Dari College kami berjalan kaki menuju ke steseyen tube bawah tanah di Broadway Ealing dengan tiket yang dibekalkan.
British Muzium telah diasakan pada tahun 1753M dan terkenal dengan koleksi-koleksi tua serata dunia lebih 2 juta tahun dahulu. Pelawat boleh menikmati keunikan perbezaan budaya dunia di bawah satu bumbung atau hanya di dalam satu bangunan. Ironiknya, Muzium British ini tidak mempunyai satu pun hasil tinggalan sejarah British, tetapi menghidangkan koleksi-koleksi dari luar. Dikatakan monumen-monumen atau tinggalan sejarah lama itu diambil oleh British dengan pelbagai cara termasuk mencurinya atau membeli di pasaran gelap. Tidak hairanlah kerana kerajaan British satu masa dulu menjelajah hampir ke pelusuk dunia. Tinggalan-tinggalan sejarah itu diambil dan dibawa pulang ke England dan disimpan di muzium ini.
Muzium ini terdiri dari sebuah bangunan lama yang besar. Saya tidak begitu pasti berapa tingkat, tetapi sudah pasti tidak mampu untuk meneliti dan menghabiskan lawatan hanya dalam seminggu.
Di muzium ini juga saban minggu diadakan pameran mengikut tema tertentu. Waktu ini pameran mengenai kesenian Iran sedang dipamerkan. manakala pada 1 mei hingga 27 September 2009, pameran mengenai artifak dan kesenian India yang dikenali dengan nama "Indian Summer" sedang berlangsung.
No comments:
Post a Comment