Sunday, July 11, 2010

Malaysian 1st Syariah women judges Suraya Ramli & Rafidah Abdul Razak appointed



M'sian 1st Syariah women judges Suraya Ramli & Rafidah Abdul Razak appointed

Updated: 04 Jul 2010
KUANTAN: Two women have been appointed as Syariah Court judges, the first for the country.

Suraya Ramli, 31, and Rafidah Abdul Razak, 39, were made Federal Territory of Putrajaya and Kuala Lumpur Syariah Court judges respectively in mid-May after receiving the consent of the Yang di-Pertuan Agong.

"The appointments were made to enhance justice in cases involving families and women's rights and to meet current needs," Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said at the 12th National Syariah Officials' Conference yesterday.

His speech was read by Datuk Dr Abdullah Md Zin, the religious adviser to the Prime Minister.

Najib said the decision was part of the Government's commitment to transform the Syariah judiciary.

"For example, the Government agreed to allocate RM15mil to the Family Support Division to help those in dire straits due to their husbands' failure to abide by Syariah Court orders," he said.

Suraya was senior assistant director of the Training Division, Malay­sian Syariah Judicial Department, while Rafidah was assistant director in the same division.

Both said their appointments showed the Government's recognition of womens' capabilities.

Suraya, from Sabah, said she would take it as a challenge to dispel the notion that women syariah judges would tend to side with female litigants.

Rafidah, from Penang, hoped it would pave the way for more Muslim women to be appointed syariah judges as she felt that women were just as capable as the men.

Najib said issues such as the fight for custody involving couples from different religions, battles over the remains of deceased converts, validation of religious status, disputes over property inheritance between Muslims and non-Muslims, whether non-Muslim lawyers could appear before the syariah courts, and multi-million ringgit claims required a high level of expertise and wisdom to resolve.

The prime minister also said that 76,663 people had converted to Islam between 2000 and 2009. — Bernama


Pelantikan hakim wanita pecah dominasi lelaki dalam organisasi mahkamah syariah

08/07/2010
Usaha kerajaan mantapkan martabat pentadbiran kehakiman daripada anggapan berat sebelah

KETIKA menandatangani Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979 pada 1995, Malaysia tidak mengguna pakai beberapa artikel dalam konvensyen itu termasuk persetujuan melantik wanita bagi jawatan dalam perkhidmatan awam sama seperti lelaki.

Ini berikutan pernyataan itu dikatakan bertentangan dengan prinsip syariah, iaitu wanita tidak boleh dilantik sebagai hakim syarie, imam dan mufti.

Walaupun tidak dipersetujui sepenuhnya, tetapi mengambil kira pandangan beberapa pihak dan keperluan semasa wanita mentadbir urus kehakiman syariah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-73 yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006, memutuskan wanita dibenarkan dilantik sebagai hakim syarie dengan syarat tidak mengendalikan kes berkaitan hudud dan qisas.
Umum mengetahui kes dibicarakan di Mahkamah Syariah hanya membabitkan kesalahan takzir dan mal saja. Sebagai permulaan, pelantikan hakim syarie wanita sudah tentu tidak sepadan dengan dominasi gender dalam organisasi kehakiman syariah.


Tetapi, penambahbaikan yang dibuktikan dengan adanya wanita dalam jawatan itu tentu mencetuskan senario baru sedikit masa lagi. Meskipun boleh dilantik, tidak ramai wanita yang layak disebabkan syarat lain tidak memungkinkan ia menjadi realiti.


Contohnya, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2006 memutuskan wanita boleh dilantik sebagai hakim syarie, hanya 30 peratus daripada 200 kakitangan perkhidmatan itu adalah wanita. Pembabitan wanita dalam perkhidmatan sebagai pegawai syariah hanya bermula sekitar 1994.

Sebahagian besar daripada mereka baru saja berkhidmat, sedangkan syarat dilantik ialah mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang, selain mempunyai pengalaman kerjaya selama 10 hingga 15 tahun sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah.
Walaupun terlambat berbanding negara lain seperti Mesir, Sudan, Maghribi, Palestin, Pakistan, Brunei dan Indonesia, pelantikan wanita sebagai hakim syarie adalah usaha mengotakan janji kerajaan bahawa wanita negara ini tidak di diskriminasi dalam perkhidmatan awam jika mempunyai kelayakan untuk memegang portfolio itu.


Ia usaha yang boleh memantapkan martabat pentadbiran kehakiman syariah yang selama ini dipandang berat sebelah dan bersifat patriarki, berikutan dikatakan kurang sensitif dalam memberi keadilan kepada wanita dan tidak mengikut ketetapan agama.


Pandangan yang meletakkan perbezaan gender sebagai kayu pengukur dalam menilai keupayaan dan kemampuan seseorang wajar diketepikan kerana ia akan membantutkan kemajuan sebuah negara.

Pelantikan ini bukan memberi keistimewaan kepada wanita, tetapi sedikit sebanyak membuka ruang lebih luas untuk mengenalpasti punca dan sebab wanita alah terhadap sistem kehakiman syariah di negara ini.


Mungkin ia berlaku tanpa disedari, maka sistem dan prosedur dalam kehakiman syariah sedikit sebanyak membuatkan wanita gerun untuk berurusan, tambahan pula sifat pentadbiran undang-undang sedia ada tidak mesra wanita.


Perlu difahami, jawatan hakim syarie wanita tidak bermakna wanita diberi kelebihan dalam penghakiman. Ia tidak menunjukkan banyak kes diadili sebelum ini tidak memihak kepada wanita disebabkan alasan penghakiman tidak munasabah diputuskan hakim lelaki.


Dengan perkembangan dan kemajuan ilmu dan teknologi, pembuktian dalam kesalahan jenayah, transformasi perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada setiap individu, tanpa membezakan jantina.

Usaha itu tidak akan kesampaian tanpa sensitiviti terhadap keperluan perlindungan undang-undang yang hanya mampu dilihat secara bersama oleh hakim lelaki dan wanita.


Paling utama ialah hakim yang dilantik mampu memberi tafsiran sebelum memutuskan sesuatu penghakiman berdasarkan nas dan dalil secara adil tanpa memberatkan mana-mana pihak atau bersifat berdasarkan jantina seperti undang-undang Barat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles
/Pelantikanhakimwanitapecahdominasilelakidalamorganisasimahkamahsyariah/Article

Ahad Julai 4, 2010
Perlantikan Hakim Syarie Wanita Satu Peristiwa Bersejarah - Najib
Oleh ROSLINA MOHAMAD

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perlantikan dua wanita sebagai Hakim Syarie itu sebagai satu peristiwa bersejarah bagi negara.
Beliau berkata, ia menunjukkan wanita di negara ini diberikan layanan sama rata dengan lelaki.

“Di dalam Islam pun, agama tidak membataskan wanita untuk maju ke hadapan.
“Malah, status mereka dilindungi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan mesyuarat delegasi Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai perlantikan Suraya Ramli, 31 dan Rafidah Abdul Razak, 39, masing-masing dilantik sebagai Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pada pertengahan Mei lalu.
Semalam, Najib dalam ucapannya yang dibacakan oleh penasihat agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain berkata perlantikan itu dilakukan bagi meningkatkan kepakaran berkaitan dengan kes-kes melibatkan hak keluarga dan wanita.
Mengenai sama ada terdapat rancangan untuk meningkatkan bilangan hakim Syarie Wanita di negeri lain, Najib berkata, ia bergantung kepada pihak berkuasa negeri kerana ia di bawah bidang kuasa majlis Islam negeri.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/4/mstar_berita/20100704154012&sec=mstar_berita


Minda Pengarang: Pelantikan hakim syarie wanita nafi Mahkamah Syariah amal diskriminasi


2010/07/05

PELANTIKAN dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, kelmarin melakar sejarah tersendiri dalam bidang sistem perundangan serta kehakiman Islam di Malaysia. Pastinya pelantikan itu juga satu pengiktirafan besar sekali gus mengangkat martabat wanita di negara ini ke tahap lebih tinggi dalam kerjaya kehakiman syarie yang selama ini dimonopoli lelaki. Apabila wanita menjadi hakim syarie, pastinya ini bakal menarik perhatian dan mencetuskan pelbagai persepsi umum apabila mengaitkannya dengan taboo selama ini kononnya golongan hawa kerap bertindak atau membuat keputusan yang dipengaruhi emosi berbanding kewarasan akal. Justeru, keputusan penghakiman kedua-dua hakim syarie wanita itu dalam kes pertama yang mereka kendalikan kelak pasti ditunggu-tunggu. Ini satu tugas dan tanggungjawab berat menanti kedua-dua wanita itu untuk meyakinkan umum betapa hakim wanita tetap berupaya mengimbangi emosi dengan kewarasan dalam keputusan mereka. Namun, apa saja keputusan mereka adalah muktamad berasaskan fakta dan mesti diterima dengan hati terbuka atau tanpa prejudis. Jika keputusan itu dirasakan kurang tepat, individu terbabit kes itu boleh menggunakan saluran mahkamah seterusnya untuk mengemukakan rayuan seterusnya memohon sesi perbicaraan yang baru. Melalui pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Suraya, 31, dan Rafidah, 39, masing-masing akan ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. Sesungguhnya, pelantikan dua hakim syarie wanita pertama ini turut mencerminkan perkembangan positif dan dinamik dalam sistem perundangan Islam di Malaysia. Seperti kata Najib, pelantikan itu turut menolak persepsi segelintir masyarakat yang sengaja menuduh Mahkamah Syariah di negara ini mengamalkan diskriminasi jantina sehingga menidakkan hak wanita serta kanak-kanak. Pastinya pembelaan terhadap kes membabitkan kepentingan wanita menjadi lebih menarik dan hangat. Contohnya, tuntutan harta sepencarian, hadanah (hak menjaga anak), keingkaran suami membayar nafkah anak serta isteri digantung tidak bertali (fasakh) adalah antara kes popular yang banyak serta tertunggak bertahun-tahun. Namun, yang pasti semua keputusan penghakiman itu tetap berlandaskan undang-undang sedia ada dan jangan dicampur aduk dengan persepsi kononnya keputusan itu berbaur emosi mahupun genderisme. Perlantikan hakim syarie wanita itu juga bukti komitmen kerajaan untuk menggalakkan transformasi dalam Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang perlu menguruskan kepentingan umat Islam dengan lebih tangkas dan efisyen. Pada masa sama, penyertaan hakim syarie wanita pertama itu akan membuka jalan kepada pelantikan lebih ramai hakim syarie wanita lain bukan setakat di Mahkamah Syariah malah peringkat lebih tinggi dalam organisasi sistem kehakiman syariah di negara ini. Kewibawaan wanita jangan dinilai dari sudut jantina semata-mata. Dalam sistem pentadbiran kerajaan mahupun pengurusan korporat dan profesional, semakin ramai wanita menerajui jawatan kanan dan penting. Kepakaran wanita dalam sektor yang selama ini dimonopoli lelaki kian diperakui dan lelaki tidak wajar rasa khuatir atau tercabar dengan kemampuan mereka. Tepatlah kata Rafidah bahawa pelantikan itu juga bukti untuk mengubah persepsi masyarakat yang menunjukkan wanita turut mampu menggalas tugas dipikul lelaki.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_PelantikanhakimsyariewanitanafiMahkamahSyariahamaldiskriminasi/Article/index_html

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...