Saturday, July 17, 2010

Ziarah Madinah



Selepas makan malam, aku balik ke bilik , solat dan kemudiannya bersiap untuk tidur. Entah kenapa malam ini agak sukar untuk melelapkan mata. Sepanjang malam aku tersedar beberapa kali. Kali terakhir tersedar bila aku bermimpi seorang kenalan Nasrani, Khaty Holmes, seorang atlit perejam lembing, mati ditembak di kepalanya. Berita kematian itu disampaikan  kepadaku oleh abang. Aku meraung sekuat-kuatnya hingga tersedar dari lena. Entah apa rahsia mimpi tersebut, aku cepat-cepat beristighfar dan berdoa. Moga dijauhkan Allah dari segala hasutan dan godaan syaitan.

Hari 3. 20hb September 2006

Selepas sarapan, aku bersiap-siap dan berkemas untuk check out dari Hotel ‘Alia dan berkumpul di lobby untuk menaiki bas yang sedia menunggu untuk menghantar kami ke airport. Pagi ini kami akan berlepas ke Jeddah di Mekah. Perjalanan ke Kota Jeddah akan mengambil masa selama dua jam dengan Ak 740 airbus. Di airport aku sempat meninjau pasaraya Amman dan kedai free duty. Keadaan hangar bingar di sini amat berbeza sekali dengan suasana hening dan panas serta berdebu di kota Amman. Kami berlepas menaiki pesawat Ak 740 ke kota Jeddah jam 11.30 am dan tiba di lapangan terbang king Abdul Aziz Jeddah lebih kurang jam 1.30 tengahari. Sewaktu pemeriksaan imigresen di Jeddah, aku dimarahi oleh seorang pegawai imigresen kerana tidak mengikut arahannya supaya beratur di laluan lain. Bagaimana pun aku buat tidak peduli kerana telah maklum sikap orang Arab yang ego dan sombong. Di Jeddah, sedikit kesukaran berlaku apabila seorang jemaah kami kehilangan begnya. Dikatakan begnya mungkin hilang sewaktu perjalanan dari Bangkok ke Amman. Namun sikapnya yang tabah amat mengkagumkan aku kerana kehilangan beg tersebut seolah-olah tidak menjadi suatu perkara yang amat besar padanya, yang lebih penting ialah ia dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.

Perjalanan dari Jeddah ke Kota Madinah agak tertangguh sehingga beberapa jam kerana peristiwa kehilangan beg tersebut. kami bertolak dari lapangan terbang Jeddah lebih kurang jam 5.30 pm setelah semua urusan selesai. Perjalanan ke kota Madinah akan mengambil masa lebih kurang lima jam dengan bas berhawa dingin dan kami dijangka tiba di Kota Madinah jam 10.30 malam nanti. Perjalanan dengan bas  amat membosankan. Sepanjang jalan hanya bukit-bukit kering dan tandus serta berdebu. Melihatkan keadaan itu, hati kecil ku terfikir bahawa bagaimana sukarnya Rasulullah SAW melakukan perjalanan dari kota Mekah ke Madinah dalam keadaan serba kekurangan pada zaman baginda. Sepanjang jalan kebanyakan pokok pokok kipas hiasan ditanam bagi mengindahkan panorama. Beberapa jam mengelamun, akhirnya aku terlena…

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...