Jam 11.00pm, selepas solat jamak di sudut lapangan terbang Dong Muang menghadap dinding yang menjadi perhatian orang ramai, kami bergegas menuju ke kaunter untuk pemeriksaan imigresen apabila panggilan supaya menaiki Royal Jordan Air kedengaran. Alhamdulillah, sewaktu dalam pesawat Air Asia petang tadi dari KLIA dah pekena nasi lemak, jadi tidaklah terasa lapar sangat sepertimana sebahagian sahabat yang lain.
Jam 11.30pm, pesawat Royal Jordan Air mula membelah udara di dalam kegelapan ruang angkasa Thailand. Lidah tidak berhenti mengalun zikir dan doa yang telah ku sediakan lebih awal. Perjalanan ke Amman Jordan mengambil masa lebih kurang 9 jam dari Bangkok.
Airbus, Royal Jordan Air
Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman Jordan
Jam 4.00am 18hb September, Pesawat Royal Jordan Air tiba di lapangan terbang Queen Alia, Amman. Kami disambut oleh wakil 'Malhas Tours' untuk membawa kami ke Hotel "Alia Gateway" yang tidak berapa jauh dari Lapangan Terbang Queen Alia, Amman untuk berehat setelah menempuh perjalanan yang panjang. Setibanya di hotel, sudah pun kedengaran azan subuh. Kami mengerjakan solat subuh untuk kali kedua hari ini kerana waktu di Jordan ialah undur 7 jam ke belakang.
Alia Hotel. Pondok beb....
Sebelum tidur, sempat juga aku menyentuh sarapan di dewan makan hotel Alia. roti dan madu. Sesekali mata menjeling kepada makanan tradisional Jordan. Tanpa menunggu lama, inilah peluang untuk merasainya; roti yang dimakan dengan keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan tradisional ilain yang sempat dijamah ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam. Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika tetamu berkunjung ke rumah. kenyangnya sehingga makan tengahari hari tersebut langsung tak ku jamah.
No comments:
Post a Comment