Friday, March 19, 2010

Tiba di Kota Madinah

Selepas sarapan pagi, kami berkumpul di lobby Allia Hotel, Amman jordan untuk memulakan perjalanan ke Kota  Madinah. Berangkat ke lapangan terbang Antarabanggsa Queen Allia dan seterusnya menaiki AK 740 Airbus Royal Jordanian ke Jeddah. Dari Jeddah, kami mengambil bas berhawa dingin menuju ke Madinah. Sedikit masalah timbul sewaktu melepasi kawalan imigresen dan salah seorang jemaah telah kehilangan beg menjadikan kami lewat bertolak ke Madinah.
Perjalanan dari Jeddah ke Madinah menaiki bas melalui padang pasir tandus dan berdebu memakan masa separuh hari perjalanan.  Jam 6.30pm, kami dikejutkan dari tidur apabila bas berhenti di kawasan Rehat dan kami mengambil kesempatan untuk solat berjamaah dengan diimamkan oleh Imam Sultan Gajab. kemudiannya bas menyambung perjalanan melalui malam yang kelam di  padang pasir.
Tiba di Kota Madinah jam menunjukkan pukul  10.30 malam. Suasana tiba-tiba bertukar hingar bingar dan sibuk. Penduduk Kota Madinah kebanyakannya tidak tidur waktu malam dan kebanyakan kerja dibuat waktu ini.
Madinah adalah bumi  yang paling dikasihio oleh Allah. Ia merupakan tempat nabi berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula adalah jiran-jiran  serta penolong baginda. madinah juga adalah gedung iman dan disanalah iman dapat bertahan sehingga akhir zaman. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri dari malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia juga merupakan negara terakhir  di dunia ini yang akan diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir semua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat al-quran dan diriwayatkan hadis-hadis. Ia adalah haram Allah dan Rasulnya (haramain). 
Dikatakan juga sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan dan kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah SAW  pernah berdoa untuknya yang bermaksud:
"Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekkah, bahkan lebih dari itu".

 Bergambar dihadapan Hotel dengan sebahagian jemaah

Bas yang membawa kami kemudiannya berhenti di  sebuah hotel bernama al-'Alia Zahra'., betul-betul berhadapan dengan Masjid al-Nabawi.  Setibanya kami pengurusan hotel terus membawa kami ke ruang makan untuk makan malam yang telah lama disediakan. Kami dijamu dengan makanan Thailand yang lazat dan menyelerakan. Selepas makan malam, kami terus tertidur kerana kepenatan seharian perjalanan.
Masjid Nabawi sebelum Subuh pemandangan dari tingkap Hotel Zahra
Baraka LLah

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...