Thursday, January 12, 2023

ALMUKARAM TUAN GURU USTAZ HAJI MOHAMED TRANG B. ISSA


KH Almukaram Tuan Guru  Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa
Wakil Talqin  Pesantren Suryalaya

Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa dilahirkan pada Hari Isnin tanggal 25 April 1932 bersamaan 20 Zulhijjah 1350H di Kpg.Sepna’ , Daerah Bintagor, Bahagian ke-3 Sibu Sarawak (pada masa itu). Beliau kini menetap di 185, Lorong Canderawasih 6A2, Kampung Semerah Padi, 93050 Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Salasilah keturunan Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa bermula daripada Daeng Manna’ yang juga digelar Daeng Manna’un yang berasal dari Tanah Bugis, Sulawesi Selatan (Bone), Indonesia. Daeng Manna’ mempunyai keturunan bernama Daeng Abd. Ghafur yang lebih dikenali dengan nama Daeng Purah. Seterusnya Daeng Abd. Ghafur mempunyai keturunan bernama Daeng Hashim. Dari Daeng Hashim, maka lahirlah Daeng Salleh. Daeng Salleh pula mempunyai keturunan bernama Daeng Mohd. Said atau lebih dikenali dengan gelaran Massaid. Daeng Mohd. Said seterusnya mempunyai keturunan bernama Issa atau Daeng Issa. Hasil perkahwinan Daeng Issa dan Hjh. Siti Awa bt. Hj. Masleh, maka lahirlah Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa.

Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa pernah bersekolah di Abang Ali, Sibu pada tahun 1939- Beliau mempelajari ilmu agama daripada Tuan Haji Johor Siddiq yang berasal dari Sambas dan Haji Mohd. Kadri yang berasal dari Banjar. Beliau juga mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tasauf, hadith, tafsir Al-Quran, nahu, saraf, balaghah daripada Sayyid Haji Junaidi b. Sayyid Uthman al-Idrus dan Sayyid Haji Madhi b. Sayyid Uthman al-Idrus. Pada tahun 1954-1957 beliau menyambung pengajian ilmu agama di Ma’ahad Johor Bharu dan mempelajari ilmu perguruan di Johor Bharu pada tahun 1957-1958. Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa turut mempelajari ilmu bacaan Al-Quran dan tajwid daripada Syeikh Azraie Abd. Rauf di Sungai Deli, Medan, Indonesia pada tahun 1970-1972. Beliau juga mendalami ilmu tasauf khusus daripada K.H.A. Shohibul Wafa Tajul Arifin (Abah Anom) di Pondok Pesantren Surayalaya, Kacamatan Pagerageung, Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada tahun 1987-1988.

Pada tahun 1958-1961, Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa bertugas sebagai
Pengetua Sekolah Agama Madrasah Hamidiah di Sibu, Sarawak yang didirikan oleh dermawan bernama Yang Mulia Abg. Haji Abd. Razak b. Abg Hamid. Merupakan mantan Pegawai Agama Astana Negeri Sarawak, Guru Al-Quran dan Qori Negeri Sarawak. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama/da’ie di kawasan luar Bandar (bahagian ke-3 Sibu) pada tahun 1961-1969. Tun Abdul Rahman Ya’akub telah melantik Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa sebagai Pegawai Perhubungan di Jabatan Agama Islam Sarawak, Sibu pada tahun 1973-1985 dan kemudian berpindah ke Jabatan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan bertugas sebagai Pegawai Agama Islam dan Imam pada tahun 1985-1987. Beliau telah bersara pada tahun 1989-1994. Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Agama Islam selama 6 tahun dari tahun (1986-1989)1 & (1989-1992)2. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Sarawak selama 7 tahun dari tahun (1984-1988)3 & (1988-1991)4.

Rujukan:
1 (No. Rujukan Lantikan Tahun 1986-1989 : PKM/SULIT/56/B)
2 (No. Rujukan Lantikan Tahun 1989-1992: PKM/SUK/SUL/56/B)
3 (No. Rujukan Lantikan Tahun 1984-1988: MI/33/A/SR(52))
4 (No. Rujukan Lantikan Tahun 1988-1991: MI/33/A/SR(53)).
https://baitulhikmah165.wordpress.com/peluang-khidmat/

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...