Saturday, March 20, 2010

Raudhah, Taman Syurga


Solat  di Masjid Nabawi memperoleh pahala 1000 kali dibandingkan masjid lain, kecuali Masjidil Haram dengan pahala 100,000 kali. Sehingga jamaah haji umumnya melakukan program Arba’in yakni solat 40 kali di Masjid Nabawi (solat 5 waktu selama 8 hari), jika kita ambil hikmahnya maka Arba’in sebetulnya mendidik jamaah  haji untuk selalu melakukan solat 5 waktu dimasjid secara berjamaah. Jika kita bekerja di siang hari, maka harus disempatkan untuk solat Subuh dan Isya di masjid.

Barangsiapa melaksanakan shalat Isya’ dengan berjamaah, maka laksana ia beribadah setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan shalat Isya’ dan Fajar dengan berjamaah, maka laksana ia beribadah semalam suntuk (HR Muslim).

Seberat-berat shalat bagi orang-orang munafik adalah shalat Isya’ dan Fajar. Seandainya mereka mengetahui pahala keduanya maka mereka akan mendatanginya walaupun harus merangkak (HR Mutafaq ’alaih)

Bercakap mengenai Masjid Nabawi, pada adatnya tidak sah jika seseorang tidak mengambil peluang untuk bersolat dan berdoa di hadapan Raudhah.

Kamar Nabi saw dengan isterinya Siti Aisyah terletak disamping Masjid, sehingga ketika Nabi saw i’tikaf  beliau cukup dengan hanya menjulurkan kepalanya dipintu kamar untuk disisirkan rambutnya oleh Siti Aisyah. Lokasi antara kamar dan mimbar inilah yang dikenali dengan Raudhah atau Raudhatul Jannah (Taman Syurga) dengan luas (22 x 15) m2, dimana berdo’a disini akan dikabulkan oleh Allah swt.

Ketika Nabi saw meninggal, beliau dikuburkan didalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama, kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya dan Aisyah mengizinkannya. Seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah dari Siti Aisyah. Kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal,  beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya. Setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan  disamping Nabi saw, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikubur di kamarnya. Begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun laki-laki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya didepan kuburan Umar bin al-Khatab. Posisi kuburan ketiga orang yang sangat dimuliakan oleh umat Islam itu seperti  posisi solat antara Imam dan Ma’mum, artinya Abu Bakar menjadi ma’mum-nya,  kemudian Umar bin al-khatab menjadi ma’mumnya Abu Bakar.

Kuburan pada awalnya terletak diluar masjid, tetapi suatu ketika dulu ada usaha untuk mencuri jasad daripada  kuburan Nabi saw maka dimasukkan kedalam masjid. Seorang munafik yang tinggal disekitar Masjid Nabawi di mana  setiap hari dia menziarahi makam Baqi’(makam para syuhada Uhud) yang tidak jauh dari Masjid Nabawi. Suatu malam Wali (Gabenor) Madinah bermimpi bahawa ada seseorang berniat jahat untuk membongkar kuburan Nabi saw, kemudian diselidiki siapakah pelakunya. Akhirnya ditemukan rumah orang munafik dengan terowongan yang telah digali dan mengarah  kekuburan Nabi saw, ternyata sang munafik melakukan ziarah kekuburan Baqi’ bukan untuk menghormati syuhada Uhud tetapi untuk membuang tanah galian dari terowong. Sang munafik akhirnya dihukum mati atas kejahatannya. Untuk mengamankan dari pencurian, maka kuburan Nabi saw, Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab dicor sekelilingnya dengan timah dan kuburan dimasukkan kedalam   masjid. Jika kita mengunjungi Masjid Nabawi saat ini, dibelakang mimbar ada jalan untuk memberi kesempatan penziarah mengunjungi kuburan Nabi saw dan tidak dibolehkan solat di kawasan ini kerana di depan Imam. Posisi kuburan ditandai dengan kubah hijau diatasnya.


Sumber: RAUDHAH DALAM SEJARAH Oleh: Azhari

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...