Sunday, June 25, 2023

RENTETAN SEJARAH MELAKA DAN KAITANNYA DENGAN PULAU BESAR

Pulau Besar dipanggil orang juga dengan Pulau keramat atau Pulau wali-wali. Tidak hairanlah kerana di pulau ini menghimpunkan begitu ramai wali Allah, ulamak, panglima dan syuhada. Pulau ini juga terkenal sebagai tempat penyebaran ilmu Ketika itu. Di Pulau Besar terdapat beberapa makam ulamak. Antaranya:

  1. Makam Sayyid Thanaudeen Al Azmatkhan bin Amir Sayyid Syah Jallaludin Al Azmatkhan Al Husaini. Beliau di kenali dengan nama Datuk Adi Putra dan Panglima Hitam
  2. Makam Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Al Husaini. Beliau ialah Bapa kepada Raden Joko Samudro atau Sunan Giri. Bapa Mentua kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani Al Hasani.Di kenali dengan nama "Wali Lanang". (Bagaimanapun ada pandangan mengatakan beliau meninggal dan dimakamkan di Samudera Pasai).
  3. Makam Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail bin Sayyid Abdul Gahafar bin Maulana Sayyid Baraqat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Al Husaini. Beliau penterjemah  Kitab Darul Mazlum, pada zaman Sultan Mansor Syah, Melaka. Beliau di kenali juga dengan nama "Sunan Mulia". Beliau ini ada lah moyang Raja Temenggung Muar.
  4. Makam Syarifah Siti Jamilah Al Azmatkhan Al Husaini binti Sultan Ali Akbar Al Fatahillah Al Azmatkhan Al Husaini. Beliau juga di kenali dengan nama "Puteri Gunung Ledang" dan juga dengan nama "Raden Ratna Gumilah Sari al Azmatkhan al-Husaini".Beliau ialah isteri pertama  kepada Al Syahid Pati Unus Al Mukrawi atau Sultan Ali Akbar At Thani, Sultan Demak ke 2.
  5. Makam Syarifah Siti Fatimah binti Maulana Sayyid Ali Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Al Husaini. Beliau isteri ke 2, kepada Maulana Sayyid Ishaq Al Azmatkhan Al Husaini. Dikenali juga dengan nama "Puteri Cempaka Biru".

Selain itu ada lagi Makam Ahli Keluarga Maulana Sayyid Ishaq Al Azmatkhan Al Husaini dan Maulana Sayyid Thanauden Al Azmatkhan Al Husaini di Pulau Besar, seperti: 

  • Makam Syarifah Siti Maimunah Al Azmatkhan Al Husaini binti Maulana Sayyid Ishaq Al Azmatkhan Al Husaini. Beliau Isteri kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani Al Hasani.
  • Makam Syarifah Siti Musallamah binti Maulana Sayyid Ishaq AL Azmatkhan Al Husaini. Beliau isteri kepada Sunan Mulia dan ibu kepada Maulana Sayyid Fadillah Khan Al-Pasai atau Laksamana Khoja Hasan atau Falatehan, Pembuka Kota Jayakarta/Jakarta.Beliau adalah Nenek Moyang Raja Temenggung Muar.
  • Makam Syarifah Siti Rodziah binti Maulana Sayyid Ishaq Al Azmatkhan Al Husaini. Beliau isteri kepada Sayyid Ibrahim Al Jailani.
  • Makam Syarifah Inang Sih binti Maulana Sayyid Thanaudeen Al Azmatkhan Al Husaini. Juga di kenali dengan nama Dang Baru atau Dang Wangi. Beliau isteri kepada Laksamana Hang Jebat Dan Ibu kepada Laksamana Hang Nadim.
  • Makam Tok Putih atau Sayyid Ahmad Salim atau Datuk Paduko Berhala bin Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani Al Hasani.
  • Makam Kenangan iaitu makam Sayyid Ahmad Maulana Ismail atau Tuk Janggut Acheh. Dikatakan makam beliau sebenarnya berada di Lubuk Batu Segamat, Johor.

sumber: https://panglimaulung.blogspot.com/2011/05/res3.html

SEJARAH MELAKA DAN KAITANNYA DENGAN PULAU BESAR

Dikatakan juga Setelah Hang Jebat di tikam, di ceritakan 3 hari 3 malam beliau mengamuk dan membunoh pembodek Sultan, Sultan Mansor lari ke Kelang iaitu rumah asal Tun Perak.Tun Perak adalah penghulu Kelang. Setelah Hang Jebat meninggal dunia, dikata kan mayat nya di bawa ke Pulau Besar yang terletak di pantai selatan Negeri Melaka.

Pulau Besar di buka kira kira tahun 1400M, hampir sama dengan pembukaan Melaka atau mungkin lebih dahulu. Penduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun (laut),Jawa dan Maluku.

Di Melaka, Pesantren atau pondok pengajian pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH, sekarang ialah Tengkera. Masjid Tengkera  adalah salah satu masjid tertua di Melaka. Pesantren atau pondok ini tidak formal. Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin (Adi Putra) sampai ke Melaka,  beliau telah memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ilmu kerohanian sufi. Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/Adi Putra. Daeng mempawah  itu ialah Laksamana Hang Tuah. Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren atau pondok pengajian pertama Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin/Adiputra atau Panglima Hitam.

Pada tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar. Rombongan ini di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka. Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar. Di masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil (Siti Jenar) datang menuntut ilmu di Pulau ini. Pada waktu yang lain dating pula Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati Unus atau Raden Abdul Qodir Al-Idrus. Di samping itu turut belajar ialah Sultan Mahmud Syah sendiri.

Pada tahun 1510M Datuk Adiputra telah wafat, Ketua Ulama diambil alih oleh Maulana Ishaq. Apabila Maulana Ishaq pula wafat pada tahun 1512M, jawatan Ketua Ulama diambilalih oleh menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail sehinggalah Pulau Besar  dihancur dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1521M. Selepas itu Pulau Besar hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas, tiada lagi tempat belajar agama secara pesantren. Mungkin ada yang belajar secara tidak formal atau bersembunyi dan berahsia, kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh Ismail di Pulau bersejarah ini tetapi nama dan identiti mereka telah bertukar menjadi orang kampung biasa.

Di Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq, Sayyid Thanudin, Sayyid Ismail dan makam para shuhada seperti Raden Abdul Qodir/Pati Unus, Raden Abu Bakar, Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah. Sebenar nya banyak lagi makam para shuhada yang tidak ketahui nama nya kerana mereka di kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘Makam Seribu’.

Bila hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi atau Awal Muharram pengunjungnya mencapai 7000 orang, sampai kan untuk mandi pun kena tunggu tengah malam, kerana perigi nya kekeringan air, Hanya ada 7 buah yang masih boleh di gunakan.

Dang Wangi / Baru / Inangsih adalah isteri Hang Jebat. Bapa nya ialah Maulana Sayyid Thanaudin. Pulau Besar dibuka dan di majukan oleh Datuk Adi Putra (Maulana Sayyid Thanaudin) dan kelurga nya. Dang Wangi mengkebumikan Jenazah Hang Jebat di hujung Pulau. Dang Wangi memang berkeluarga dengan Maulana Ishaq dan semua penduduk di Pulau itu. Dang Wangi adalah pangkat nenek saudara bagi Maulana Ishaq bin Sayyid Ibrahim Asmoro bin Sayyid Husin Jamadil Kubra. Dang Wangi binti Sayyid Thanaudin bin Amir Sayyid Syah Jalaludin. Sayyid Thanaudin dan Sayyid Husin adalah adik beradik. Di Pulau ini berkumpul nya keturunan Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Isteri Maulana Ishaq iaitu Syarifah Siti Fatimah binti Sayyid Ali Nurul Alam,juga cucu kepada Sayyid Thanaudin.

Selepas Sultan Mansor Shah  balik ke kota Melaka, baginda insaf atas kekhilafan nya membunoh Hang Jebat dan atas nasihat Tun Perak, baginda tahu ada udang di balik batu, kenapa kah Hang Tuah dan Hang Jebat mesti dimusnahkan. Setelah itu baginda mengarahkan supaya mayat Hang Jebat di kebumikan di Kampung Kuli. Tapi sebenarnya seorang pun tidak tahu dimana kah mayat Hang Jebat di kebumikan, sangat di rahsiakan . Makam yang di Kampong Kuli adalah makam Peringatan. Peristiwa sebenar banyak di selewengkan oleh pembesar-pembesar yang benci kepada Hang Tuah dan Hang Jebat. Bertambah pula yang mendominan perintahan Kesultanan Melaka ketika itu ialah orang Tamil Muslim. Mereka yang membunuh Sultan Abu Syahid, menyuruh bunuh Hang Tuah, meracun Sultan Alaudin dan mendidik Sultan Mahmud menjadi ‘kaki perempuan’. Dan mereka juga yang menjadi pembelot bila Melaka di serang Portugis.

MAKAM HANG KASTURI

Di Jalan Gelenggang dikatakan Makam Hang Kasturi. Jika baca Sejarah Cina, yang menderhaka adalah Hang Kasturi dan Sejarah Melayu mengatakan yang derhaka ialah Hang Jebat. Dalam Sejarah Melayu di tulis begini: 

  • “Maka bangkai Hang Jebat pun ditarik orang lah ke laut, maka segala anak bini nya semua habis diumbut (dihalau) datang kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah habis digali dibuang ke laut “.

Ada juga pendangan mengatakan Hang Kasturi dan Hang Jebat adalah orang yang sama.  Orang Melayu dahulu kala bila mengagumi seseorang dan memuliakan kebaikan seseorang maka digelarnya dengan nama-nama yang baik, dan harumnya nama kasturi ketika itu atas jasanya kepada raja dan rakyat Melaka seharum bauan kasturi, maka digelarlah orang dengan panggilan Hang kasturi. bagaimanapun apabila dia membuat onar di dalam istana hingga busuk namanya sebusuk jebat akibat menderhaka pada raja dan istana, maka digelar orang dengan panggilan Hang jebat. Wallahua'lam

LAKSAMANA HANG NADIM (1436-1556 MASEHI)

Nama asal beliau ialah Hang Nadim, dilahir kan pada tahun 1536M di Pulau Besar. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya dibunuh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu di Pulau Besar. Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai, Kelantan(Cermin) dan dari Jeddah datang bertandang untuk belajar dan mendalami ilmu. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang, iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki, kebanyakan nya adalah Ulama.

Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serah kan kepada Hang Tuah untuk dididik. Anak yatim ini dididik oleh Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ketika itu ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna serta seoranga anak perempuan. Ketiga mereka ini dididik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka dihantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka ketika itu. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serahkan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana, jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.

Pada tahun 1510M satu peristiwa dahsyat telah berlaku atas kianat orang Tamil Muslim terjadi lah Pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;

  1. Bendahara Tun Mutahir (Bendahara)
  2. Temenggung Tun Hasan (anak Bendahara)
  3. Tun Ali, menantu/anak saudara Bendahara
  4. Seri Nara DiRaja, Abang Bendahara dan besan Bendahara

Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan pula dipersalahkan kerana tidak siasat hal yang sebenar. Khoja Hasan dipecat dan dihalau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan kembali ke Pasai dan mendalami ilmu ugama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’ il Mazlum iaitu Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim. Maulana Malik Ibrahim ialah Ketua Wali Songo juga dikenali juga dengan Sunan Maghrib. Nama sebenar Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Dikatakan beliau lah yang menewaskan Portugis dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi Jayakarta Atau Jakarta.

Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511M, beliau lah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan tentera Melaka ini bukan disebabkan Kekuatan Tentera Portugis, tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina,Tamil Muslim dan Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya Tidak Puas Hati Ke Atas Cukai Yang Di Kenakan. Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah, tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur Raja menjadi pembelot dengan memberitahu kelemahan dan Peta Kota Melaka. Kota Melaka bukan A Fomosa. Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Fomosa terus ke Limbungan sehingga ke Durian Daun dan  ke Semabok, terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka. Di Dataran Pahlawan, dulu nya laut, masih ada lagi sisa-sisa Kota Melaka. Mesti diingat A Fomosa ialah Kota Portugis bukan Kota Melaka.

Setelah Melaka kalah, Sultan Dan pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali. Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari kearah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi. Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Pattani dan kemudian ke Pahang. Akhirnya Tun Biajid, menetap di satu tempat di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh. Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan ramai Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bentan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “Hilang” dan tidak diketahui riwayatnya.

Ketika itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah, Bendahara nya ialah Tun Seri Lanang.

Dikatakan juga Makam Laksamana Hang Nadim berada di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahanda nya. Dulu, kawasan di seliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama. Tetapi sayang sekali, makam tersebut telah diratakan untuk dibina padang golf.

Sumber: https://www.facebook.com/110814107244125/posts/sejarah-pulau-besar-melaka-mungkin-ada-pihak-boleh-sahkanmungkin-juga-boleh-dija/110838900574979/


No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...