Sunday, June 25, 2023

Eksplorasi Kembara Syariah Pulau Besar Melaka

22 Jun 2023, satu lawatan tinjauan ke Pulau besar di bawah program ISO 1900: 2014 iaitu program " Eksplorasi Kembara Syariah Pulau Besar Melaka Tahun 2023"  membawa impak besar kepada para peserta khususnya dalam menghayati sejarah dan keindahan tersembunyi Pulau tersebut.

Antara objektif lawatan ke pulau tersebut ialah :

  1. mengenalpasti usaha-usaha yang dijalankan oleh JAIM dalam pengawalan akidah yang membawa kepada amalan khurafat yang bercanggah dengan enakmen kesalahan syariah negeri Melaka;
  2. Memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka khususnya  sekretariat Patuh Syariah berkaitan nilai0nilai di luar pejabat sebagai nilai tambah kepada pematuhan Patuh Syariah MS 1900:2014; danmengenal pasti tempat-tempat bersejarah dalam menelusuri perkembangan dakwah Islamiah khususnya di Pulau Besar Melaka dan
  3. Mengenalpasti tempat-tempat bersejarah dalam menelusuri perkembangan dakwah islamiah khususnya di pulau Besar melaka.
                                                            
.  
Seramai 27 orang peserta terdiri dari Hakim-hakim Mahkamah Tinggi  Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah, Pegawai Penyelidik, Penolong Pendaftar, dan pegawai serta kakitangan Mahkamah Syariah Negeri di pelbagai unit. Turut serta ialah 11 orang wakil dari jabatan agama Islam Melaka (JAIM) yang terdiri dari Penguatkuasa Syariah, Beberapa orang dari Majlis Pedmbangunan Pulau-Pulau Melaka dan anggota PDRM.


Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan diantara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka.

Pulau ini juga dipercayai mempunyai pelbagai cerita misteri serta lagenda.

Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, iaitu guru kepada Sultan al Ariffin, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) iaitu anak kepada Syeikh Yusuf dan ipar kepada Syeikh al-Ariffin  serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.



Surau lama yang menjadi tempat pengajian Sultanul Arifin satu ketika dahulu. Surau ini kemudiannya dibaik pulih dan dialihkan ke tapak sekarang dengan sedikit penambahan di bahagian depannya.

Di pulau ini juga terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain. 

Kesucian Pulau ini harus dipertahankan olih setiap insan.Keikhlasan dan kesungguhan kita untuk menyediakan prasarana di pulau untuk mendidik generasi akan datang supaya mereka dapat mengamalkan dan menegakkan syiar Islam harus mendapat sokongan dari setiap umat Islam.

 SEJARAH AWAL PULAU BESAR

Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat / orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar telah berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api dan air bersih dan juga menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.

Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini sebelum wujudnya Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang berhenti di sini untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui.

Menurut Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’ dan berlabuh dan berehat serta mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka.

Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan bagi orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

Menurut catatan dalam facebook  Sejarah Pulau Besar Melaka  dikisahkan begini:

Setelah Hang Jebat di tikam, di ceritakan 3 hari 3 malam beliau mengamuk dan membunoh pembodek Sultan. Sultan Mansor Shah lari ke Kelang iaitu rumah asal Tun Perak.Tun Perak adalah penghulu Kelang. Setelah Hang Jebat meninggal dunia, di kata kan mayat nya di bawa ke Pulau Besar terletak di pantai selatan Negeri Melaka. Terdapat 9 buah pulau dalam Gugusan Pulau Besar iaitu:

            1.Pulau Besar, 2.Pulau Serimbun,3.Pulau Lalang,4.Pulau Burung, 5.Pulau                                 Nangka, 6.Pulau Hanyut, 7.Pulau Dodol, 8.Pulau Hantu, dan 9.Pulau Undan.

Dalam 9 buah pulau hanya ada 2 buah pulau di diami olih manusia iaitu Pulau Undan, rumah api dan Pulau Besar.

Pulau Besar di buka kira kira tahun 1400M, hampir sama dengan pembukaan Melaka atau mungkin lebih dahulu. Penduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun(laut),Jawa dan Maluku bukan Bugis seperti diperkatakan.

Di Melaka, Pesantren (pondok) pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH, sekarang ialah Tengkera. Masjid Tengkera adalah salah satu masjid tertua di Melaka. Pesantren atau pondok ini tidak formal. Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin (atau Adi Putra) sampai ke Melaka. Beliau memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ilmu kerohanian sufi. Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/ Adi Putra. Daeng Mempawah itu ialah Laksamana Hang Tuah. Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren atau pondok  pertama di Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin (atau Datuk Sayyid Thanauddin atau  Adiputra atau Panglima Hitam).

Pada tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar. Rombongan ini di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka. Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar. Di masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil atau Siti Jenar datang menuntut ilmu di Pulau ini. Pada waktu yang lain, datang pula Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati Unus atau Raden Abdul Qodir Al-Idrus. Di samping itu turut belajar ialah Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah sendiri.

Pada tahun 1510M Datuk Adiputra wafat, Ketua Ulama diambil alih oleh cucu saudaranya Maulana Ishaq. Dan bila Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512M jawatan Ketua Ulama diambilalih oleh menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail sehinggalah  dihancur dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1521M. Selepas itu Pulau Besar hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas, tiada lagi tempat belajar agama secara pesantren. Mungkin ada yang belajar secara tidak formal atau bersembunyi dan berahsia, kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh Ismail di Pulau bersejarah ini tetapi nama dan identiti mereka telah bertukar menjadi orang kampung biasa.

Di Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq, Sayyid Thanudin, Sayyid Ismail dan makam para shuhada seperti Raden Abdul Qodir/Pati Unus, Raden Abu Bakar, Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah. Sebenar nya banyak lagi makam para shuhada yang tidak ketahui nama nya kerana mereka di kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘Makam Seribu’.

Bila hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi atau Awal Muharram pengunjung nya mencapai 7000 orang, sampai kan untuk mandi pun kena tunggu tengah malam, kerana perigi nya kekeringan air, perigi ada 7 buah yang masih boleh di gunakan. Rujuk .https://www.facebook.com/110814107244125/posts/sejarah-pulau-besar-melaka-mungkin-ada-pihak-boleh-sahkanmungkin-juga-boleh-dija/110838900574979/

MAKAM AS-SAIYID SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL (R.A)

Nama sebenar beliau ialah Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah.  Isterinya ialah Habsah atau Syarifah Siti Maimunah iaitu anak kepada Maulana Ishaq atau Maulana Mohamad Yusof Sidiq, Syarifah Siti Maimunah juga adalah adik kepada Syarifah Rodziah.  Perkahwinan diantara Sayyid Ismail dengan Syarifah Siti Maimunah melahirkan beberapa orang anak, iaitu:

1.    Sayyid Ahmad Tajudin (atau Ahmad Salim atau Ahmad Qadir atau Panglima Alang   Daik Hitam atau Datuk Paduko   Berhalo atau Tok Putih),

 2.    anak kedua iaitu Al Syahid Syarifah Siti Zubaidah dan

 3.    anak ketiga Syarifah Siti Zulaikha.

Moyang beliau ialah Sultan Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang Wali Allah yang sangat termashyur  di seluruh dunia.


Beliau juga dikenali sebagai Wali Lanang di Kepulauan Melayu. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M (900H) antaranya guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim (r.a). Di Pulau Besar ajaran Islam berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa, Kelantan dan di seluruh Kepulauan Melayu. Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri).



                                        

Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail hidup pada tahun 1463-1520m dan beliau dikatakan meninggal pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun serta dikebumikan di Pulau Besar. Makam ini juga menjadi tumpuan utama pengunjung di Pulau Besar bagi menghargai jasa dan sumbangan besar Allahyarham ketika mengembangkan agama Islam di seluruh Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu.

 MAKAM AL-MURSYID SYEIKH YUSUF AS-SIDIQ

Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadis nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.

Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.

 MAKAM SAIYID IBRAHIM (R.A)

                                   



Nama sebenar ialah Saiyid Ibrahim Ibn Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Merupakan abang kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a).  Isteri beliau bernama Siti Sarah (Syarifah Rodziah), puteri kepada Syeikh Yusuf As-Sidiq. Saiyid Ibrahim (r.a) sangat cintakan Islam serta menghabiskan seluruh hayatnya bagi mengembangkan ajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu bersama abangnya.                       

MAKAM SYARIFAH RODZIAH  

                                                 

sumber: http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/07/makam-syarifah-rodziah-siti-sarah-di.html

Makam ini juga dikenali sebagai Makam Siti Sarah, isteri kepada Saiyid Ibrahim (r.a). Nama sebenar beliau ialah Siti Sarah ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq. Merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Islam, beliau turut bersama bapanya serta Sultanul Arifeen Assyaikhul Al Syed Ismail (r.a) didalam mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu.

mengikut sumber dari http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/2010/06/08/makam-syarifah-rodziah-pulau-besar/ Nama asal Syarifah Siti Rodziah ialah Syarifah Siti Sarah ada juga pandangan mengatakan nama beliau ialah Siti Sarah  atau Syarifah Siti Sarah atau Syarifah Habsah. Beliau di lahirkan di Samudera Pasai, pada tahun 1447 M.Bapa beliau ialah Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro/Asmaraqandi/Al Hadrami/Sunan Nggesek bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Bonda beliau ialah Syarifah Siti Fatimah/Puteri Cempaka Biru binti Sayyid Ali Nurul Alam/Ali Nurul Siam/Pateh Aria Gajah Mada/Sultan Qumbul  bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Ini bermakna Bapa dan Bonda nya sepupu.Memang Keturunan Arab, mereka banyak berkahwin keluarga.  

Beliau di besarkan di Pasai, di lingkungi olih banyak Ulama Pasai. Bapa nya Syeikhul Islam Pasai.Beliau anak tertua, Maulana Sayyid Ishaq yang beribukan Syarifah Siti Fatimah.Sebelum itu Maulana Sayyid Ishaq sudah berkawin dengan Puteri Sekardadu dari Kerajaan Blambangan,Jawa Timor.

Syarifah Siti Rodziah berkahwin dengan Maulana Sayyid Ibrahim Al Jailani. Maulana ini adalah Abang kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani. Dimana Syeikh Sultan al-Arifin adalah iparnya (mengahwini kakak atau 'Kawin Serai Serumpun'). Syarifah Siti Rodziah berkawin pada tahun 1463 M, di Samudera Pasai. Dari perkhawinan ini melahirkan 3 putera dan seorang Puteri iaitu: 1. Maulana Syeikh Ahmad Salim/Panglima Alang Daek Hitam/Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, 2. Syeikh Ahmad Ibrahim, 3. Syeikh Ahmad Hisyam dan 4. Syarifah Siti Halijah.

Ketika hidupnya juga beliau disifatkan sebagai seorang yang zuhud serta tinggi ilmunya. Dikatakan Siti Sarah sering mengikuti majlis ilmu bersama bapanya. Ada ketikanya ketika Syeikh Yusuf As-Sidiq terlupa sesuatu permasalahan, Siti Sarah bersuara menegur serta memperingatkan perkara yang terlupa oleh bapanya.

Dikatakan Beberapa percubaan untuk membina bangunan di makam ini telah dilakukan namun kesudahannya musnah dipikul ribut. Dikatakan Siti Sarah tidak mahu binaan di makamnya seperti mana ketika hayatnya dahulu yang tidak berumah. Jika ada binaan yang dibina, maka ia akan runtuh tidak lama selepas itu. Justeru itulah dikatakan makamnya dibiarkan berbumbungkan langit.

Ada juga dikisahkan bahawa pernah seorang pembesar negeri yang mengorek makamnya kerana 'dikatakan' menyimpan harta karun. Maka pekerja-pekerja ini pun mengorek makamnya dan yang ditemui hanya kain putih yang panjang. Apabila ditarik kain putih itu ke atas, maka ia terus keluar tak berhenti-henti, selagi ditarik, selagi itu ia keluar. Dengarnya, pekerja-pekerja yang buat benda ni sama ada mati atau gila pada akhirnya. Pembesar negeri itu juga dikatakan telah menerima balasannya di dunia ini. Malah, negeri Melaka juga 'dikatakan menerima balanya' apabila Makam Syarifah Rodziah dan makam2 lain dalam kompleks pemakaman Sultan Arifin 'diganggu' dan 'dirobohkan' oleh pihak sekian-sekian. Itu cerita orang-orang lama di sini.

JAIM mengambil langkah tegas dengan mengunci makam ini bagi mengelakkan orang ramai datang memohon hajat, meletak wang dan sebagainya di persekitaran makam.                                                              

makam makam lain yang turut berada di Pulau Besar ialah seperti Makam Nenek Kebayan, makam Tok Janggut, Tok Putih, makam seribu dan banyak lagi.

                                    

                                   

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...