Farris Holiday yang siap sedia menunggu telah membawa kami keluar dari kem perkhemahan menuju ke tempat pertama destinasi hari tersebut, iaitu sebuah kedai membuat terompah dan cheese yang terkenal, Clog and Cheese. Di kedai tersebut, kami ditunjukkan cara-cara membuat cheese yang berbagai-bagai perisa dan demontrasi membuat terompah, sandal kayu yang terkenal di Belanda. Sebaik saja demontrasi selesai, peserta berebut-rebut membeli souveneirs untuk dibawa pulang. Kemudiannya kami dibawa ke perkampungan pertanian yang saujana mata memandang. Petani-petani menggunakan kincir angin untuk mengisar gandum dan bijiran secara tradisional yang mana sesetengah kincir angin tersebut sudah berusia ratusan tahun dan masih digunapakai oleh petani-petani Belanda walaupun terdapat kincir-kincir baru yang dibina dengan peralatan yang lebih moden dan sofistikated. Aku tidak melepaskan peluang untuk turut mengambil gambar foto di hadapan salah sebuah kincir angin tertua di Belanda.
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke kampung Volandam yang tidak berapa jauh dari tempat kincir angin tadi.Sepanjang jalan kelihatan rumah-rumah yang tersusun dan cantik memukau pemandangan. Kawasan yang bersih dan dijaga rapi dengan deretan rumah banglo dibina di sepanjang sungai dan terusan di Negeri Belanda. Apa yang mengasyikkan ialah pemandangan deretan rumah-rumah kampung yang indah dan kemas dengan daun-daun pokok-pokok willow yang mencecah air ditepi sungai-sungai dan terusan amat memukau.
Kami tiba dipekan volandam lebih kurang jam 12 tengahari. Volendam ialah sebuah pekan lama perkampungan nelayan yang menjadi kemestian semua pelancong yang datang ke belanda.Semua jenis bot, kapal layar dan perahu pelbagai jenis termasuk yang lama dan baru ada terdapat dipelabuhan pekan ini. terdapat 3 deretan kedai yang menjual pelbagai masakan dan makanan laut yang lazat dan enak disini. Asap ikan salmon goreng yang dimasak panas-panas menusuk hidung di setiap ruang pekan Volendam. Kami tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merasai keenakan ikan salmon goreng yang dimakan bersama roti panggang.Enak. Disini juga terdapat gadis-gadis yang berpakaian tradisional Belanda yang mencari rezeki dengan mengambil gambar photo bersama pelancong. mereka mengenakan bayaran lebih kurang 10euro untuk setiap keping gambar dengan berpakaian tradisonal yang lengkap. Kedai-kedai cenderahati juga agak banyak disepanjang pekan yang menjulur selari dengan pelabuhan. Dari pelabuhan, kita boleh menyeberang merentasi laut Zuider atau menggunakan jalan darat untuk perjalanan ke Marken, sebuah lagi bandar berdekatan dengan Volendam yang asalnya sebuah pulau yang ditambak menjadi daratan.
No comments:
Post a Comment