Monday, June 22, 2009

Eton College: Sekolah Tertua yang sentiasa menjadi Ketua

21hb Jun yang lalu kami berkesempatan melawat ke Eton College, sebuah sekolah yang melahirkan 14 Perdana menteri British,Putera Harry dan William serta putera-putera raja di seluruh dunia termasuk dari Malaysia. Kesempatan itu diperolehi setelah kami mendapat pelawaan dari Mr munawar, guru yang mengajar pendidikan Islam di sekolah tersebut. kami telah berangkat ke Eton College lebih kurang jam 10 pagi dengan menaiki van yang ditempah khas. Sekolah ini terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dan lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari Windsor Palace.

Setibanya di Eton, Mr Munawar telah sedia menunggu dan menyambut kami. beliau telah memberi sedikit taklimat ringkas mengena pembabitannya dengan Eton College. Mr Munawar, seorang saudagar petroleum, mendapat peluang untuk mengajar di Eton College lebih kurang 5 tahun dahulu. Beliau tidak melepaskan peluang tersebut dengan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang peniaga minyak yang berjaya demi untuk berbakti kepada pelajar-pelajar beragama islam di Britain.



menurut beliau, sepanjang tahun lebih kurang 250-300 pelajar diambil untuk belajar disekolah tersebut. 35-70 orang adalah terdiri dari pelajar Islam, 100-150 dari bangsa yahudi dan selebihnya adalah kristian. Sekolah tersebut pernah melahirkan 14 orang perdana menteri Britain, putera Harry, putera William, bapanya putera charles, putera-putera raja seluruh dunia termasuklah dari Malaysia terutamanay diera sebelum dan selepas kemerdekaan dan sebagainya. Sekolah ini diasaskan lebih kurang 450 tahun dahulu dan struktur asanya masih tidak terusik. Pelajar-pelajar yang belajar disekolah ini adalah terdiri daripada mereka yang datang dari golongan bangsawan dan penuh berdisiplin, maka tidak hairanlah keadaan sekolah ini kekal sepertimana bentuk asalnya 450 tahun dahulu.

Kos perbelanjaan setahun bagi setiap pelajar sekolah ini ialah GBP38K setahun.terdapat juga pelajar miskin yang diberikan biasiswa 'KIngs Schoolarship'. Biasiswa diberikan kepada pelajar yang cemerlang dan terbaik setelah melalui beberapa proses temuduga yang diadakan. Pada tahun lepas, seorang pelajar Islam dari pakistan berjaya memperolehi biasiswa tersebut setelah melepasi beberapa ujian yang diadakan.






kami kemudiannya dibawa melawat ke kawasan sekolah tersebut. Kelas-kelas yang digunakan untuk belajar adalah kelas asal pelajar 450 tahun dahulu. Kerusi-kerusi dan meja kayu masih digunakan sehingga sekarang. Di dinding-dinding, mereka mengukir nama-nama pelajar yang pernah belajar disekolah tersebut. Terdapat banyak plak penghormatan diletakkan disepanjang bangunan sekolah bagi mengingati bekas-bekas pelajar yang terkorban semasa perang, kemalangan dan sebagainya. Tidak kurang juga nama-nama pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah ke pelusuk dunia. Kami juga dibawa melawat ke gereja yang dibina bersama dengan bangunan sekolah ini pada 450 tahun dahulu. Lukisan-lukisan didinding masih terjaga rapi walaupun cat asalnya sudah semakin pudar.

Kawasan sekolah yang luas dan persekitaran yang nyaman adalah tempat terbaik untuk belajar. Penat mengulangkaji di dalam kelas,pelajar boleh beriadah di beberapa kawasan padang rumput yang luas menghijau. Asrama pula terdiri dari rumah-rumah banglo yang dibina dengan menempatkan 15 orang pelajar bagi setiap rumah dan seoarang master (guru) mengawasi rumah tersebut. Terdapat 114 orang guru yang mengajar disekolah tersebut dan setiap guru akan menjadi mentor kepada 5-15 orang pelajar mengikut umur masing-masing. Maka tidak hairanlah sekolah tertua didunia ini tidak pernah menjadi sekolah kedua terbaik di dunia.Sekolah ini sentiasa mendahului dari segi pencapaian akademiknya mahupun dari segi sahsiah dan kepopularitinya!

1 comment:

E!ra said...

salam papa..knapa muke papa masam je..wak 2 ambil gamba neyh??hmm..senyum la skit...i love u.