Dari 'Aqaba kaqmi bergerak ke ke utara menuju laut mati, iaitu lebih kurang 40 kmn perjalanan dari pekan Aqaba tempat di mana terletaknya gua ashabul kahfi. Perjalanan jauh ini mengambil masa 45 minit menaiki bas melalui lereng-lereng bukit dan tanah tandus.Sepanjang perjalanan, tidak tersua sebuah pun motorsikal, akan tetapi kenderaan yang biasa dilihat ialah Mercedes Benz dan BMW.
Sepanjang perjalanan aku banyak termenung dan melayan perasaan dengan memerhatikan pemandangan tandus bukit batu melalui tingkap bas. Khayalanku terhenti apabila Abdul Khamis, pemandu pelancong kami memberitahu melalui mikrofon yang disediakan bahawa perjalanan kami berada di bawah paras laut!
Simpang ke utara menuju terus ke sempadan Israel, iaitu pinggir bandar Tel Aviv yang jaraknya hanya 5 minit daripada jalan utama yang kami lalui. Maka tidak hairanlah kenapa begitu banyak sekatan jalanraya dan 'post guard' yang kami temui sepanjang perjalanan dengan tentera memikul senjata berat berkawal di sepanjang jalan.
Bas meluncur ke arah selatan perjalanan, dari jauh ternampak pemandangan cantik berlatarbelakangkan air laut membiru. Sebaik bas berhenti, kami mula bergerak secara berkumpulan di bawah terik mentari menghala ke pantai. Dari jauh kelihatan sekumpulan pelancung asing dari barat sedang mandi manda dengan badan yang terapung di atas air. Maha suci Allah, kandungan kalsium dan garam yang terlampau banyak menyebabkan semua benda timbul di permukaan.
selamat datang ke Laut Mati!
Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut, kedudukan terendah di atas daratan, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Laut mati merupakan sebuah tasik besar seluas 60 km panjang. Airnya mempunya kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan hampir 30 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh belayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Rasa airnya terlalu masin sehinggakan seperti terasa pedas di lidah jika merasanya. Tidak ada hidupan di sini Ia merupakan Kota Sodom iaitu kota kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosex. Kemurkaan Allah menyebabkan bumi ini diterbalikkan hingga teggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan yang beriman diselamatkan Allah dan tinggal di Jerusalem. Dari tempat ini ke Jerusalem lebih kurang 60 km. Yang menarik di laut mati ialah ia menceritakan kepada kita mengenai kemurkaan Allah terhadap kaum Lut. Mereka telah mendustakan apa yang telah di sampaikan oleh Nabi Lut. Maka diterbalikkan bumi ini. Kesan kemurkaan ini hinggakan Allah tidak membenarkan sesuatu makhluk pun hidup di dalamnya. Laut mati tidak berpenghuni. Ia tidak didiami oleh hidupan laut. Kandungan garamnya menyebabkan tiada hidupan yang boleh hidup. Bagaimanapun, menurut kajian sains, terdapat beberapa bakteria kecil hidup di dasar laut mati.
Jika diamati, memang benarlah keadaan itu, masih boleh dilihat dengan jelas keadaan tanah yang berbukitdan tiada satu pun pokok tumbuhan yang tumbuh melata. Jika adapun, kelihatan pokok itu keluar membengkok ke bawah seolah-olah tumbuh terbalik!. Manakala lautnya pula wujud di atas paras yang lebih tinggi seakan-akan satu kolam luas yang dikepung, manakala hidupan pula berada di bawahnya. Dikatakan di dalam laut mati ini, tiada satupun hidupan yang wujud kerana kandungan garamnya yang amat banyak.
Hal ini berlaku juga pada lumpur laut mati. Menurut Ustaz Muhammad Abdullah, (Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat , Jacir Palace Inter Continental Bethlaham , dalam blognya 2/5/09), Oleh kerana tanah di tempat ini telah Allah jadikan untuk menghapuskan makhluk yang tidak baik, Allah meletakkan juga pada lumpur laut mati kelebihan yang sama. Ia mempunyai khasiat untuk membuang perkara yang tidak baik dari diri kita seperti membuang sel-sel kulit yang mati. Ramai orang yang mandi di sini melumurkan muka dan badan mereka dengan lumpur di sini. Ada orang yang membuat produk kecantikan dari lumpur laut mati ini. Ia merupakan produk kulit yang terkenal di dunia sebagai produk hasil bumi yang dapat memperbaiki penyakit yang berkaitan dengan kulit.
Mengenai lumpur ini, satu ketika dulu seorang kanak-kanak malang dari utara Malaysia telah dibawa ke Jordan semata-mata untuk dimandikan dengan air masin dan lumpur Laut Mati bagi merawat sakit kulitnya yang bersisik. Dikatakan lumpurnya boleh mengubati penyakit kulit. Allah sahajalah yang mengetahui kebenaran fakta ini. Hakikatnya, Allah mengekalkan kejadian di Laut Mati bagi memberi peringatan kepada Hambanya dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.Kehadiran ke sini bukanlah untuk mengkagumi keindahan panoramanya, tetapi bagi menginsafi tentang apa yang pernah dilakukan sebelumnya oleh kaum yang mendustakan Allah!
No comments:
Post a Comment