Friday, March 19, 2010

Petra; Keajaiban Senibina dari Keaiban kaum yang angkuh


 Pintu masuk ke Kota Petra, Jordan

Petra (Greece "πέτρα" (petra), yang bermaksud batu; Arab: البتراء, Al-Batra ʾ) adalah sebuah bandar bersejarah dan arkeologi di Jordan  dalam Daerah Pentadbiran Ma'an. Mereka memotong batu arsitektur dan membina sistem saluran air. Dibina sekitar abad ke-6 SM sebagai ibu kota Nabataeans,. Merupakan simbol negara Jordan dan juga sebagai daya tarik wisata yang paling sering dikunjungi. Petra terletak di lereng gunung Hor di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Araba (Wadi Araba), lembah besar yang berlunjur dari Laut Mati sehingga Teluk Aqaba. Petra dipilih sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan sebuah Tapak Warisan Dunia sejak 1985. Petra dipilih oleh BBC sebagai salah satu daripada "40 tempat yang anda harus lihat sebelum anda mati".(www.wikipedia).

Lokasinya tidak diketahui oleh dunia Barat hinggalah tahun 1812, ketika pertamakali diperkenalkan kepada umum oleh Swiss explorer Johann Ludwig Burckhardt. Digambarkan sebagai "a rose-red city half as old as time" oleh pemenang Hadiah Newdigate soneta oleh John William Burgon. UNESCO telah dmenggambarkan Petra sebagai "salah satu kekayaan budaya paling berharga daripada warisan budaya manusia."
Petra adalah kota yang didirikan dengan pahatan dinding-dinding batu peninggalan kaum Nabataeans yang bertapak sejak 2000 tahun yang lalu. Petra terletak di sebelah barat daya kota Jordan, sekitar 262 km sebelah selatan Amman dan 133 km sebelah utara Aqaba. Perjalanan dari Amman ke Kota lama Petra ini mengambil masa 3-5 jam perjalanan. Di Kota Petra, Bukit-bukit, gunung-gunung dipahat dan dijadikan tempat tinggal. 

Kaum Nabataean sangat mahir dalam seni bina dan mengukir. Mereka mewarisi kemahiran kaum Aad dan Samud sepertimana yang dikisahkan di dalam al-Quran. Teknologi dan kemahiran mereka yang maju sehingga dapat memotong batu dengan hasil seni yang halus. Batu-batu dipahat dan diukir dengan ukuran yang sama setiap satunya. 

Petra berasal dari bahasa Yunani yang bererti 'batu'. Ia mewakili simbol teknik dan perlindungan. Merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan pada 9 SM-40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sulit untuk ditembusi musuh dan aman dari bencana alam seperti ribut pasir dan sebagainya. Asal usul suku Nabatean tak diketahui secara pasti. Mereka hanya dikenali sebagai suku pengembara yang menggunakan unta dan biri-biri.
Masyarakat awal Petra adalah penyembah berhala. Dewa utama mereka adalah Dushara, yang disembah dalam bentuk batu berwarna hitam. Dushara disembah berdampingan dengan Allat, dewi Arab kuno.


Sepanjang Kota Petra ini terdapat system pengairan yang maju bagi menyediakan bekalan air bersih dan pembuangan yang sempurna. Terdapat terowong air yang menyalurkan air bersih ke seleruh kawasan kota. Mereka juga memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air. Mereka juga sangat mahir dalam membuat tangki air bawah tanah bagi mengumpulkan air bersih yang akan digunakan bagi tujuan bekalan untuk mengembara. Kaum Nabatean mewarisi ilmu kaum Ahqaf di hadramaut Yaman. Mereka memiliki kemahiran memahat bukit yang menjadi rumah.

Sebelum melalui ke bangunan yang pertama, kita akan melalui lorong-lorong sepanjang 1 kilometer di antara tebing-tebing gunung yang tingginya 8o meter. Di lorong-lorong itu kita akan melihat sendiri corak-corak warna yang cantik. Subhanallah.. Kemudian di akhir lorong tersebut kita akan lihat gerbang utama yang dipahat ukir di gunung bertentangan dengan lorong keluar tadi. Sungguh indah. El-Khazneh namanya. Laluan tadi seolah-olah dirancang dengan hebat. Ibu kota ini di susun dengan atur. Mempunyai saliran , mahkamah, coloseum, makam-makam raja, dan tempat tinggal yang teratur. Hebat..Wajarlah Petra tersenarai menjadi ‘The New Seven Wonder World’.
  Susunan tangga yang dipahat dari batu gunung
 Ruang Mahkamah Kaum Samud tempat membicarakan pesalah

Di sana kita boleh mengambil kesempatan untuk menaiki kuda atau keldai. Terapat ramai Arab Badwi yang tinggal menetap di sana. Mereka menjual cenderamata Petra dan menyediakan perkhidmatan menaiki kuda serta keldai. Kita juga  boleh saksikan kemahiran mereka bertutur dalam pelbagai bahasa di sini,  mereka mungkin mempelajarinya dari ramai pengunjung pelbagai bangsa dan negara yang pernah bertandang menyaksikan salah satu keajaiban dunia yang terbina dari keruntuhan tamadun bangsa yang angkuh satu waktu dulu. Kebanggan mereka sebagai tukang ukir yang mahir menjadikan mereka angkuh dan lalai dari petunjuk Allah sehingga kaum mereka dikenakan azab. Keaiban mereka bagaimanapun disanjungi dunia kini sehingga dijadikan sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia pada 2007 yang lalu.

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...