Tuesday, June 30, 2009

Al-Fatihah buat almarhum Dr Fathi Yakan




Hari ni genap 20 hari pemergian Dr Fathi Yakan, seorang pelopor gerakan Islam yang berpusat di Lubnan. Beliau meninggal pada 13hb Jun 2009. Sewaktu beliau pergi mengadap illahi, kami waktu itu masih berada di France. Biarpun tidak membaca sebarang media mengenainya, berita kematiannya di Perancis begitu cepat tersebar.Tidak hairanlah kerana di Paris, bilangan penduduk Muslim adalah yang teramai di Eropah, maka kematiannya cepat disebarkan termasuklah di media-media tempatan. Berdasarkan satu poster yang tertampal didinding bangunan, kami menyedari kematiannya dan amat mengejutkanku kerana buku-bukunya amat popular bagi diriku, terutamanya buku "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam)yang pernah ku baca sejak dibangku sekolah lagi. Apa pun kita perlu redha kerana setiap yang hidup akan menemui kematian, Pemergiannya ke alam fana merupakan satu kehilangan pada dunia dakwah islam.
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50-an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60-an. Beliau telah menjawat ketua umum dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.Beliau juga merupakan ahli dewan rakyat sehingga tahun 1996. Beliau juga adalah orang yang memainkan peranan penting dalam menamatkan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku kesemuanya.
Biodata ihsan dari: http://www.mutiulhaq.blogspot.com/ Al Fatihah

Monday, June 29, 2009

Kew Garden : kebun di tengah Kota

29Jun 2009, counselling lecturer, Ms fadumo memberitahu kami bahawa sebahagian dari kelas pada hari ini akan dihabiskan di kawasan rehat KEW GARDEN. Kami akan dibawa ke sana untuk mengenali pelbagai spesies tumbuhan diseluruh dunia. Teringat aku sebelum merdeka dulu British ada menanam sepohon getah kat Kew Garden sebelum dibawa ke Tanah Melayu. Inilah peluangnya untuk menjenguk tempat itu.

Dari Ealing Common, tempat kelas kami, kami bergerak perlahan dengan berjalan kaki untuk menaiki bas ke Broadway. Di Broadway, kami naik bas 95, tak perasaan lak aku bas tu sampai mana. Kami turun betul-betul depan pagar Kew Garden. Amboi.. besarnya, sangka aku ia hanyalah garden-garden biasa sepertimana yang terdapat di seluruh London, tapi ternyata perkiraanku meleset sama sekali.




Kew Garden ni asalnya sebuah kebun eksotik kat Kew Park yang dibina oleh Lord Capel of Tewkesbury. Ianya diperluas dan ditambah lagi keluasannya oleh Augusta, balu kepada frederick, Prince oF Wales. Bangunan-bangunan yang terdapat dalamnya adalah bangunan lama, antaranya Pagoda China yang dibina pada 1761 masih dikekalkan.Demikian juga Dutch House yang dibeli oleh George III pada 1781 dan dijadikan sebagai nursery untuk anak-anak keluarga diraja, sekarang dikenali sebagai kew palace.

Koleksi-koleksi di dalam taman ini bertambah dari masa ke masa sejak dari pembinaanya pada 1771. Pada tahun 1840, kebun bunga ini dijadikan sebagao National Botanical Garden. Di bawah seliaan Pengarah Kew's garden, William Hooker, kebun ini diperluaskan lagi kepada 30 hektar (75 ekar). Sehingga sekarang, keluasan keseluruhan kebun ini ialah 120 hektar (300 ekar). memang tak habis nak jalan-jalan...

Nak masuk ke kebun ni dikenakan bayaran sebanyak GBP13 untuk seorang. Budak berumur 17 tahun kebawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Dr Fadumo yang membawa kami nampaknya sakan juga berbelanja untuk bayar tiket bagi 15 peserta.



sebaik saja kami masuk ke dalam, terdapat palm house atau rumah kaca yang dibina oleh arkitek Decimus Burton dan pakar-besi, Richard Turner antara tahun 1844-1848 dan merupakan sebuah struktur besar yang dibina daripada kaca dengan struktur asasnya adalah besi padu.Rumah kaca ini adalah yang terbesar setakat ini.


Kew garden ini terletak betul-betul dipesisir sungai Thames yang dibina pada abad ke 19 dan tempat dimana pokok getah yang pertama di bawa dari Amerika selatan ditanam. Pada bulan februari 1913, Tea house, yang ditempatkan di dalam palm house ini telah hangus bila dibakar oleh olive Wharry dan Lilian Lenton dalam satu rusuhan mendapatkan hak untuk mengundi bagi golongan wanita yang dikenali sebagai serangan arson di London waktu itu.

manakala pada bulan oktober 1987, kew Gardens telah kehilangan ratusan pokok-pokok serata dunia dalam satu ribut besar pada 1987. Mungkin sebabtu lah puas aku mencari pokok getah tu, tapi tak jumpa-jumpa juga.

Selain dari palm house yang menempatkan ratusan pokok tropika, khatulistiwa yang dikawal suhunya, terdapat pelbagai lagi tempat menarik sepanjang 300 ekar kawasan ini seperti taman yang menempatkan pagoda cina, jambatan dari pokok ke pokok dan banyak lah lagi, letih nak cerita sebab jauh sangat jalan kaki...

Pusing-pusing aku masuk balik ke rumah kaca yang menempatkan pokok-pokok tropika ni.Sebabnya aku tak suka meronda tengok pokok-pokok bunga. Aku lebih suka explore pokok-pokok tropika yang menjadi kajian mereka, tapi Tak jumpa pula pokok durian, yang ada hanyalah pokok salak, nibung, rotan, mahagoni, jati, medang dan pelbagai spesies pokok lagi.

Royal Botanic Gardens, Kew, yang biasanya disebut secara mudah sebagai Kew Gardens, merupakan kawasan kebun yang besar terletak diantara Richmond dan Kew baratlaut London, England.Pengarahnya sekarang ialah Prof. Stephen D. Hopper. Kew Garden juga merupakan tempat pendidikan dan research botani yang terpenting dengan 700 saintis dan kakitangan yang menguruskan tempat ini. Koleksi-koleksi pokok hidup dikatakan sebanyak 30,000 jenis spesis pokok yang pelbagai jenis. manakala pokok herba sahaja berjumlah lebih dari 7 million spesies. Di perpustakaannya sahaja mengandungi lebih 750,000 volumes, dan koleksi ilustrasi yang dikumpulkan adalah lebih 175,000 lukisan mengenai tumbuhan.Pendapatan tahunan yang diperolehi oleh Kew Garden adalah sebanyak £56 million setahun yang berakhir pada 31 March 2008 yang lalu. Seramai 2 Million pelancong telah datang ke tempat ini sepanjang tahun tersebut. Kebun ini juga mendapat pembiayaan daripada NGO selain tajaan sepenuhnya oleh Department for Environment, Food and Rural Affairs.England. Dibina pada tahun 1759,Kebun ini meraikan anniversarynya yang ke 250 tahun pada tahun ini, 2009. Bayanglah, matt Salleh jaga kebun sampai ratusan tahun tengah-tengah kota London, cuba anda fikir kalau ada kebun macam ni kat KL, tak sampai 3 bulan dah jadi bangunan rumah kos murah yang mahal.Untuk bacaan lanjut, bolehlah rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Botanic_Gardens,_Kew. Pada Bulan Julai 2003, lebih kurang enam tahun lalu, Kebun bunga ini telah disenaraikan sebagai World Heritage Sites oleh UNESCO.








Memang mengkagumkan, mat salleh ni memelihara dan menyimpan ribuan jenis pokok-pokok dan spesies tumbuhan di satu tempat, macam muzium. Tak hairanlah mereka mengenali semua jenis pokok-pokok tropika walaupun mereka baru tiba di negara kita. Rasanya di Malaysia, tak ramai lagi yang mengenali pokok berangan, buah kecupu, kekuk, piah dan sebagainya. Mungkin 20-30 tahun lagi anak-anak kita menyangka beras yang dimakan setiap hari itu mungkin ditanam di kilang Bernas,kerana mereka mungkin tidak mengetahui macamana padi ditanam!

Friday, June 26, 2009

al Manar Mosque, Muslim Cultural Heritage Centre, Portobello road dan Jamilah Ahmed


Hari ini 26hb Jun, hari yang ke 26 aku di bumi UK. Kami bersiap-siap sepertimana biasa untuk menunaikan solat jumaah. mengikut jadual yang disediakan, hari ini kami akan menunaikan solat di Masjid al-Manar, di Acklam Road, London. Kami mula bertolak dari penginapan di Thames Valley University ke stesyen tube Boston Manor dan mengambil tube untuk perjalanan ke Hammersmith Station. Di Hammersmith Station, kami menukaar perjalanan dengan mengambil keretapi central menuju ke Ladbroke grove Street. Dari Ladbroke Grove, kami berjalan beberapa minit melalui celahan bangunan menuju ke Portobello road. Di hadapan kami sebuah kedai makan muslim yang dipunyai oleh En Azhar, seorang rakyat Malaysia. Sesampainya di kedai tersebut, kami dikejutkan dengan beberapa insiden. Deligasi kami dikatakan telah tidak menepati janji dan menimbulkan kemarahan seorang rakyat malaysia yang bernama Jamilah. Aku mula kebingungan dan tak tahu apa-apa. Baru je sampai disini tiba-tiba macam-macam pulak berlaku dan tohmahan. Sebagai ketua delegasi, aku diminta berjumpa dengan pn Jamilah. Siapa jamilah? aku pun tak tahu siapa, kenapa dia marah-marah sangat? pun aku tak tahu kenapa....

Kami masuk ke dewan Muslim Cultural Heritage centre, dalamnya terdapat masjid al-Manar, masjid orang Maghribi. Ok juga masjidnya. masjid inilah yang akan kami lawati selepas ini. Tiba-tiba kedengaran orang memanggil namaku, seorang perempuan lingkungan 50an bertudung labuh serba biru gelap dengan tangan menuding jari. mulutnya becok dan sombong memarahi delagasi kami, kononnya kami telah tidak menepati janji dan tidak hadir dalam satu majlis malam tadi di MSD. Kononnya dibuat khusus untuk kami. Aku agak terkejut dan kebingungan seketika. Apa hal ni, salam pun tidak apa pun tidak terus marah-marah.
"You have two minute to explain..., I dont have a time", kata minah tu sambil menuding jari ke arahku. "biadabnya minah ni..." hati ku merungut. Mulanya aku nak jawab juga dan cuba untuk jelaskan perkara yang sebenar, bila dia cakap macam tu aku terus tempelak dia, aku cakap, kami berusuan dengan MSD, bukan dengan puan, saya tak cukup 2 minit untuk jelaskan pada puan, biar saya jelaskan sendiri pada MSD nanti...". Bila aku agak menggunakan tone yang agak tinggi juga, barulah dia reda sedikit dan mula minta maaf serta cakap ada sikit lembut. Apa raa..ribut tarak angin tara tiba-tiba kilat berdentum dentum, kami baru sampai, niat nak melawat masjid, tiba-tiba kene mare, tension lah gua.. Rupa-rupanya Minah ni adalah penyelaras Program di Masjid al-Manar,London, alhamdulillah ada juga orang Malaysia jadi penyelaras program masjid yang majoritinya adalah orang maghribi, perempuan pulak tu. Ceritanya, dia dengar grup kami akan datang ke Malaysia Hall, so dia tempahlah makanan banyak-banyak bawa pegi Malaysia Hall. Kami pulak sebelum tu dah bagi tahu En Khairuddin, Warden di Malaysia hall, tak boleh pegi sebab kami punya kuliah pun dah habis pukul lima, tak sempat balik, mandi dan bersiap. Majlis mula pukul 7. jaraknya pula agak jauh dari penginapan kami. En Khairuddin dah tahu keadaan ini. Minah ni pulak, tak tahu dari mana dia tahu kami akan ke sana, so dia buat lah apa-apa program dan tempah makanan. Restoran yang kami masuk tadi adalah tempat tempahan makanannya. Bila kami tak jadi pergi program tu, tak adalah pula kami bagi tahu dia, mana lah kami tahu dia tu siapa. Sebabtulah dia marah sangat.

Dalam hati aku, patutlah susah sangat Islam nak berkembang.Cara dia cakap pun aku dah tension, macam kami ni anak kucing yang ikut nak dicampak dimana, kami tetamu, baru dua tiga hari datang sini, tak tahu apa-apa, so puan minah janganlah cakap kasar macam tu, sibuk sangat ke puan minah sampai hanya ada dua minit saja untuk kami beri penjelasan yang aku sendiri pun tak tahu apa-apa yang nak di jelaskan, terus marah je... Sebagai seorang yang diberi amanah mendokong tugas perkrmbangan islam di London, dan sebagai seorang Malaysia, perempuan yang terkenal dengan lemah lembut, adalah tidak wajar bersikap demikian. Pandangan sekilas itu mampu memberi 1000 persepsi - maka berhati-hatilah dengan kata-kata dan kelakuan. Moga Allah tunjukkan perkara yang sebenarnya. Lepas bertekak, aku keluar dari bangunan Muslim Cultural Heritage Centre dan tak ada mood lagi nak buat lawatan kat masjid tu. Lagi pun dia marah-marah kat penyelaras College kami. Pada hal yang arrange kan itu semua bukan kami, so aku tak nak masuk campur dan belah dari situ. Makan pun tak ada mood lagi.



Kami ambil kesempatan solat kat masjid al Manar. Kurang selesa sikit sebab orang agak ramai dan berhimpit-himpit. Khutbahnya agak bagus, menyentuh pasal masa. Kena sangatlah dengan problem yang kami hadapi. Selesai solat, kami tak jadi buat lawatan seterusnya. Hasrat hati nak jumpa Penyalaras program masjid tersebut, Puan Jamilah tadi, tapi kami batalkan hasrat dan mengubah haluan ke Portobello road, sebelah masjid berkenaan. Ada Pasar minggu setiap hari jumaat. Macam-macam barang ada. Boot Sale pun ada. Aku redah saja dengan hati yang kosong dan keliru...

Dalam perjalanan, aku masih kebingungan... Semua program diaturkan oleh orang lain, Kami hanya ikut sahaja, pembatalan program, perubahan tarikh dan sebagainya pun diaturkan oleh orang lain...tapi kenapa kami yang sentiasa menjadi mangsa sasaran...masuk hari ni, genap minggu keempat kami disini, dalamperhitunganku, sudah enam masalah besar yang kami tempuhi, semuanya berpunca daripada penyelarasan program yang tidak teratur. Aku masih keliru. hari ini semuanya berakhir dengan kosong. Aku kembali ke Hostel dengan kepenatan yang diperolehi. lain-lain, entahlah.... Aku pasrah.

Thursday, June 25, 2009

Greenwich; Pusat yang tidak berpusat

24 Jun 2009, kami berpeluang melawat Greenwich, sebuah bandar yang terletaknya garisan Meridian Pangkal atau Prime Meridian. Kami bertolak ke sana dengan menaiki tube di stesyen Ealing Common dan turun di Barons Court, sebelum menukar keretapi menuju ke Aldgate Calf. Terlalu seronok bersembang, kami terlepas sehingga ke bandar Tower Hill. Kami berpatah balik semula ke Aldgate Calf sebelum mengambil DLR dengan berjalan kaki beberapa minit ke Tower Gateway. Dari Tower gateway kami menuju ke LimeHouse, kemudian sekali lagi menukar perjalanan ke Cutty Sark For Maritime Of Greenwich. Dari situ kami berjalan kaki menapak bukit untuk tiba ke istana lama tempat yang dikatakan pusat greenwich itu.

Meridian (atau garisan longitud) dalam subjek geografi ialah garisan khayalan yang dilukis di Bumi dari Kutub Selatan ke Kutub Utara. Garisan dari selatan ke utara ini disebut garisan longitud atau longitud sahaja. Meridian berasal dari bahasa Latin meridies yang bermaksud tengah hari - di mana cahaya matahari melalui dan agak tepat di atas kepala kita.

Saiz garisan ini sama sahaja iaitu 20,003.93 km. Meridian O melalui pekan Greenwich di England, Britain. Ia dipanggil Garisan Meridian Pangkal atau Prime Meridian.Greenwich (disebut greenich)adalah satu daerah di south-east London, England,ditepi pinggir sungai thames di London Borough of Greenwich. Ianya lebih dikenali sebagai tempat yang memaparkan sejarah maritime history dan dinamakan sebagai the Greenwich Meridian (0° longitude) dan Greenwich Mean Time (GMT).

Bandar terletaknya Greenwich merupakan asalnya adalahistana raja, 'the Palace of Placentia'dari kurun ke 15, dan merupakan tempat kelahiran golongan tudor England termasuklah King Henry VIII dan Elizabeth I. Istana tersebut di baik pulihsemasa perang 'English Civil War' dan dibina semula sebagai 'the Royal Naval Hospital' untuk pelaut (pelayar oleh Sir Christopher Wren dan pembantunya Nicholas Hawksmoor. Bangunan ini dijadikan sebagai 'the Royal Naval College' pada tahun 1873, dan seterusnya dijadikan sebagai tempat pusat pendidikan military sehinggalah tahun 1998 sehinggalah diserahkan kepada yayasan Greenwich. Bilik-bilik yang bersejarah di bangunan ini dibuka kepada awam, manakala sebahagian lain bangunan ini adalah digunakan oleh University of Greenwich dan the Trinity College of Music.

Bandar ini menjadi popular pada kurun ke 17 bila mana banyak rumah-rumah besar dan indah seperti 'Vanbrugh castle' yang dibina di atas Bukit Maze, berdekatan dengan taman. Semenjak zaman georgian, rumah-rumah dan bangunan dibina di tengah-tengah pusat bandar. 'The maritime connections of Greenwich' dimulakan sejak abad ke 20 bilamana kapal 'Cutty Sark' dan 'Gipsy Moth IV' diletakkan di bersebelahan Kuala Sungai Thames. Cutty Sark adalah sebuah kapal dagang milik Syarikat hindia Timur British yang membawa teh dari India dan Ceylon satu ketika dahulu merupakan sebuah kapal yang terlaju pada zamannya (kemuncak penguasaan inggeris). Malangnya kami tak dapat melihat sepenuhnya kapal tersebut kerana dek bawahnya sedang dibaiki akibat kejadian kebakaran tidak lama sebelum kami tiba ke UK.









jam 6.00 petang, aku puas meninjau kawasan greenwich dan mula turun ke bawah bukit istana lama tersebut sambil menunggu kawan-kawan lain dibangku yang disediakan. Waktu itu teringat pula yang aku pernah terbaca satu artikel yang mempertikaikan waktu greenwich ini. Cuba renung balik dan fikirkan. Kata artikel itu Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi berbanding waktu di Dreenwich. Di makkah, satu ketika dulu, Saintis dan ulama Islam mendesak supaya waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa ‘Greenwich Meridian Time’ atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi.

Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, desakan itu disuarakan pada persidangan yang diadakan di Qatar dengan tajuk ‘Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan.’ Seorang pakar geologi juga berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara.

Pakar itu berkata, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, katanya, sudah tiba masa perkara itu diubah.

Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.

Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang turut menyertai persidangan berkenaan menekankan, sains moden akhirnya membuktikan Makkah adalah pusat Bumi.

“Bukti Makkah adalah pusat bumi sebenar adalah kiblat ? perkataan Arab bermaksud arah umat Islam apabila menunaikan solat,” katanya.

Seorang cendekiawan Islam, Zaghloul al-Najjar, berkata negara Barat tidak suka melihat bukti saintifik menunjukkan Makkah berada di pusat bumi tetapi beliau dan tokoh Muslim lain akan meneruskan usaha supaya masyarakat antarabangsa menerima kebenaran itu.http://malaysianews.abufaris.com/dakwah/ilmuwan-islam-syor-guna-saat-makkah-ganti-gmt/

Apa pun,ketika ini kita kena akur dengan apa yang ada. Saya setuju jam Makkah diguna pakai, tapi, selagi umat Islam tidak dapat menguasai ilmu dan dunia, maka kita hanya mampu bersuara, tapi tak mampu mengubahnya. Greenwich adalah bukti penguasaan Inggeris bahawa mereka pernah menguasai ilmu dan dunia satu waktu dulu. Untuk mengubahnya, kita juga perlu menguasai ilmu dan mempengaruhi dunia. Insyaallah.

Tuesday, June 23, 2009

Berteduh di Menara Eiffel

kami meneruskan perjalanan meronda kota Paris dengan berjalan kaki. Apa yang mengkagumkan ialah bangunan-bangunan lama yang dibina dari abad ke 13M masih tetap utup dan kukuh, malah bangunan-bangunan tersebut masih terus digunakan sehinga sekarang.Kami menyusuri jalan raya terbesar di paris Avenue Des Champs Elysees yang mempunyai empat lorong dan ditengahnya menempatkan Arch De triomphe De l'etole, bulatan terbesar yang membahagikan 9 jalan utama di kota Paris. Terdapat banyak gedung-gedung pakaian mewah di sepanjang jalan ini seperti Bally, Luis vutton, dan sebagainya yang tak larat untuk kami singgah kerana terlalu banyak. terdapat sebuah bank besar iaitu HSBC bersebelahan gedung Luis Vutton, di hadapannya pula ialah kedai makan dan minuman yang menghadap terus ke jalan utama Avenue Des Champs Elysees. seperti kata orang Perancis, ambil wang di HSBC, membeli belah di gedung Luis Vutton dan pamirkannya di kedai makan tersebut! Disitu kita dapat temui ramai celebriti utama dunia yang membeli belah dan bersantai di kedai-kedai makan mewah di tepi jalan dengan mempamirkan barangan yang baru dibeli. kami meneruskan perjalanan menuju ke Centre G. Pompidou, disitu terdapat bangunan besar yang menempatkan hasil seni karyamawan Perancis. Di sekitarnya terdapat banyak kedai-kedai cenderamata yang murah dan cantik-cantik. Penat berjalan, kami berhenti menghilangkan penat dengan singgah di satu restoran kebab milik warga Lebanon untuk menjamu selera sambil minum kopi dan memerhatikan kesibukan warga Paris yang lalu lalang.




Esoknya, 13hb Jun 2009,kami sekali lagi ke Centre G.Pompidou untuk membeli belah. Selesai mencari barangan yang di perlukan, kami sekali lagi menyusuri jalan Avenue Des Champs Alysees. Kali ini kami merentasi sebelah kiri jalan untuk menyusuri sungai Seine. Sepanjang jalan terdapat toko-toko buku lama yang menjual buku-buku dan majalah lama untuk dijadikan koleksi. Agak terkejut kerana kedai-kedai tersebut masih menjual akhbar dan majalah lama. antara yang sempat kami belek ialah akhbar keluaran tahun 1948, majalah-majalah keluaran tahun 50an, malah ada yang bertarikh tahun 1878! Diantara banyak buku-buku tersebut terdapat beberapa buah buku yang ditulis dalam bahasa Perancis keluaran tahun 70an mengenai Bandung, Pangkor dan Sarawak di Malaysia.



Kami juga berpeluang singgah di bangunan gereja NotreDame, sebuah bangunan lama yang memaparkan arca pelbagai binatang dan syaitan sepertimana yang digambarkan dalam filem animasi the Huntchback of notredame. kami kemudiannya berhenti rehat di salah satu jambatan yang merentangi sungai seine iaitu Pt Alexandre III iaitu berdekatan dengan bangunan Grand palais dan Petit palais yang terkenal. Dari jambatan tersebut, sayup-sayup kelihatan menara Eiffel yang sudah lama kami idamkan...

Tidak lama berehat, kami meneruskan perjalanan menyusuri sungai seine dan melewati Palais De CHaillot, sebuah bangunan yang menempatkan tempat kesenian. Terdapat ramai anak-anak muda berlatih tarian hip hop dan tradisional di kawasan ini. Dari palais De Chaillot, Menara Eiffel telah terbentang tegak di hadapan kami. Bebarapa langkah menuju kehadapan, Menara Eiffel sudah berada di atas kepala kami dan kawasan yang panas berangin menjadi redup dan dingin. Aku benar-benar berada di kota PARIS!



Menara yang dibuat dari besi ini dibina pada tahun 1889, 15hb Mei. Pembinaannya selama 22 bulan dengan 1710 anak tangga menuju ke puncak. Seramai 150 pekerja diperlukan bagi menyiapkan menara ini dengan 50 engineers dan 40 pereka bentuk dan 500 pelukis jurutera! Menara Eiffel menerima kunjungan 120 juta pelancong sepanjang seratus tahun. Gambar foto yang diambil dibawah menara Eiffel adalah klimaks pengemabaraan ku ke Eropah. selepas menara Eifel, mood untuk mengambil gambar mulai hilang walaupun banyak lagi tempat dan bangunan bersejarah di Paris belum aku lawati. Menara Eiffel adalah kemuncak kepada impianku selama ini, berteduh di bawah redup bayang mentari di Eiffel menyempurnakan impian yang selama ini terpendam.. Besok aku akan kembali ke UK dan segala kenangan akan ku bawa pulang bersama....

Dari Joinville Le Pont ke Kota Paris

Menghirup udara pagi di banjaran alps Lutter Brunen, Switzerland amat menyegarkan. Pagi ini kami perlu bersiap-siap untuk memulakan perjalanan ke Paris. Jam 9.00 pagi kami sudah bersedia dan semua peserta menunggu di dalam Farris Holiday di tempat masing-masing. Agak sayu juga untuk meninggalkan pekan Lutter Brunen yang indah. Kami memulakan perjalanan seawal pagi menuju ke kota Paris. Jam 1.00 tengahari kami tiba di Basel, Switzerland dan semua peserta berhenti rehat untuk menjamu makanan tengahari. Kami menyambung semula perjalanan selepas berhenti rehat selama setengah jam. Perjalanan ke kota Paris amat panjang dan membosankan. Perjalanan dianggarkan memakan masa selama 10 jam. Pemandangan di kiri dan kanan jalan selain dari banjaran alps yang memanjang di switzerland, ladang-ladang gandum dan oat di perancis yang luas saujana mata memandang.
Kami tiba di camp site yang terletak di pekan Joinville-Le pont, kira-kira 10 km dari kota Paris. dari kem perkhemahan kita boleh berjalan kaki atau menaiki bas dengan tambang sebanyak 1Euro menuju ke stesen tram ke pekan JoinVille Le pont. Dari situ boleh mengambil trem terus menuju ke Kota Paris dengan bayaran sebanyak 4.45Euro untuk perjalanan singkat atau 7 Euro untuk perjalanan selama sehari suntuk.

Dari Joinville Le pont, kami mengambil train sehingga ke stesyen Nation. Di Stesyen Nation, kami menukar perjalanan dan menaiki train menuju ke Chatelet Les halles. Di Chatelet Les Hallet, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki dan menikmati keindahan kota Paris.

Kota Paris agak berbeza dengan kota-kota besar lain di Eropah. Kota ini dibangunkan oleh Gauls, yang membina selat kecil dikiri pinggir sungai Seine. Kota ini dikenali dengan nama Lutettia waktu itu oleh Julius Caesar yang menguasai Perancis pada tahun 53BC. Kota Paris kemudiannya menjadi pusat peradaban pada tahun 987 apabila Hugues Capet, pengasas kuasa dinasti beraja Perancis. Antara tahun-tahun 1180-1270, banyak bangunan-bangunan termasuk universiti di bangunkan di kota Paris.Sebahagian bangunan tersebut masih kekal sehingga kini.

Dari stesyen keretapi Chatelet Les hallet, kami berjalan kaki meronda kota Paris dan mendapati bangunan tinggalan sejarah masih kekal digunakan sehingga sekarang. Malah hampir keseluruhan kota lama Paris adalah terdiri dari bangunan-bangunan lama yang masih kekal keasliannya. Akhirnya selepas naik turun tangga di tengah-tengah kota Paris, kami tiba di Basilique Du-Sacre-Cour, sebuah gereja yang dibina oleh marguirete -Marie pada abad ke 17. Pada 25 Julai 1873, Bangunan ini dijadikan sebagai tempat National assembly. dari Sacre-Cour, kita boleh melihat sebahagian dari kota Paris yang indah.






Puas bergamabar di kota Sacrasimun atau Sacre-cour, kami berjalan ke bawah dengan menuruni anak tangga satu demi satu di celah-celah deretan rumah dan kedai di kota Paris. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Place Du tertre, satu kawasan di mana ahli seni mula membina nama mereka. Kawasan ini dibina dari abad ke 14M oleh Monmantre Abbey. pada abad ke 18, ia dikenali sebagai Jantung Montmanrtre, yang mana pada tahun 1790, tempat ini dijadikan dewan bandaran yang pertama.awasan ini merupakan tempat lahirnya pelukis-pelukis agung seperti Corot, Delacroix, gericault, Degas, Renoir, Cezzanne,manet, Van Gogh dan Tolouse Lautret serta lain-lain lagi.Dataran ini amat popular dengan lukisan potret, karikatur dan kartunis. terdapat banyak cafe, cabaret dan restoran di sekitar kawasan ini. Menurut papan tanda yang diletakkan di sudut kawasan ini, "seseorang tidak akan mengenali kota Paris jika ia tidak mendaki 'la-Butte'", iaitu tangga yang membawa ke kawasan ini. Memang benarlah, apabila kami mendaki la butte, hampir keseluruhan isi kota Paris kami terokai, kami dapat melihat kehidupan rakyat Paris yang sederhana, merempat atau pun kaya, pekerja mengangkat sampah, buruh yang kais pagi makan pagi dan peniaga yang kaya dan bergaya, semuanya ada di sepanjang perjalanan menuju kesini, dan mereka berkumpul di Place Du Tertre untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja atau ingin mencari keseronokan.

Monday, June 22, 2009

Tiba di Steseyen Lauter Brunen





Jam 6 petang 9hb jun 2009, kami tiba di bandar lauter Brunen, Switzerland. Lauter Brunen, sebuah pekan perkampungan yang tidaklah sebesar mana, tetapi merupakan sebuah pekan penting dan nadi kepada negara Switzerland, terutamanya bagi pendaki-pendaki gunung. bandar ini merupakan pusat persinggahan atau kem utama yang letaknya lebih kurang 3000 kaki dari paras laut, kurang 1500 kaki daripada kemuncak tertinggi di pergunungan alps ini. Pekan kecil ini juga mempunyai stesyen keretapi yang membawa terus pelancung ke kemuncak gunung, air terjun berpuluh tingkat di kaki gunung dan gua-gua yang banyak terdapat di persekitaran Jungfrau Mountain.

Setibanya kami di Lauter Brunen, peserta memasang khemah dan bersedia untuk makan malam. Selepas mnakan malam, kami masuk ke kabin dan aku tidak perlu menunggu lama untuk lena. Besok pagi aku dah buat keputusan untuk tidak mendaki gunung kerana penat.


Singgah di Tasik Tunnasse yang biru

Beberapa jam di Luxembourg amat merimaskan dan cepat merasa bosan. kami menghabiskan masa duduk-duduk di kerusi panjang berhadapan dengan statue king Charles VI,pengasas Luxembourg abad ke 17 dahulu. Petang itu juga kami berangkat ke Switzerland. Seboleh-bolehnya aku ingin segera meninggalkan kota ini.
Perjalanan dari Luxembourg City ke Zurich mengambil masa 4-5 jam. Bagaimanapun Farris Holliday mengalihkan haluan dan kami tidak jadi ke Zurich tetapi menghala ke Jungfrau Mountain di pergunungan alps Switzerland yang terkenal.

Switzerland, terkenal dengan negara gunung-ganang. Dari utara ke selatan negara ini direntangi oleh pergunungan alps yang indah menawan. memang benarlah dikatakan orang, tempat terindah diEropah ialah negara Switzerland. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya beberapa keping gambar dari kamera digital yang mampu menterjemahkan keindahan negara ini. Switzerland juga terkenal dengan aktiviti pelancungan dan perbankan dunia. Institusi perbankannya yang kukuh menyebahkan mereka tidak menyertai EU. matawang mereka ialah swiss francs iaitu dengan nilaian 4.70 Swiss Francs bersamaan 5.00 Euro.

Sebelum tiba ke pergunungan Jungfrau, kami terlebih dahulu singgah di tasik Tenesse yang biru bagi melepaskan penat dan minum kopi bagi memanaskan badan di tempat rehat yang disediakan dipinggir tasik Tenesse yang mengimbangi Alps ini.




Dari Tasik Tanesse,kami bergerak perlahan mendaki kaki gunung Jungfrau. Farris Holliday kemudiannya membelok ke perkampungan Windlewanger dan keluar dari Motorway menuju ke kem perkhemahan di Lauter Brunen.

Luxembourge City Yang Tidak Mesra






Pagi 9hb jun 2009, lebih kurang seawal jam 9.30 pagi, kami telah siap berkemas dan bersedia memulakan perjalanan ke Luxembourg. Dari kabin penginapan di Jupiler Le Raptai di Brussel ke Luxembourg City hanya mengambil masa selama 4 jam.

Kami tiba di bandar Luxembourg City, bandaraya kepada negara Luxembourg, sebuah bandaraya kosmopolitan yang sibuk. Bandaraya ini adalah pusat kepada perdagangan negara-negara kesatuan Eropah. Terdapat banyak bank-bank perdagangan yang besar di kota ini sesuai dengan tempatnya sebagai pusat komersial. Bagaimanapun rakyat Luxembourg dikatakan agak sombong dan tidak mesra dengan pelancong-pelancong luar, mungkin keadaan hidup mereka yang lebih selesa berbanding dengan negara-negara lain termasuk dari kesatuan Eropah. Barangan disini pada umumnya adalah lebih mahal daripada tempat lain meskipun negara ini adalah negara bebas cukai. Apa yang kelihatan agak murah sedikit berbanding di negara-negara Eropah yang pernah dilawati ialah arak dan rokok. Maka tidak hairanlah ramai penduduk UK memborong arak dan rokok untuk dibawa balik ke England.

Di pinggir kota Luxembourg City, terdapat kubu besar yang dibina oleh orang-orang Austria zaman pemerintahan Charles VI dan Maria Theresa (kemudiannya memerintah Luxembourg) antara 1737 dan 1746 yang mana kubu ini dibina sedalam 40 meter ke bawah tanah. Pada pertengahan abad ke 17, Orang-orang Sepanyol telah menambah kubu ini sehingga menjadi sepanjang 23 kilometer. bagaimanapun, pada hari ini hanya 17 km sahaja yang dapat diselamatkan. pada tahun 1994, UNESCO telah mengishtiharkan bandar tua di bawah kubu ini sebagai warisan sejarah dunia. Kubu ini juga adalah menjadi tempat perlindungan rakyat Luxembourg setiap kali berlakunya peperangan termasuklah perang dunia pertama dan perang dunia yang kedua.

Kubu ini juga dikenali sebagai 'the balcony of Europe ' kerana pemandangannya yang cantik dan dapat melihat sebahagian kota dalam kubu daripada pandangan sebelah atas.

Selain dari kubu besar ini, rasanya tidak ada apa yang menarik sangat di kota Luxembourg, selain masyarakatnya yang agak sombong. Kami kemudiannya berjalan kaki ke lorong-lorong di pusat bandar. Terdapat banyak kedai-kedai cenderamata yang menjual barangan-barangan untuk dijadikan kenangan.


Eton College: Sekolah Tertua yang sentiasa menjadi Ketua

21hb Jun yang lalu kami berkesempatan melawat ke Eton College, sebuah sekolah yang melahirkan 14 Perdana menteri British,Putera Harry dan William serta putera-putera raja di seluruh dunia termasuk dari Malaysia. Kesempatan itu diperolehi setelah kami mendapat pelawaan dari Mr munawar, guru yang mengajar pendidikan Islam di sekolah tersebut. kami telah berangkat ke Eton College lebih kurang jam 10 pagi dengan menaiki van yang ditempah khas. Sekolah ini terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dan lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari Windsor Palace.

Setibanya di Eton, Mr Munawar telah sedia menunggu dan menyambut kami. beliau telah memberi sedikit taklimat ringkas mengena pembabitannya dengan Eton College. Mr Munawar, seorang saudagar petroleum, mendapat peluang untuk mengajar di Eton College lebih kurang 5 tahun dahulu. Beliau tidak melepaskan peluang tersebut dengan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang peniaga minyak yang berjaya demi untuk berbakti kepada pelajar-pelajar beragama islam di Britain.



menurut beliau, sepanjang tahun lebih kurang 250-300 pelajar diambil untuk belajar disekolah tersebut. 35-70 orang adalah terdiri dari pelajar Islam, 100-150 dari bangsa yahudi dan selebihnya adalah kristian. Sekolah tersebut pernah melahirkan 14 orang perdana menteri Britain, putera Harry, putera William, bapanya putera charles, putera-putera raja seluruh dunia termasuklah dari Malaysia terutamanay diera sebelum dan selepas kemerdekaan dan sebagainya. Sekolah ini diasaskan lebih kurang 450 tahun dahulu dan struktur asanya masih tidak terusik. Pelajar-pelajar yang belajar disekolah ini adalah terdiri daripada mereka yang datang dari golongan bangsawan dan penuh berdisiplin, maka tidak hairanlah keadaan sekolah ini kekal sepertimana bentuk asalnya 450 tahun dahulu.

Kos perbelanjaan setahun bagi setiap pelajar sekolah ini ialah GBP38K setahun.terdapat juga pelajar miskin yang diberikan biasiswa 'KIngs Schoolarship'. Biasiswa diberikan kepada pelajar yang cemerlang dan terbaik setelah melalui beberapa proses temuduga yang diadakan. Pada tahun lepas, seorang pelajar Islam dari pakistan berjaya memperolehi biasiswa tersebut setelah melepasi beberapa ujian yang diadakan.






kami kemudiannya dibawa melawat ke kawasan sekolah tersebut. Kelas-kelas yang digunakan untuk belajar adalah kelas asal pelajar 450 tahun dahulu. Kerusi-kerusi dan meja kayu masih digunakan sehingga sekarang. Di dinding-dinding, mereka mengukir nama-nama pelajar yang pernah belajar disekolah tersebut. Terdapat banyak plak penghormatan diletakkan disepanjang bangunan sekolah bagi mengingati bekas-bekas pelajar yang terkorban semasa perang, kemalangan dan sebagainya. Tidak kurang juga nama-nama pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah ke pelusuk dunia. Kami juga dibawa melawat ke gereja yang dibina bersama dengan bangunan sekolah ini pada 450 tahun dahulu. Lukisan-lukisan didinding masih terjaga rapi walaupun cat asalnya sudah semakin pudar.

Kawasan sekolah yang luas dan persekitaran yang nyaman adalah tempat terbaik untuk belajar. Penat mengulangkaji di dalam kelas,pelajar boleh beriadah di beberapa kawasan padang rumput yang luas menghijau. Asrama pula terdiri dari rumah-rumah banglo yang dibina dengan menempatkan 15 orang pelajar bagi setiap rumah dan seoarang master (guru) mengawasi rumah tersebut. Terdapat 114 orang guru yang mengajar disekolah tersebut dan setiap guru akan menjadi mentor kepada 5-15 orang pelajar mengikut umur masing-masing. Maka tidak hairanlah sekolah tertua didunia ini tidak pernah menjadi sekolah kedua terbaik di dunia.Sekolah ini sentiasa mendahului dari segi pencapaian akademiknya mahupun dari segi sahsiah dan kepopularitinya!

Hari Terakhir dengan Dr Gamal Soeleiman



Hari Khamis 18hb Jun adalah hari terakhir pensyarah Undang-Undang Keluarga, Prof Dr Gamal Soeleiman, mengajar kelas kami. Beliau akan bercuti untuk kembali ke Egypt dan akan pulang semula ke UK pada Hujung September, iaitu selepas cuti musim panas berakhir. Waktu itu kami semua dijangka sudah kembali ke Malaysia, so kami berpakat untuk meraikan hari terakhir beliau. Kebetulannya pada 18hb Jun itu, Dr Gamal masih ada dua jam kertas yang perlu dihabiskan bersama kami. Di akhir sessi, kami bergambar bersama-sama dan memberikan cenderamata dari Malaysia khusus untuk beliau. Semoga berjumpa lagi!

Saturday, June 20, 2009

Singgah di Brussels

brussels, ibu negeri Belgium yang kepadatan penduduknya lebih kurang 10 juta orang. Mereka menggunakan pertuturan dalam bahasa Belanda, perancis dan sebahagian kecil berbahasa German.
Di Brussel, bandaraya ini agak terkenal dengan pembikinan coklat dan alkohol selain dari bangunan-bangunan lama yang masih kukuh.





Selain patung gangsa Meinaken Pis (budak kecil yang sedang kencing)hanya terdapat bangunan-bangunan lama termasuk istana lama. Apa yang mengkagumkan terdapat bangunan pasaraya Albert yang dibina pada tahun 1700an. bayangkan pada masa itu bangunan itu telah dibangunkan dan dijadikan sebagai pasaraya yang besar...dan ia kekal hingga kini.memang kagum.

First Experience di car Boot Sale kat Pekan Denham

Pagi sabtu 20hb Jun 2009 aku menerima panggilan telefon dari Hazlin mengajakku ke Denham, sebuah pekan di pinggir London untuk melihat orang Inggeris menjual barangan mereka. terasa juga aku untuk melihat bagaimana rupanya car Boot sale tersebut. lantas aku menghubungi ustaz Ramli mengajaknya ikut bersama. Di dewan Besar TVU, sudah ada 3-5 orang peserta perempuan sedia menunggu kami untuk pergi bersama-sama.
Dari Brentford kami menaiki bas menuju ke Hanwell. Di Hanwell, kami menukar bas untuk mengambil perjalanan ke Uxbridrige. sekali lagi kami menukar bas sebelum sampai ke pekan Denham. Kemudia baru berjalan kaki lebih kurang 5 minit menuju ke sale garage yang disediakan. Bertukar-tukar bas dalam perjalanan adalah suatu perkara yang biasa di UK. Tidak hairanlah kerana sistem pengangkutannya adalah cekap dan mudah. kalau di KL, bertukar 3 kali bas dalam masa 45 minit rasanya tentulah menyesakkan dada,mungkin anda akan bertaubat tak nak naik bas lagi. Berbeza disini, perjalanan adalah amat mudah malah ianya agak selesa.Anda masih boleh membaca akhbar atau melihat pemandangan sekitar selama dalam perjalanan.

Di Denham, bayaran sebanyak 1pound dikenakan bagi pejalan kaki yang ingin memasuki tempat garage sale yang disediakan, iaitu di atas padang milik persendirian.Alamak, banyaknya kereta.... Nampak mat salleh memikul barangan yang dibeli berbondong-bondong. Bila kami sampai di dalamnya, kelihatan pelbagai barangan dijual dengan harga yang amat murah, dari 50p hinggalah satu pound. Macam-macam barang terpakai. Katanya car boot adalah cara mat salleh nak lupuskan barangan mereka. Rumah Mat Salleh ni sebenarnya rumah biasa. Disini tak macam di KL. Rumah-rumah tak boleh direnovate sesuka hati. Itu sebab rumah mereka kelihatan cantik dan sama. So, rumah mereka yang sempit dan kecil kecil itu menyebabkan mereka tak boleh atau tak ada tempat nak simpan barang-barang lama mereka, jadi melalui amalan car boot sale inilah mereka jual bagi melupuskan barangan lama. Sekali pandang, ianya lebih kurang seperti pasar malam atau pasar tani atau pasar pagi kat Malaysia. tapi car Boot lebih tersusun dan teratur.Alah, macam pasar lama dalam filem Conan the Barbarian, filem epik atau filem roman zaman Julius Caesar. Mereka jual barang secara terbuka tanpa payung. jadi kalau hujan atau musim sejuk mereka tak berniagalah. Peluang car boot sale atau garage sale ini hanyalah pada musim panas sahaja.
Kami pusing satu padang yang punyalah luas, rasa nak tercabut kepala lutut dan berat kaki melangkah. Banyak juga barang yang nak dibeli, tapi tak terbeli kerana terlalu banyak. Tak apa, ini adalah pengalaman pertama. Minggu depan kalau ada peluang aku akan datang lagi dan borong sepuasnya kalau barang yang aku nak tu ada lagi.

Kunjungan hormat ke Malaysian Student Department dan mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK dan Eire

Pagi jumaat 19hb Jun 2009 kami dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke JPA London (Malaysian Student Department). Kami berkumpul di stesyen Boston Manor sebelum mengambil tube terus ke Queensborough Terrace, london. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Di queensborough, En Mohd Khairul Adib Abdul Rahman (kaunselor Pendidikan) JPA sudah sedia menunggu. Kami dibawa ke bilik mesyuarat dan berbincang mengenai beberapa isu yang berkaitan. Perbincangan berlangsung selama hampir dua jam sebelum kami berhenti untuk makan tengahari yang disediakan oleh pihak MSD.Diakhir pertemuan, Sdra Mohd nadzri sebagai ketua delegasi menyampaikan cenderahati kepada En Adib dan kami bergambar di pekarangan pejabat Mal;aysian Hall, London sebelum bersurai untuk menunaikan solat jumaat di bangunan yang sama. Selepas solat, aku dan En Adib sempat pekena teh tarik di kedai Restoran Melayu di bawah bangunan Malaysian Hall. Ok lah boleh hilangkan gian pekena teh tarik yang dah lama ditinggalkan.



Jam 2.45 petang, En Adib kemudiannya membawa kami ke pejabat High Commission of Malaysia, London di 45-46 Belgrave Square, London SW1X 8QT. Dari Queensborough, kami ke Belgrave Square dengan menaiki bas yang mengambil masa lebih kurang 15 minit. Pejabat Suruhanjaya malaysia ini adalah bangunan yang dipajak selama 100 tahun. Baki tahun yang masih ada ialah 36 tahun.

Mengikut sejarahnya,Prior to independence 31 August 1957, Malaya as it was then known had set up a Commission initially in London and subsequently in New Delhi, Karachi and Canberra to look after trade, information and trade matters. These were not in any way diplomatic missions.


The first Commissioner ke London ialah YM Raja Sir Tun Uda bin Raja Muhamad yang berkhidmat dari 1 July 1953 hingga16 October 1954. Kemudian diambil alih oleh Dato’ Othman bin Mohamad yang berkhidmat dari 16 October 1954 sehingga 5 July 1957.

Selepas kemerdekaan,Pesuruhjaya tinggiMalaysia ke United Kingdom ialah Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmood. The Malaysian High Commission first occupied the premises of 57 Trafalgar Square, presented to the Government as a gift of the Crown Estates. Later it moved to Great Portland Street and in the 1960s to its present address at 45 Belgrave Square.

Buat masa sekarang, Tuan Yang Terutama (His Excellency) Dato Abdul aziz Muhammad adalah pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom. Bagaimanapun, agak malang sedikit, kami tak dapat berjumpa dengan Tuan Yang Terutama kerana beliau kembali ke Kuala Lumpur atas tugas rasmi dua hari sebelumnya.



Kami bagaimanapun agak bertuah kerana Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Dato Rustam bin Yahya sudi melayani dan menyambut kehadiran kami. Kami dibawa masuk ke dalam bangunan kedutaan yang tersergam indah dan berkumpul di bilik mesyuarat yang mewah. Aku bagi pihak delegasi memperkenalkan diri dan kami memulakan perbincangan.Yg Berbahagia Dato' Rustam, yang menggunakan pendekatan yang bersahaja, menjadikan delegasi kami cepat menyesuaikan diri dan kami berbincang dalam suasana yang rancak dan mesra.keramahan Yg Berbahagia Dato' menyebabkan kami tidak terasa masa begitu cepat berlalu sebelum majlis pertemuan tersebut ditamatkan dengan ucapan ringkas oleh ketua delegasi dan pemberian hadiah cenderahati.




British Muzium yang tidak menyimpan sejarah British

Jumaat 18hb Jun2009, Ms Deborah, guru Bahasa Inggeris kami menyarankan supaya pembelajaran bahasa inggeris pada hari ini dibuat diluar kelas. Justifikasinya bagi kami mengenali budaya masyarakat dunia dan sejarah awal peradaban dunia. Students diminta mengambil note tentang beberapa perkara tertentu untuk dibincangkan di dalam kelas nanti. Tempat yang disarankan ialah British Muzium. Agak mengujakan kerana tempat tersebut sudah menjadi idamanku sejak sebelum tiba ke kota London lagi.

Dari College kami berjalan kaki menuju ke steseyen tube bawah tanah di Broadway Ealing dengan tiket yang dibekalkan.

British Muzium telah diasakan pada tahun 1753M dan terkenal dengan koleksi-koleksi tua serata dunia lebih 2 juta tahun dahulu. Pelawat boleh menikmati keunikan perbezaan budaya dunia di bawah satu bumbung atau hanya di dalam satu bangunan. Ironiknya, Muzium British ini tidak mempunyai satu pun hasil tinggalan sejarah British, tetapi menghidangkan koleksi-koleksi dari luar. Dikatakan monumen-monumen atau tinggalan sejarah lama itu diambil oleh British dengan pelbagai cara termasuk mencurinya atau membeli di pasaran gelap. Tidak hairanlah kerana kerajaan British satu masa dulu menjelajah hampir ke pelusuk dunia. Tinggalan-tinggalan sejarah itu diambil dan dibawa pulang ke England dan disimpan di muzium ini.

Muzium ini terdiri dari sebuah bangunan lama yang besar. Saya tidak begitu pasti berapa tingkat, tetapi sudah pasti tidak mampu untuk meneliti dan menghabiskan lawatan hanya dalam seminggu.



Di muzium ini juga saban minggu diadakan pameran mengikut tema tertentu. Waktu ini pameran mengenai kesenian Iran sedang dipamerkan. manakala pada 1 mei hingga 27 September 2009, pameran mengenai artifak dan kesenian India yang dikenali dengan nama "Indian Summer" sedang berlangsung.

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...