4 Februari, tiba di Butterworth bus terminal lebih kurang jam 4.30pm setelah hampir 5 jam meredah lebuhraya Utara Selatan menaiki Executive ciach Durian Burung yang selesa. Sebetulnya aku Butterworth bersama anak perempuan menemani bonda tersayang menziarahi anak perempuannya yang tinggal di Bukit Mertajam. Sesampainya kami di Terminal bas Butterworth, terlupa pula untuk aku tempah terus tiket untuk pulang semula ke KL keesokan harinya.
Satu malam di BM, esok pagi kurang lebih jam, 8 am kami diiringi bonda dan adik ke terminal Butterworth sekali lagi bagi mencari tiket pulang ke Kl. Biarpun didesak agar terus tinggal disana sehari dua lagi memandangkan cuti CNY masih panjang, aku terpaksa juga minta diri memandangkan banyak kerja yang perlu dilunaskan sepanjang cuti ini. Sesampainya di terminal bas Butterworth, aku mula panik bila melihat kawasan tersebut penug dengan lautan manusia. kebanyakannya warga asing. Habis lah aku, tiket mesti kantoi punya! benar, dua tiga kali aku pusing terminal tersebut, tak ada satu pun kaunter tiket yang menjual tiket bagi perjalanan hari ini! semuanya sold out gara-gara cuti raya Cina! Orang ramai pulak punyalah penuh sampai tak nampak lantai terminal....
Aku cuba hubungi AirAsia kalau-kalau masih ada tiket basi yang tak digunakan, keadaannya sama sahaja, semua sold out sehingga 7 Februari nanti, iaitu hari Isnin dan selasa baru ada. MAS pun sama. Tiket reganya dua kali ganda. Tak nak aku.
Aku masih ada satu lagi peliuang, kami terus ke Stesyen Keretapi Bukit Mertajam. Sesampainya disana jam 9.35am. masih ada beberapa tiket kosong kelas dua, tapi belum sempat masuk ke kaunter, keretapi jam 9.30 dah mula bergerak, gecheh! Gecheh! Gecheh! Cheh! Cheh! Cheh! Toooo....
Ok lah tak da hal. Aku mula ke kaunter nak beratur beli tiket untuk jam 4, katanya masih ada lagi 6 tiket untuk kelas dua. Sebaik je aku mula nak beratur, petugas KTMB di kaunter tiket dah mula tutup kaunter..Rehat bang! buka balik jam 11 nanti.Laung petugas kaunter. Aku tengok kat cermin depan memang jualan tiket rehat jam 10-11 pagi. Aku tengok jam kat tangan baru 9.50am. OK lah, dia orang nak minum pagi kut. Tak apalah aku tunggu.
Sambil menunggu..Aku jengok-jengok sekeliling stesyen dan memperolehi beberapa maklumat termasuk cerita apek Cina bawa teksi bernama Ah Hsiong yang menjadi teman perbualan sepanjang 45 minit aku di stesyen ni. Menurutnya Stesyen Keretapi Bukit Mertajam ni asalnya Kampung Alma yang dinamakan sempena nama seorang perempuan yang bernama Alima. Beliau merupakan anak jati yang dibesarkan di kampung ini.Tempat tinggalnya adalah berhampiran dengan landasan keretapi. Kisah ini bermula apabila pihak kerajaan British ingin mengambil tanah penduduk untuk membina landasan keretapi bagi memudahkan pengangkutan.Oleh demikian, penduduk yang tinggal berhampiran terpaksalah berpindah termasuklah Alima dan keluarganya. Dahulu stesen keretapi dibina di sini sebelum dipindahkan ke Bukit Mertajam.Tapak stesen keretapi tersebut adalah berasal dari tapak rumah Alima. Disebabkan itu, pihak kerajaan British telah bersetuju menamakan Stesen Keretapi Alma sempena dengan tapak stesen keretapi yang dahulunya adalah tapak rumah Alima. Sehingga ke hari ini tempat ini kekal dengan panggilan Alma.
Sempat juga aku ambil info yang tertampal distesyen ni. Info yang lengkap.
Nama lain stesen: | BKT MERTAJAM |
Alamat: | Stesen Keretapi Bukit Mertajam, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. |
No. Telefon: | +60 4 539 2660 |
Dibina: | Abad ke 20 (tahun?) |
Dibuka: | Abad ke 20 (Tahun ?) |
Dielektrikkan: | Belum |
Laluan: | KTM Intercity |
Platform: | |
Parkir: | Disediakan, percuma |
Akses OKU: | |
Surau: | Ya |
Tandas: | Ya |
Jadual ketibaan dan pelepasan
Jadual ini adalah berdasarkan maklumat dari laman web KTMB dan pelbagai sumber lain. Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Ada juga ditampal kat dinding stesyen, tapi terteleng-teleng kepala aku aku nak faham dia punya route.
IE 35 / IE 36: Jadual berkuatkuasa 1 Disember 2010
ER 1 / ER 2 / SU 10 / SU 11/ SL 20 / SL 21 / SM 22 / SM 23: Jadual berkuatkuasa 1 November 2010
Jam | Tren | Dari | Ke |
0442 | SM 23 – Senandung Mutiara | Nibong Tebal KL Sentral | Butterworth |
0457 | SL 20 – Senandung Langkawi | Butterworth KL Sentral | Hat Yai |
0820 | ER 1 – Ekspres Rakyat | Butterworth | Parit Buntar KL Sentral Singapura |
1329 | IE 35 – Ekspres Antarabangsa | Sungai Petani Bangkok | Butterworth |
1434 | SU 10 – Sinaran Utara | Nibong Tebal KL Sentral | Butterworth |
1508 | IE 36 – Ekspres Antarabangsa | Butterworth | Sungai Petani Bangkok |
1552 | SU 11 – Sinaran Utara | Butterworth | Nibong Tebal KL Sentral |
2100 | ER 2 – Ekspres Rakyat | Parit Buntar KL Sentral Singapura | Butterworth |
2212 | SL 21 – Senandung Langkawi | Hat Yai | Butterworth KL Sentral |
2323 | SM 22 – Senandung Mutiara | Butterworth | Nibong Tebal KL Sentral |
Stesen Keretapi Bukit Mertajam ialah sebuah stesen kereta api yang beroperasi di Bukit Mertajam. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Tren Antarabandar KTMB. Didindingnya ada juga taruk gambarstesyen ni tahun 60an, 70an dan 80an. Tapi sekadar tampal je. Malas nak tengok. Taruklah sikit info history yang berguna. Aku tengok ada juga dua tiga mat Salleh yang terhendap-hendap. Mungkin juga mencari apa-apa info macam aku gak.
I jam aku habiskan masa lepak kat Stesyen keretapi Bukit Mertajam menantikan kaunter tiket dibuka semula. Aku masih berpeluang dapatkan tiket jam 4 nanti. Anak-anak dah mula resah dan boring. Kami mengambil keputusan hantar anak perempuanku balik dahulu kerumah adik di BM. Jaraknya dekat saja lebih kurang 5 minit perjalanan dari stesyen. Jam 11.10 minit aku kembali semula ke stesyen dan orang ramai dah memenuhi kaunter. Setibanya giliran aku, petugas kaunter dengan selamba beritahu tiket ke KL dah habis untuk hari ini. Aku tunjukkan muka seposen. Dia senyum aje kat aku. Dengan lembutnya dia bisikkan, " jam 11.30 malam ni untuk dua orang masih ada bang, kelas dua". Ye ke? kataku menyinarkan harapan. "Ya, ada orang kensel, sekejap tadi...". ...
Akhirnya dapat juga aku balik KL malam ni.. Mak dan adik serta Cik Khalid hantar aku semula ke Stesyen Bukit Mertajam jam 10 malam. Orang punyerlah ramai.. mak datuk, Rakyat Malaysia ni cukup meriah cuti-cuti macam ni... semua balik kampung, jumpa orang tua dan sanak saudara...macam aku juga kut"
Tepat jam 11.21pm, Senandung Mutiara tiba di stesyen Bukit Mertajam. Kami salam-salam dan peliuk cium sebelum aku membetulkan tempat duduk dan mula berehat di kerusi. Air cond punye lah sejuk menusuk ke rongga dan liang roma ku. Nabella dah mula meringkuk kesejukan dan aku memangkunya sepanjang malam. Sesedarnya aku Senandung Mutiara dah berhenti kat stesyen KL Sentral. Punyalah cepat...fikir benakku. Aku tengok jam dahpun menunjukkan 6.20pagi. Patut pun.Tidur lena rupanya aku sepanjang perjalanan...
Stesyen KL Sentral, melilau cari surau tak jumpa. Dia orang tak buat suarau ke atau tulis sign board kecik? Aku yang tak biasa ni dah tiga kali pusing tak jumpa lagi tempat untuk solat. Paris pun ada surau tak kan kat sini orang lupa nak buat kut, ahh.. mungkin aku tak biasa so tak jumpa lah nak cari kut. At least, buatlah satu sign board besar macam hotel meridien tu tunjukkan arah surau. Janji Sign Board besar senang orang nampak ada surau walaupun tempat sembahyangnya kecik. Baru orang tahu identiti Malaysia. 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan Islam ditonjolkan. Tak kisahlah nak utamakan rakyat atau nak dahulukan pencapaian atau nak tonjolkan agama atau tidak, janji slogan nya ada. (apa-apa lah)
Dari stesyen Sentral ke Nilai aku ambik Komuter. Jam 7.30 dah sampai dirumah dan sempat juga aku solat subuh di Nilai.Subuh gajah kut.
Tengahari ni, badan masih rasa lenguh-lenguh dan semput. Lutut pun rasa macam nak kejang je. Tapi perjalanan dengan KTM amat selesa dan tepat. Aku seronok. nabella pun seronok. Terfikir juga aku, kenapa aku tak perasan adanya keretapi ni, kalau tak tak adalah aku berlari kesana kemari mencari tiket. Tak perasan pula adanya alternatif lain yang tak kurang baiknya, KTM. Mungkin promosi kurang kut...Apa pun Terima kasih dan Syabas KTM. Sedikit-ssedikit khilaf tu, perelokkanlah.
No comments:
Post a Comment