Sunday, March 21, 2010

Jabal Rahmah, Tempat pertemuan Adam dan Hawa


Pagi ini, 24hb September,  aku bangun bersahur jam 3.30 pagi. Kemudian cepat-cepat kami bersiap untuk mengerjakan solat subuh di Masjidilharam. Aku mengenakan jubah putih labuh dan serban merah yang dibeli di pasar al Harem di Madinah berhadapan dengan masjid Nabawi. Buat pertama kalinya aku mengerjakan solat tahiyatul masjid, solat taubah dan solat tahajjud di masjidilharam yang amat khusyuk di tingkat atas (tingkat 3) bangunan Masjidilharam. Amat jelas dengan pandangan bumbung kaabah yang mulia.
Sekembalinya dari Masjidilharam, lebihkurang jam 7.30 pagi kami berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan ziarah di kota Mekah. Kami dibawa ke  Jabal Nur iaitu tempat terdapatnya gua Hira’ dimana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama (iqra’ bismirabbika…), Bukit Thur tempat Nabi saw bersembunyi dari golongan Musyrikin Quraisy yang ingin membunuhnya. Kemudian kami menuju ke Jabal Rahmah, tempat di mana Siti hawa berdoa untuk bertemu kekasihnya yang juga suaminya Nabi Adam AS selepas terpisah apabila diturunkan dari syurga.
Di Jabal Rahmah, dikatakan tempat yang amat mustajab doa bagi mereka yang ingin mencari jodoh. Wallahu’alam.



 Jabal Rahmah, di puncak inilah Siti hawa RA berdoa agar diketemukan dengan Nabi adam As.



Bersama Imam Sultan gajab menaiki unta dengan upah 10-20 riyal...

Di Jabal Rahmah juga aku berpeluang menaiki unta yang telah lama aku idam-idamkan. Pengembala-pengembala unta dari golongan Arab badwi ini menggunakan tipu helah dengan meletakkan unta betul-betul berhadapan dengan pintu bas. Si unta pula adalah binatang yang amat patuh pada tuannya, tidak akan berganjak selagi tidak diarahkan oleh tuannya bangun sehinggalah ada diantara jemaah yang sudi menunggangnya. Aku memilih seekor unta dan menunggang bersama ku ialah Imam Sutan Gajab. Pengembala unta tersebut membawa untanya mengelilingi kawasan dataran tempat parking dan mengambil beberapa keping gambar. Selesai mengambil gambar, beliau meminta upah yang amat mengejutkanku, tujuh puluh rial bagi tujuh keping gambar, Masyaallah! Mereka adalah pendusta besar, meskipun hati terasa agak marah dengan kejadian itu, aku memendamkan perasaan kerana niat ingin beribadat. Lagi pun mereka tidak akan kaya jua dengan hanya mencekik darah jemaah umrah seperti itu. Aku kemudiannya mendaki puncak Jabal rahmah bersendirian.



No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...