Saturday, July 4, 2009

Harrods: Pusat membeli belah terkemuka, Kalau tak membeli, lebih baik belah....



Hari ni sabtu, 4 julai 2009. Cuti, so, tak ada apa nak buat, aku bangun seawal pagi dan mula meronda di kota LOndon. Dalam hati ingat nak belikan pencil box yang Nuha kirim malam tadi. Aku masih tengah tidur bila dia telepon pencil boxnya dah rosak dan minta ganti baru. So pagi ni aku keluarlah ke kota London untuk cari pensil box buat dia. (dalam hati sorang-sorang terfikir juga, anak kat KL nangis nak pensil box, bapa pagi-pagi lagi pergi London, hanya untuk beli pensil box!). Demikianlah kecanggihan komunikasi, kalau tak, memang korang tak percaya, beli pensil box kat london. sambil cari pencil box Nuha , bas yang dinaiki betul-betul melalui depan pasaraya Harrods. hati terasa pulak nak jengah pasaraya Harrods, saje nak lihat je. Aku terus melompat turun dan mula meninjau-ninjau kawasan tersebut.



Harrods ialah pusat membeli belah terkemuka yang terletak di Brompton Road di Knightsbridge, London, England. Harrods terkenal kerana rangkaian syarikat mereka seperti Harrods Bank, Harrods Estates, Harrods Aviation dan Air Harrods.
Pasaraya harrods di Brompton, Knightbridge, mempunyai keluasan 4.5 Ekar (kira-kira 18,000m persegi) dan lebih 1 juta kaki persegi ruang membeli belah dengan 330 departmen yang pelbagai. Ini menjadikan pasaraya Harrods sebagai antara pasaraya yang terbesar dan terluas di dunia.

The Harrods menggunakan motto dalam melariskan jualan mereka sebagai Omnia Omnibus Ubique — Semua barang untuk semua orang. Sebahagian daripada departmen jualan mereka seperti the seasonal Christmas department dan the Food Hall selain dari departmen pakaian wanita yang ternama adalah antara yang terkemuka di dunia. Bangunan pasaraya ini terdiri dari 6 tingkat, memang tak larat nak jalan. Sekadar jeling-jeling tengok suasana, maklumlah orang kata, inilah pasaraya yang jual barang-barang mahal, so, nak tengok lah. Bila dah tengok, rupanya tak ada lah macam orang cakap. Biasa-biasa je...tapi barang2 dia terutamanya untuk golongan wanita adalah memang mahal. Baju gaun tu, yang dah offer pun masih harga GBP3,000.00. Betul ni...

Saya cuba menjengah di Seksyen makanan harrods yang besar dan luas tersebut. Terdapat pelbagai kedai menjual makanan dari pelbagai jenis masakan yang disediakan. Di suatu sudut yang agak lapang, saya agak terkejut dan merasa loya apabila terserempak dengan babi panggang yang besar tergantung ditengah-tengah gerai kebab dengan rempah yang menusuk hidung. Tak jadi nak meneruskan rondaan, saya mengambil keputusan keluar dari seksyen tersebut. Secara tiba-tiba saya teringatkan pemiliknya, Al Fayed....babi panggang, tak ada surau kat Harrods...dan lain-lain lagi....teringat juga kat Princess Diana dan Dodi. Sebenarnya ada satu monumen atau figura besar yang menepatkan patung Dodi dan Diana sebagai mengingati pasangan ini. patung itu diletakkan di satu sudut bangunan harods ini.

Apa pun, pasaraya harrods ini bermula pada tahun 1834 di London’s East End, apabila pengasas pertamanya Charles Henry Harrods membuka sebuah kedai kecil di Stepney, dengan pasaran utama waktu itu ialah jualan teh. Pada tahun 1849-1851, harrods mula berpindah ke sebuah kedai kecil di Knightsbridge, bersebelahan dengan store yang nsedia ada sekarang. Bermula dengan sebuah bilik kecil dengan dua pembantu dan budak suruhan, yang juga anak lelaki kepada Harrods yang bernama Charles Digby Harrod, mereka telah membina perniagaan dengan mengembangkanya kepada perniagaan ubatan, perfume, stationery, buah-buahan dan sayuran. Pada tahun 1880an, harrods semakin berkembang pesat, beliau menambah keluasan bangunan dan pekerjanya mula mencecah kepada seratus orang!

Pada tahun 1898, Pasaraya Harrods telah memasang tangga eskalator yang pertama di dalam ruang perniagaan mereka. Tangga bergerak tersebut dikatakan yang pertama digunakan pada waktu itu. Pengunjung-pengunjung yang ketakutan dan bimbang menaiki tangga bergerak (eskalator) disediakan brandy sebagai rangsangan (lihat wikipedia). Pasaraya ini kemudiannya menunjukakan prestasi naik turun dan sering bertukar tuan punya sejak awal abad ke 20 sehinggalah pertengahan abad 20. Pada tahun 1985, menjadi buah mulut masyarakat pada waktu itu apabalia Pasaraya harrods ini dimiliki oleh keluarga al Fayyeds. Pasaraya harrods ini juga merupakan sebuah pasaraya mewah untuk golongan bangsawan. Britney Spears, madonna, Arwah Michale Jackson dan pelbagai selebriti lagi pernah datang membeli bekah disini, termasuklah aku. Hari ni aku shopping kasut clarks kat sini. Betul, Tak de lah mahal sangat, Cuma dia standard la sikit, tapi kalau kat luar anda boleh dapat dua kali ganda lagi murah. Bab kasut Clarks tu, memang dia offer, apa lagi, wa tangkap lah. Dalam gambar tu aku dengan bangganya memperagakan plastik harrods sebagai bukti pembelian barangan dipasaraya Harods . lepas beli kasut tu, aku terus naik bas balik, sebab duit dah tak ada, pensil box anak aku pun aku dah lupa nak beli.......



2 comments:

chocolla said...

wah papa, best nye.... mn kasut yg papa ckp tu? warna ape?

mahfuzah said...

hehe..tu la..pesanan anak dah lupe sb taksub sgt dgn harrods hehe..anyway best la..dpt peluang ke sana..upload la..pic2 lagi tuan..hehe