Monday, March 1, 2010

Raptai penganugerahan Pingat dan darjah Kebesaran diRaja di Istana Besar Seri Menanti

Pada 1 Mac 2010 telah diadakan satu majlis raptai bagi pengurniaan pingat, bintang dan darjah kebesaran Negeri Sembilan. Sekalung tahniah kepada penerima-penerima anugerah kebesaran diraja tersebut. Penganugerahan pingat dan darjah kebesaran dijadualkan  akan disampaikan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz ibn tuanku Munawir sempena ulangtahun keputeraan baginda yang akan disempurnakan pada 4hb Mac 2010 di Istana Besar Seri MenantiTurut terlibat dengan penganugerahan tersebut, saya berkesempatan buat pertama kalinya menjejak kaki ke dalam ruang Istana yang gah tersebut. Hamba sepertimana rakyat marhaein yang lain amat berbesar hati dan turut merasa bangga apatah itulah kali pertama menjejakkan kaki di istana yang penuh bersejarah tersebut setelah Yang Dipertuan besar dimashurkan sebagai pemerintah Negeri Sembilan sejak Oktober 2009 yang lalu.
Peluang raptai itu digunakan sepenuhnya untuk meninjau persekitaran istana sementara menanti rmajlis raptai itu selesai. majlis raptai diadakan di ruang Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti dengan dihadiri oleh  Dato' Setiausaha kerajaan Negeri dan beberapa tetamu kehormat yang lain.
Balai Rong seri terletak bersebelahan bangunan utama
Istana Besar Seri Menanti ialah kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ia terletak di bandar diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Istana baru ini menggantikan Istana Lama Seri Menanti yang dibuat daripada kayu belian yang kini dijadikan muzium diraja.
Semua acara rasmi seperti majlis pertabalan diraja dan majlis anugerah diadakan di Istana Besar Seri Menanti. Pada 26 Oktober 2009, Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diadakan di istana ini.

1 comment:

JiMi said...

tahniah la abe..dpt pingat gapo nih?