Esoknya, 13hb Jun 2009,kami sekali lagi ke Centre G.Pompidou untuk membeli belah. Selesai mencari barangan yang di perlukan, kami sekali lagi menyusuri jalan Avenue Des Champs Alysees. Kali ini kami merentasi sebelah kiri jalan untuk menyusuri sungai Seine. Sepanjang jalan terdapat toko-toko buku lama yang menjual buku-buku dan majalah lama untuk dijadikan koleksi. Agak terkejut kerana kedai-kedai tersebut masih menjual akhbar dan majalah lama. antara yang sempat kami belek ialah akhbar keluaran tahun 1948, majalah-majalah keluaran tahun 50an, malah ada yang bertarikh tahun 1878! Diantara banyak buku-buku tersebut terdapat beberapa buah buku yang ditulis dalam bahasa Perancis keluaran tahun 70an mengenai Bandung, Pangkor dan Sarawak di Malaysia.
Kami juga berpeluang singgah di bangunan gereja NotreDame, sebuah bangunan lama yang memaparkan arca pelbagai binatang dan syaitan sepertimana yang digambarkan dalam filem animasi the Huntchback of notredame. kami kemudiannya berhenti rehat di salah satu jambatan yang merentangi sungai seine iaitu Pt Alexandre III iaitu berdekatan dengan bangunan Grand palais dan Petit palais yang terkenal. Dari jambatan tersebut, sayup-sayup kelihatan menara Eiffel yang sudah lama kami idamkan...
Tidak lama berehat, kami meneruskan perjalanan menyusuri sungai seine dan melewati Palais De CHaillot, sebuah bangunan yang menempatkan tempat kesenian. Terdapat ramai anak-anak muda berlatih tarian hip hop dan tradisional di kawasan ini. Dari palais De Chaillot, Menara Eiffel telah terbentang tegak di hadapan kami. Bebarapa langkah menuju kehadapan, Menara Eiffel sudah berada di atas kepala kami dan kawasan yang panas berangin menjadi redup dan dingin. Aku benar-benar berada di kota PARIS!
Menara yang dibuat dari besi ini dibina pada tahun 1889, 15hb Mei. Pembinaannya selama 22 bulan dengan 1710 anak tangga menuju ke puncak. Seramai 150 pekerja diperlukan bagi menyiapkan menara ini dengan 50 engineers dan 40 pereka bentuk dan 500 pelukis jurutera! Menara Eiffel menerima kunjungan 120 juta pelancong sepanjang seratus tahun. Gambar foto yang diambil dibawah menara Eiffel adalah klimaks pengemabaraan ku ke Eropah. selepas menara Eifel, mood untuk mengambil gambar mulai hilang walaupun banyak lagi tempat dan bangunan bersejarah di Paris belum aku lawati. Menara Eiffel adalah kemuncak kepada impianku selama ini, berteduh di bawah redup bayang mentari di Eiffel menyempurnakan impian yang selama ini terpendam.. Besok aku akan kembali ke UK dan segala kenangan akan ku bawa pulang bersama....
No comments:
Post a Comment