Sunday, February 6, 2011

City Of Love: ( Kota Cinta): Paris atau KL?

Paris ([paʁi]) adalah ibu kota dan bandar terbesar di Perancis, terletak di sungai Seine, di utara Perancis, di jantung wilayah Île-de-France (atau Wilayah paris, Perancis: Région Parisienne). Kota Paris, dalam batas pentadbiran yang sebahagian besarnya  tidak pernah  berubah sejak 1860, memiliki penduduk sekitar 2.193.031 (Januari 2007), tetapi daerah metropolitan Paris mempunyai penduduk 11.836.970 setakat Januari 2007,] dan merupakan salah satu metropolitan kawasan yang paling padat di Eropah.

Pada tahun 2009 dan 2010  Paris telah menduduki ranking teratas di antara tiga bandar yang paling penting dan berpengaruh di dunia, di antara tiga Bandar pertama "bandar-bandar Eropah masa depan" - menurut sebuah penelitian yang diterbitkan oleh Majalah  Financial Times  dan di antara sepuluh bandar terbaik di dunia di mana untuk kehidupan yang  sesuai dan sejahtera. Merupakan Sebuah wilayah penting selama lebih dari dua milenium, Paris hari ini adalah salah satu pusat  perniagaan yang terkemuka di dunia dan pusat  budaya, berpengaruh dalam politik, pendidikan, hiburan, media, fashion, sains, dan semua cabang  seni  yang  menyumbang kepada  statusnya sebagai salah satu bandar besar di dunia global. Paris juga berkedudukan di peringkat antara 10 bandar Eropah terhijau pada tahun 2010.

Paris, dengan € 552,1 bilion (US $ 768,9 bilion) pada tahun 2009, menghasilkan lebih daripada satu perempat dari produk domestik kasar (KDNK)  Perancis.  . Menurut kaji selidik terbaru dari Economist Intelligence Unit pada tahun 2010, Paris adalah kota dunia yang paling mahal untuk menetap.

Paris  dan wilayahnya bagaimanapun merupakan satu destinasi pelancongan yang paling popular di dunia dengan 45 juta pelancong setiap tahun, 27 juta di antaranya adalah pelancong asing. 

KOTA CINTA
Siapa tidak kenal dengan kota Paris sebagai kota mode dunia yang sering menjadi ikon cinta dan romantisme kalangan  muda-mudi  diseluruh dunia. Ibarat dara cantik yang siap memikat para jejaka yang terpegun memandang keindahan  panorama yang dimilikinya. Sungai Seine yang membelah kota paris mengingatkan kita akan Bandar Putrajaya yang dibelah tasik. Dikanan kiri serta ditengahnya  berdiri karya-karya monumen umat manusia dari abad ke abad yang terus dipertahankan dan terjaga  dengan rapi seakan ingin melambai kita dengan senyuman manis.

Lihat saja betapa terkenalnya menara Eiffel yang sering digambarkan sebagai tempat paling romantis di dunia. Sehingga  filem  Paris in Love” dan ”From Paris with Love” telah melengkapkan lagi  romantisme kota ini. Maka tidak hairanlah jika mereka yang berduit  melabur  wang carian setahun semata-mata  hanya ingin mengucapkan cinta pada pasangannya dibawah menara tersebut.  Bukan cuma di zaman moden ini,  Adolf Hitler yang hebat sekalipun  kagum dan teruja  melihat keindahan  kota Paris sekitar tahun 1940. Dia pun turut mengambil peluang berposing  di depan Menara Eiffel. Secara jujurnya, seperti kata blogger Indonesia yang saya petik kata-katanya dalam entry ini “sebenarnya Eiffel hanya biasa-biasa saja, tapi telah mampu disulap menjadi ikon romantisme dunia.” Tidak ada apa pun yang megahnya menara tersebu –berbanding Petronas twin tower kita. Kecuali  binaan lamanya yang hebat.

Paris dan cinta adalah dua perkara yang  sama dalam fikiran banyak orang . Mengapa Paris kota cinta? Saya fikir itu ada hubungannya dengan beberapa faktor. Tapi apakah benarnya Paris itu kota cinta?
Secara kolektifnya, antara sedar dan tidak,  sebahagian besar gadis-gadis Amerika dan sebahagian  gadis-gadis Eropah Timur beranggapan bahawa Paris adalah sebagai bandar yang romantik. Orang Amerika beranggapan alasan untuk melihat Paris sebagai kota cinta adalah kerana generasi datuk-nenek mereka sendiri. Paris adalah wilayah  terdekat ke Eropah selain London. London  lebih merupakan iklim yang lebih sejuk dan penuh budaya, bagaimanapun, Perancis adalah Negara  Katolik Gothic Rom.  Perancis yang pastinya  adalah daerah asing yang paling mudah bagi Amerika untuk perjalanan ke Eropah, yang tidak berbahasa Inggeris. Sebagai kuasa media terbesar, Amerika mekabel Paris sebagai kota cinta kerana factor tersebut yang lebih mirip kepada promosi perniagaan mereka.
 Seseorang memberitahu saya bahawa ketika di Amerika, jika anda melihat dua orang berciuman atau berkucupan  di depan umum, di taman Boston, misalnya, anda mungkin merasa canggung. Orang lain mungkin akan bercakap mengenai anda. 'mereka mungkin  dari Eropah', khususnya Paris.  Budaya Perancis adalah toleran terhadap memaparkan kasih sayang untuk tontonan umum, tidak demikian di Amerika.(?) atau tempat-tempat lain di dunia. Jadi jika anda ingin ciuman kekasih anda di Paris anda dapat melakukannya  tanpa menarik perhatian orang lain. Betul ke?  No komen.

Paris jiuga dikatakan sebagai kota cinta kerana adanya bantuan Industri filem yang  membantu mengabadikan idea bahawa Paris adalah tempat percintaan tegar. Banyak filem memaparkan  Paris sebagai tempat untuk mereka memadu cinta. Bahkan filem seperti Casablanca hanya disebutkan Paris atau beberapa alur cerita menyambung "La Ville-Lumière" ("Kota Cahaya") muncul dan ini menjadikan bayangan cinta. Pada hal ianya tioada apa-apa.

Persepsi saya cukup mudah. Saya kurang setuju jika dikatakan Paris sebagai kota cinta, tetapi sebaliknya jika kota yang bercahaya.  Cinta tidak memerlukan kepada pengamatan khusus. Cinta memerlukan kelembutan, mesra dan ramah.  Cinta mengalirkan kasih sayang antara seseorang dengan yang lain.  Cinta tidak akan wujud sejati jika hanya kita merindui Paris tetapi tidak Paris menyayangi kita. Paris adalah kota yang penuh ego, kasar dan hamba orang berwang.  Isi Paris tidaklah mesra dan sukar untuk dibawa berbincang, apa lagi jika menggunakan bahasa lain. Paris kota sibuk yang tidak mengenal rakan sebelahyang menyentuh  bahu. Macamana boleh menelurkan cinta dan digelar kota cinta.

Rasanya Kuala Lumpur lebih layak digelar kota cinta. Kita buat perbandingan mudah. Di Paris, pasangan lelaki dan wanita bercumbu khususnya di bawah Menara Eiffel. Jarang sekali ditempat lain yang mungkin lebih sibuk. Di Kuala Lumpur, pasangan lelaki dan wanita kita tidak sahaja bercumbu di bawah menara petronas, tetapi di merata-rata tempat terbuka, hatta bawah jambatan lalulintas, dalam kereta, dalam lif dan di mana saja termasuk bangunan kerajaan Putrajaya. Cinta di Kuala Lumpur lagi hebat.

Cinta selalunya berkait rapat dengan kelembutan dan seksual. Kelembutan dan seksual nyata  lebih hebat di Kuala Lumpur dari Paris. Setiap hari cinta bersama maknyah dipaparkan di akhbar dan diseret ke Mahkamah Syariah. Promosi mengenainya lebih kerap berbanding di Paris yang biasa-biasa saja.

Cinta juga dikaitkan dengan kasih sayang dan kelahiran bayi adalah bukti wujudnya cinta sejati. Di Paris adalah gambaran cinta palsu yang tidak menghasilkan impak ini. Tidak banyak bukti cinta wujud di Paris tetapi setiap hari berlaku di KL. Saban hari kita ketemui bukti cinta di dalam tong sampah, bawah jambatan dan dalam bungkusan plastik. Cinta di Kl lebih terbukti utuh  berbanding Paris. Disana tidak kita dengari lahirnya bayi setiap hari demi kesinambungan cinta. 

Di paris tidak kita dengari hubungan cinta antara bapa dan anak, tetapi ianya berlaku di Kl. Bapa amat mencintai anak sehingga dan lahirnya cucu sebagai bukti cinta bapa yang sejati kepada mahramnya. Ramai abang bercinta dan menyetubuhi adik kandung perempuannya kerana cinta di KL.  Jarang pula kita dengar adanya cinta sebegini di Paris. Maka mana mungkin Paris boleh digelar sebagai kota cinta?
 gambar hiasan

Di paris, Artis bercinta  dengan isteri atau suami orang hanya untuk bikin filem dan mendapatkan wang. Cinta itu adalah palsu dan semata-mata lakonan. Di KL artis benar-benar bercinta dengan isteri atau suami orang  dan difilemkan. Cinta benar dan bukannya lakonan. Artis bercinta bukan untuk mendapatkan wang kerana berlakon tetapi artis benar-benar bercinta yang akhirnya terpaksa menghabiskan wang  kerana bayar peguam di Mahkamah kerana pasangannya minta cerai.  Nasib bertambah baik apabila kisah cinta itu dilakonkan semula dalam tv dan drama.  Paling tidak pun dalam slot program reality.

 gambar hiasan

Cinta sejati di KL ditunjukkan secara terang dan tidak bermuka-muka. Menunjukkan bukti  Cinta di KL tidak secara rahsia. Demi Cinta kepada siibu anak tiri akan dibelasah dan dibedal sampai mati, anak teman wanita ditendang sampai tidak boleh hidup lagi semata-mata menunjukkan cinta kepada pasangannya dan tidak kepada yang lain. Di paris kalau ada pun mungkin tidak banyak, kerana itu kita jarang dengar mengenainya. 

Cinta di paris, sama ada dihalang atau tidak oleh keluarga, mereka tetap duduk bersama dirumah pasangan dan tidak berjauhan dengan family. Di KL, dihalang atau tidak, demi cinta suci anak gadis sanggup lari. Kalau tidak dibawa ke Lombok, dilarikan ke rumah pelacuran dan makan gaji hari.

Hebatnya cinta di KL sehingga sisuami mendambakan cinta berkali-kali meskipun sudah ada isteri. Teguhnya cinta hingga pasangan wanitanya sanggup jadi isteri  seorang lagi. Pedulikan wali dan lari untuk berkahwin di lain negeri. Pengorbanan jitu yang sukar ditemui di Paris. 

Hebatnya cinta di KL sehingga mereka mengorbankan sebahagian kepentingan diri. Mengapa Paris masih tetap menjadi ikon bukan kita disini? Sedangkan Paris hanyalah cinta palsu. Paling tidak pun hanya untuk bergambar dan merakamkan kemesraan, tidak lebih dari itu. Kita di sini cinta yang tak perlu lagi diuji. Benar-benar dan amat sejati. Kita bercinta tidak setakat mengambil gambar di taman-taman, tetapi siap dirakam aksi untuk kenangan dan hand set penuh dengan memori berahi. Kita mengorbankan wali, bayi dan nasab yang tak pasti, Tinggalkan family untuk lari ke Lombok demi cinta sejati meskipun makan sekali sehari masih belum pasti, tinggalkan negeri untuk mengikut laki dan dipaksa bekerja makan gaji hari dilorong sunyi… korbankan bayi untuk dibedal diterajang oleh pasangan lelaki demi cinta suci…Cukup tidak adil untuk dikatakan Paris masih kota cinta!
 
Ah, cukup hebatnya cinta di KL berbanding Paris. Herannya Paris masih digelar kota Cinta. bukannya KL.  Tak faham saya.

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...