Monday, June 26, 2023

ROMAN BRIDGE: JAMBATAN YANG MENYAKSI RATAPAN MUSLIM MOORS

 DISAPA ANGIN RIMAS LANGIT CORDOBA

Berjalan melewati Roman Bridge Puente Romano
mencuri rasa kagum
Binaan Byzantine yang tidak dimakan kurun
Lantai landarnya bergegar disapu air
Mengalir di bawahnya sungai Guadalquvir
Burung burung hering berlegar di langit Cordoba
Angin utara Puerta del puente
Menyapu menara Colahora di selatan
Lesu dan pilu
Bagai ingin memberitahu sesuatu

Daun daun Patio De  Los naranjos
dan rumput rumput lalang  di kaki sungai
Batu kerikil dan dinding jambatan yang kaku
Bagai berteriak dan meraung
memberitahu

Sesekali 
Disapa angin  rimas
Musim panas di langit Cordoba
Tiba-tiba langkah terpaku
mengunci lutut 
Hingga tidak lagi mampu melangkah 

oo bangunlah umatku
Sekian lama tanah ini tertindas
lantai yang kamu injak
adalah hirisan daging dan darah moyangmu
mahukah engkau kekal disalib 
dilantai jambatan ini

12 Jun 2023


Roman Bridge atau Jambatan Rom yang dibina sejak tahun 1000M, kekal utuh dan indah menghubungkan daratan menyeberangi sungai Guadalquvir.


Menara Collahora, dibina semula oleh Dinasti al Muwahhidun pada kurun ke 12 bagi menguatkan lagi sistem pertahanan di jambatan.


Puerta De puente, pintu gerbang Renaisans yang dibina pada kurun ke 16 oleh pemerintah Sepanyol. pintu gerbang ini juga pernah dijadikan lokasi penggambaran movie Games Of Thrones musim ke 5. 


Sungai Guadalquvir yang menjadi saksi petualangan kristian hingga runtuhnya kota Cordoba dan istana di Medina az zahra. Di dinding kubu terdapat sebuah kincir air yang dikenali sebagai La Nora, dibina oleh arkitek dari Andalus, Ibn Bassal yang hidup antara tahun 1083 hingga 1075


Tugu Archangel Raphael di tengah-tengah jambatan Rom, Cordoba. patung St. Raphael  ini adalah memperingati penaung Cordoba selepas kejatuhan Islam pada kurun ke 17 bagi memadamkan kenangan dan ingatan kepada zaman tamadun Islam, mereka membina patung ini dan menjadikan tempat orang-orang kristian  berdoa dengan meletakkan lilin dan setanggi.
                                    







No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...