melaka. Malang sekali saya tak dapat menyertai mereka kerana terpaksa berkurung dibilik melayan demam yang tak kebah-kebah. Demam bertambah parah apabila TV9 siarkan AFC game antara TRW vs Yangoon United yang berkesudahan TRW kalah 2-3..hehehe..

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...