Monday, March 1, 2010

Majlis Pembentangan Laporan Penilaian Keberkesanan Kursus Luar Negara Jakim Tahun 2009

Bahagian Latihan, Jakim telah mengadakan Majlis Pembentangan Laporan Penilaian Keberkesanan dua kursus luar negara yang diadakan bagi tahun 2009 pada 9 Disember 2009 bertempat di Dewan Syura, Jakim. Kursus tersebut ialah:

i. Kursus Pengurusan Dakwah Dan Pengendalian Fatwa Di Mesir pada 25 April 2009 hingga 25 Julai 2009, dengan 12 orang peserta

ii. Kursus Khas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Di Muslim College, London pada 1 Jun 2009 hingga 28 Ogos 2009, dengan 15 orang peserta.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk meneliti dan menilai keberkesanan kursus yang diadakan kepada pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam.
Majlis telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim. Turut hadir ialah tiga orang pegawai JPA iaitu; Cik Saraya binti Arbi, En. Rosli bin Bidin dan En. Zulhelmi bin Zakaria, 7 orang peserta Kursus Pengurusan Dakwah Dan Pengendalian Fatwa Di Mesir, 13 orang peserta Kursus Khas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Di Muslim College, London serta pegawai-pegawai Bahagian Latihan, Jakim.

Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada JPA di atas jalinan kerjasama dan peruntukan kewangan yang diberikan kepada Jakim, dengan memberi peluang kursus luar negara kepada pegawai-pegawai agama. Banyak kelebihan dan manfaat yang diperolehi dalam usaha memartabatkan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di Malaysia.

Majlis diteruskan dengan pembentangan laporan dari wakil peserta kedua-dua kursus. Secara keseluruhan, kursus yang dianjurkan memberi manfaat yang maksima kepada para peserta dalam meningkatkan pencapaian dan kemajuan kerjaya masing-masing serta telah menambah maklumat dan kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan.

Pada sesi penggulungan, Jakim berharap JPA dapat mempertimbangkan lebih banyak kursus seumpama ini pada masa akan datang, selain kursus sedia ada Ia perlu untuk memberi pendedahan dan latihan berterusan yang sukar diperolehi di dalam negara bagi kepentingan jabatan dan masyarakat Islam seluruhnya.
 
Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) 
Jakim bergambar kenangan sewaktu menerima cenderamata daripada 
wakil peserta Muslim College 2009

 
Cik Saraya binti Arbi,pengarah latihan JPA menerima cenderamata

 

 
Urusetia Program 

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...