Friday, March 19, 2010

Gunung Nebo dan Sejarah Nabi Musa Mengikut kepercayaan Kristian


 
peta kedudukan Gunung Nebo di Jordan

Pengkaji Barat mendakwa sejarah Jordan dikatakan bermula di Bukit Nebo (Mount Nebo). Bukit Nebo ini terletak berhampiran Madaba dan didakwa sebagai tempat di mana Musa as dikebumikan. Dari atas Mount Nebo, pengunjung dapat menikmati pemandangan Lembah Jordan, Laut Mati dan juga Jerusalem serta Baitulaham. Pada 393 M sebuah gereja telah dibina. Pada kurun ke-7 M bukit ini menjadi tempat perkumpulan bagi para haji yang datang dari jauh. Memorial dari gangsa berbentuk ular yang meliliti palang Salib dibina oleh Gian–Paolo Fantoni of Florence. Ular yang ditunjukkan adalah simbolik kepada ular yang kononnya ditemui di padang pasir dan dipelihara Musa dan sebegitu juga dengan penyaliban Isa yang bertujuan untuk menebus dosa umatnya.

 Patung salib gangsa berlilit ular yang
dibina oleh Gian–Paolo Fantoni of Florence

Memorial ini dibuat juga atas kepercayaan kepada kitab Injil ( mereka bertunjangkan pada John 3:14:
“Dan sama seperti Musa meninggikan ular di padang gurun, demikian juga Anak Manusia harus ditinggikan, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya beroleh hidup yang kekal” (John 3:14).
Malangnya setakat ini aku tidak menemui sejarahnya mengikut pernyataan Islam. Tidak hairanlah kerana kawasan ini dikuasai oleh Kristian sekian lama.
Mengikut kepercayaan Kristian, Menurut Kitab Ulangan, Gunung Nebo merupakan tempat dimana Nabi Musa hanya dapat memandang ke arah Tanah Perjanjian karena Tuhan tidak mengizinkannya untuk masuk ke sana. "Naiklah ke atas pegunungan Abarim, ke atas gunung Nebo, yang di tanah Moab, di tentangan Yerikho, dan pandanglah tanah Kanaan yang Kuberikan kepada orang Israel menjadi miliknya, kemudian engkau akan mati di atas gunung yang akan kaunaiki itu, supaya engkau dikumpulkan kepada kaum leluhurmu, sama seperti Harun, kakakmu, sudah meninggal di gunung Hor dan dikumpulkan kepada kaum leluhurnya oleh sebab kamu telah berubah setia terhadap Aku di tengah-tengah orang Israel, dekat mata air Meriba di Kadesh di padang gurun Zin, dan oleh sebab kamu tidak menghormati kekudusan-Ku di tengah-tengah orang Israel. Engkau boleh melihat negeri itu terbentang di depanmu, tetapi tidak boleh masuk ke sana, ke negeri yang Kuberikan kepada orang Israel." (Ulangan 32 : 49-52).

Penganut Kristian percaya ini adalah makam Nabi Musa 
yang dikuburkan oleh Tuhan

Gereja byzantium di puncak gunung
Nebo Church Altar

Kawasan ini pernah melalui zaman kerajaan Mesir, asySyria, Babylon, Parsi, Macedonia, Rom, Bizantium, Arab, Mamluk dan Turki. Menjadi tarikan dan perhatian Kublai Khan cucu kepada Genghis Khan untuk Empayar Mongol, juga diminati oleh Napoleon Bonaparte dan Adolf Hitler. Merupakan laluan alternatif perdagangan sutera,rempah dan lain- lain ke Mediterranian selain dari Laut Merah. Petra, Amman dan Jerash semuanya merupakan kawasan perhentian utama perdagangan sejak zaman silam. Petra pada awalnya di bawah kekuasaan Rom namun sebaik Rom kalah, ia dikuasai oleh kerajaan Bizantium. Seterusnya Jordan terus dikuasai oleh keturunan Bizantium di situ, puak Ghassan sebelum ditakluki Islam pada kurun ke 7 Masihi dan akhirnya menjadi kawasan di bawah Empayar Islam Turki. Dipanggil Transjordan pada tahun 1919. Wujud lepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah 1924 dan selepas Perang Dunia I. Pada awal penubuhannya, Jordan hanya dihuni oleh puak-puak asal tempatan yang menghuni padang-padang pasir. Kemudian berlaku perluasan penduduk selepas kedatangan pelarian Palestin menjelang perang tahun 1948 dan1967. 

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...