Terasa boring tak ke mana-mana cuti CNY, aku ambil peluang untuk mengemaskan buku-buku lama yang bersepah kat rak dan meja bacaan. Sambil belek-belek, terjumpa pula note book kecil . Buku nota ni sering aku bawa bersama time kat London dulu. Buku ni aku beli setelah boring lama sangat menunggu keretapi laju di Euro Tunnel dari Denver nak menyeberang ke Paris. Semasa lepak-lepak sambil minum capuchino, aku beli buku nota ni dan sebatang pen sketch. Buku ni aku kelek dan bawa kemana-mana saja sepanjang mengembara di Europe dan buku inilah juga menjadi nota semasa hadir kuliah di Muslim College London.
Melihatkan coretan dan lakaran yang dibuat, ianya menggambarkan peristiwa yang dilalui masa tu. Terasa pulak nak publishkan dalam blog ni gambar-gambar member dan lecturer yang menghabiskan waktu bersama ku sepanjang di London dulu. Di sebalik lakaran tersebut, ianya menyimpan seribu memori yang tak dapat dilupakan. layan sajalah....
Mr Mushtaq Parker
Mamadou
No comments:
Post a Comment