Monday, June 29, 2009

Kew Garden : kebun di tengah Kota

29Jun 2009, counselling lecturer, Ms fadumo memberitahu kami bahawa sebahagian dari kelas pada hari ini akan dihabiskan di kawasan rehat KEW GARDEN. Kami akan dibawa ke sana untuk mengenali pelbagai spesies tumbuhan diseluruh dunia. Teringat aku sebelum merdeka dulu British ada menanam sepohon getah kat Kew Garden sebelum dibawa ke Tanah Melayu. Inilah peluangnya untuk menjenguk tempat itu.

Dari Ealing Common, tempat kelas kami, kami bergerak perlahan dengan berjalan kaki untuk menaiki bas ke Broadway. Di Broadway, kami naik bas 95, tak perasaan lak aku bas tu sampai mana. Kami turun betul-betul depan pagar Kew Garden. Amboi.. besarnya, sangka aku ia hanyalah garden-garden biasa sepertimana yang terdapat di seluruh London, tapi ternyata perkiraanku meleset sama sekali.




Kew Garden ni asalnya sebuah kebun eksotik kat Kew Park yang dibina oleh Lord Capel of Tewkesbury. Ianya diperluas dan ditambah lagi keluasannya oleh Augusta, balu kepada frederick, Prince oF Wales. Bangunan-bangunan yang terdapat dalamnya adalah bangunan lama, antaranya Pagoda China yang dibina pada 1761 masih dikekalkan.Demikian juga Dutch House yang dibeli oleh George III pada 1781 dan dijadikan sebagai nursery untuk anak-anak keluarga diraja, sekarang dikenali sebagai kew palace.

Koleksi-koleksi di dalam taman ini bertambah dari masa ke masa sejak dari pembinaanya pada 1771. Pada tahun 1840, kebun bunga ini dijadikan sebagao National Botanical Garden. Di bawah seliaan Pengarah Kew's garden, William Hooker, kebun ini diperluaskan lagi kepada 30 hektar (75 ekar). Sehingga sekarang, keluasan keseluruhan kebun ini ialah 120 hektar (300 ekar). memang tak habis nak jalan-jalan...

Nak masuk ke kebun ni dikenakan bayaran sebanyak GBP13 untuk seorang. Budak berumur 17 tahun kebawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Dr Fadumo yang membawa kami nampaknya sakan juga berbelanja untuk bayar tiket bagi 15 peserta.



sebaik saja kami masuk ke dalam, terdapat palm house atau rumah kaca yang dibina oleh arkitek Decimus Burton dan pakar-besi, Richard Turner antara tahun 1844-1848 dan merupakan sebuah struktur besar yang dibina daripada kaca dengan struktur asasnya adalah besi padu.Rumah kaca ini adalah yang terbesar setakat ini.


Kew garden ini terletak betul-betul dipesisir sungai Thames yang dibina pada abad ke 19 dan tempat dimana pokok getah yang pertama di bawa dari Amerika selatan ditanam. Pada bulan februari 1913, Tea house, yang ditempatkan di dalam palm house ini telah hangus bila dibakar oleh olive Wharry dan Lilian Lenton dalam satu rusuhan mendapatkan hak untuk mengundi bagi golongan wanita yang dikenali sebagai serangan arson di London waktu itu.

manakala pada bulan oktober 1987, kew Gardens telah kehilangan ratusan pokok-pokok serata dunia dalam satu ribut besar pada 1987. Mungkin sebabtu lah puas aku mencari pokok getah tu, tapi tak jumpa-jumpa juga.

Selain dari palm house yang menempatkan ratusan pokok tropika, khatulistiwa yang dikawal suhunya, terdapat pelbagai lagi tempat menarik sepanjang 300 ekar kawasan ini seperti taman yang menempatkan pagoda cina, jambatan dari pokok ke pokok dan banyak lah lagi, letih nak cerita sebab jauh sangat jalan kaki...

Pusing-pusing aku masuk balik ke rumah kaca yang menempatkan pokok-pokok tropika ni.Sebabnya aku tak suka meronda tengok pokok-pokok bunga. Aku lebih suka explore pokok-pokok tropika yang menjadi kajian mereka, tapi Tak jumpa pula pokok durian, yang ada hanyalah pokok salak, nibung, rotan, mahagoni, jati, medang dan pelbagai spesies pokok lagi.

Royal Botanic Gardens, Kew, yang biasanya disebut secara mudah sebagai Kew Gardens, merupakan kawasan kebun yang besar terletak diantara Richmond dan Kew baratlaut London, England.Pengarahnya sekarang ialah Prof. Stephen D. Hopper. Kew Garden juga merupakan tempat pendidikan dan research botani yang terpenting dengan 700 saintis dan kakitangan yang menguruskan tempat ini. Koleksi-koleksi pokok hidup dikatakan sebanyak 30,000 jenis spesis pokok yang pelbagai jenis. manakala pokok herba sahaja berjumlah lebih dari 7 million spesies. Di perpustakaannya sahaja mengandungi lebih 750,000 volumes, dan koleksi ilustrasi yang dikumpulkan adalah lebih 175,000 lukisan mengenai tumbuhan.Pendapatan tahunan yang diperolehi oleh Kew Garden adalah sebanyak £56 million setahun yang berakhir pada 31 March 2008 yang lalu. Seramai 2 Million pelancong telah datang ke tempat ini sepanjang tahun tersebut. Kebun ini juga mendapat pembiayaan daripada NGO selain tajaan sepenuhnya oleh Department for Environment, Food and Rural Affairs.England. Dibina pada tahun 1759,Kebun ini meraikan anniversarynya yang ke 250 tahun pada tahun ini, 2009. Bayanglah, matt Salleh jaga kebun sampai ratusan tahun tengah-tengah kota London, cuba anda fikir kalau ada kebun macam ni kat KL, tak sampai 3 bulan dah jadi bangunan rumah kos murah yang mahal.Untuk bacaan lanjut, bolehlah rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Botanic_Gardens,_Kew. Pada Bulan Julai 2003, lebih kurang enam tahun lalu, Kebun bunga ini telah disenaraikan sebagai World Heritage Sites oleh UNESCO.








Memang mengkagumkan, mat salleh ni memelihara dan menyimpan ribuan jenis pokok-pokok dan spesies tumbuhan di satu tempat, macam muzium. Tak hairanlah mereka mengenali semua jenis pokok-pokok tropika walaupun mereka baru tiba di negara kita. Rasanya di Malaysia, tak ramai lagi yang mengenali pokok berangan, buah kecupu, kekuk, piah dan sebagainya. Mungkin 20-30 tahun lagi anak-anak kita menyangka beras yang dimakan setiap hari itu mungkin ditanam di kilang Bernas,kerana mereka mungkin tidak mengetahui macamana padi ditanam!

No comments: