Friday, July 3, 2009

Oxford University ; Pusat Ilmuan yang masih mengekalkan pengajian tradisi Islam

Hari ini kami dijadualkan akan melawat university of oxford, sebuah universiti tertua dan terulung di dunia. Sebahagian dari kami amat teruja apabila diberitahu kami akan ke sana. Apa tidaknya, tempat tersebut adalah tempat yang menjadi cita-cita semua yang bergelar pelajar. Belajar di Universiti tersebut adalah kemuncak kepada kejayaan seseorang. Walaupun tempat bukanlah menjadi sebagai satu ukuran, namun menjejakkan kaki ke tapak universiti itu sudah pun memadai bagi kami.

Perjalanan dari Thames Valley university ke oxford melalui perjalanan darat dengan menaiki coach memakan masa hampir satu jam setengah. Kami tiba di bandar oxford lebih kurang jam 11 pagi. bandar oxford, sama seperti bandar-bandar tua yang lain di England, dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama.



Setibanya kami di Oxford Islamic Center, Dr Naim Mokhtar, Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) sudah sedia menunggu. Beliau yang juga Fellowship atas tajaan university Oxford sudah berada di sana hampir 10 bulan dengan senyum mesra menyambut kami dan mengiringi kamu masuk ke dewan masyuarat utama pusat berkenaan. Sambil minum,kami diberi taklimat khas oleh Mr. Jonatahan Allan, Deputy Registrar pusat berkenaan. beliau secara ringkas memberi penerangan mengenai perkembangan ilmu di University Oxford khususnya di Pusat Islam Oxford. Oxford, bermula sebagai sebuah uiversiti kepada golongan bangsawan Inggeris sejak tahin 1423 M, merupakan terdiri dari 36 kolej yang bertaburan disekitarnya dengan pelbagai disiplin pelajaran, adalah sebuah universiti yang menjadi impian pada semua pelajar untuk menunutut disana. Kos pengajaiannya adalah antara yang tertinggi di Eropah, malah di dunia. Kebanyakan tokoh-tokoh ternama di dunia adalah berasal dari universiti ini. dari negara kita, almarhum prof Ahmad Ibrahim adalah salah seorang darinya. Mantan perdana Menteri Malaysia, Tun Dr mahathir dan Datuk Seri abdullah bin Ahmad badawi adalah nantara orang yang pernah memberi ucaptama di universiti ini. Mr Jonathan dan Professor Talib, pensyarah University berkenaan juga meluangkan masa membawa kami menunjukkan sekitar bangunan universiti tersebut dan eksibit-eksibit yang dipamirkan.




Selesai taklimat, kami kemudiannya berjalan kaki menuju ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. sepanjang 20 minit perjalanan, terdapat 3 masjid yang kami temui, masjid Bangladeshi, masjid Arab dan masjid pakistan. kami memutuskan untuk solat di masjid Pakistan kerana ianya lebih luas dan selesa berbanding dua lagi masjid yang agak sempit dan merimaskan. Masjid bangladeshi dan Arab adalah dari rumah teres yang dibeli dan dijadikan masjid, agak terhad dan merimaskan. Bagaimanapun kesemua masjid menggunakan bahasa Arab dalam khutbah mereka.





Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di sebuah kedai buku yang bernama Blackwell, sebuah kedai buku tertua dan terbesar di dunia.?. Mungkin juga kerana memang besar pun. Pelbagai buku dengan setiap seksyen ada terdapat dalam kedai tersebut. Rasanya satu hari tak akan selesai nak habiskan meneliti buku-buku disitu. Seronoknya. Tapi masa adalah cukup singkat, kami terpaksa bergerak segera kerana Bro Hamidi, Presiden Persatuan Melayu United Kingdom khabarnya menunggu dan berhasrat ingin menemui kami di Bicester sekejap lagi.

2 comments:

Candy said...

wah cepatnye papa buat blog

Candy said...

i truelly miss you papa

:-(

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...