Thursday, July 2, 2009

London Budhist Centre: Pusat Peradaban Budha di Barat

Hari ini kami dijadualkan untuk melawat London Budhist Centre yang terletak di Roman Road E2 London berdekatan dengan stesyen tube Bethnal Green London. Perjalanan ke Bethnal green dari Ealing Common mengambil masa selama 30 minit melalui central line. lokasi London Budhist Centre dari stesyen tube ialah lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Setibanya kami di pusat berkenaan, seorang wanita Inggeris separuh usia menyambut kami dengan senyum mesra. Beliau memperkenalkan diri sebagai Srivathi. Srivathi adalah penyelaras program di kuil berkenaan dan merupakan pengurus temple berbangsa Inggeris. Mula terpikat dengan ajaran Budha lebih kurang 16 tahun lalu apabila memeluk ajaran Budha pada tahun 1993. Nama asalnya adalah Joan tetapi diubah secara sah kepada Srivathi sebaik sahaja ia mengambil keputusan menikuti ajaran Budha secara giat.


Beliau kemudiannya membawa kami ke bilik tamu dan satu taklimat ringkas diberikan oleh beliau sendiri. Kami mengambil peluang untuk bertukar-tukar fikiran dan beliau cuba sedaya upaya untuk menjawab setiap persoalan yang telah kami kemukakan. Sessi perbincangan berlangsung secara terbuka dan tenang walaupun banyak fakta yang bercanggah dengan Islam. Menurut Srivathi, antara prinsip asas Budha ialah melarang perlakuan zina, tapi beliau secara peribadi bersetuju dengan perlakuan seks luar tabie , termasuklah perkahwinan gay dan lesbian secara terbuka. walau pun perbincangan tersebut agak hangat, tetapi beliau cuba untuk menyakinkan kami bahawa pandangan tersebut adalah pandangan peribadi dan kami mungkin tidak bersetuju, bagaimanapun beliau mempertahankan bahawa walaupun Budha tidak menerima perlakuan adultery, ianya tidak bermakna perlakuan sesama jenis juga tidak diterima, selagi ianya tidak menimbulkan kemudaratan pada manusia.




Kami tidak berhasrat untuk berdebat tapi kami cuba menyatakan pendirian kami mengikut pandangan islam dalah hal berkenaan. menurut Srivathi, Pendekatannya dengan agama Budha bukan menjuruskan kepada fakta keagaamaan, tetapilebih kepada philosophy approach dan mediation bagi mendapatkan ketenangan jiwa. Dan pendekatan inilah yang membezakan Budha disini dengan Budha di Malaysia dan kebanyakan di Asia Tenggara.

Srivathi kemudiannya membawa kami melawat keseluruhan bangunan temple tersebut. Bangunan London Budhist Centre di Roman Road ini adalah merupakan salah satu yang terbesar di Barat yang diuruskan oleh Friends of The Western Budhist Order (FWBO). London Budhist Centre (LBC) dibangunkan pada tahun 1978 di bangunan Victotia Fire Station, London. Tempat tersebut kemudiannya menjadi jantung kepada perkampungan Budhist di London. Ramai daripada golongan penganut Budhist berkerja dan tinggal di sekitar LBC di bangunan sekarang.

Amalan Budhist mula berkembang di Barat di sekitar tahun 1960an apabila wujudnya kepentingan penganut-penganut Budha di wilayah-wilayah Barat. Bermula pada tahun 1967, Sangharakshita, seorang lelaki Inggeris yang mengabdikan dirimnya selama 25 tahun di India untuk mempelajari dan mempraktikkan amalan Budha dan membuat penyelidikan serta penulisan sehinggalah wujudnya LBC seperti yang ada pada hari ini.

3 comments:

Candy said...

papa, best x duk sane?

Candy said...

i miiiissss you soo much
papa, jngn lupe bli coklat kat russia
kwn adik cakap coklat kat sane best
adik pon dah rase dah pastu dalam dia ade mainan
coklat tu adik dapat dari kwn adik
kakak die gi sane
belajar

Candy said...

and bli marshmellow kat saner
murah!!!!

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...