Thursday, January 12, 2023

BERMALAM DI SUHAN CAPADOCIA DAN TRIPOLIS PAMUKKALE YANG INDAH

SUHAN CAPPADOCIA dibuka pada tahun 2011Sebagai hotel dengan kapasiti tamu terbaru dan terbesar di kawasan ini. Hotel ini berada di lokasi pusat Avanos, Nevşehir, dekat Sungai Kızılırmak. 

Selepas penat berjalan kaki  di Kota kuno Haerapolis dan bermain air panas di 'istana kapas' Pamukkale, bas membawa kami pada rembanag senja untuk berehat di Suhan Cappadocia Hotel. Sebuah hotel yang tmpak dari luar agak biasa, tetapi punyai fasiliti yang agak mengkagumkan juga.



Makan malamnya juga bagus dan lazat. Kami mengambil peluang untuk merehatkan badan dan melepaskan penat seharian dengan tidur lebih awal pada malam ini kerana besok kami merancang untuk perjalanan jauh kje Bursa. 

Seawal subuh lagi anak-anak dan rakan rombongan telah bersiap untuk menganbil gambar di persekitaran. 'Hot Air Baloon'... sesuatu yang ditunggu-tunggu sejak mula tiba ke Turkiye lagi. Sesuatu yang tak mungkin dilupakan setiap kali cuti musim panas di Turkiye..





Manakala Tripolis Hotel Pamukkale pula terletak di Kale Mahallesi Adnan Kahveci Bulvari No:90, 20800 Pamukkale, Turki. Kedudukannya betul-betul di bawah lembah Istana kapas Pamukkale. dengan pemandangan semula jadi yang indah dan mengkagumkan.




















No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...