Wednesday, June 17, 2009

Tiba di kem perkhemahan Amsterdamse Bos

Selepas melalui perjalanan yang memenatkan selama 4 jam dari pekan Callaise ke Strassbourg di Perancis, merentasi sempadan belgium dan memasuki bumi Holland,kami tiba di pinggir bandar amsterdam lebih kurang jam 7 petang. Sebelum tu, sempadan negara-negara Eropah barat ni tak ada pegawai imigresen atau polis yang menunggu. Sempadannya hanya dibatasi oleh sekeping papan tanda di tepi motor way sahaja. Semua penduduk di sekitar Eropah yang bernaung di bawah EU boleh keluar masuk tanpa menggunakan passport atau visa antara satu sama lain melalui peraturan EU.Matawang yang mereka pakai ialah Euro. Masa aku tiba tu, nilai Euro agak kukuh sikit berbanding Pound yang semakin menjunam jatuh. Di Amsterdam, Farris Holiday membelok ke sebelah kanan jalan dan menyusur keluar dari Motorway lebih kurang 20 km dari kota Amsterdam. Kami menuju ke Pekan Aalsmeer, iaitu jalan yang sama menghala ke airpot Schiphol, salah satu lapangan terbang yang terbesar dan termoden di Eropah yang dilengkapi dengan komplek beli belah, hotel serta rangkaian stesyen keretapi yang canggih di Amsterdam. beberapa minit perjalanan dari lapangan terbang Schipol, farris Holiday melalui beberapa jambatan gantung. Jambatan tersebut akan dinaikkan bagi memberi laluan kepada bot-bot yang melalui terusan di sepanjang sungai atau terusan di negeri Belanda. Di belanda, sebahagian besar tanahnya adalah diliputi oleh air. Orang Belanda menggunakan teknologi mereka untuk membina daik dan menambak tanah-tanah di pinggir laut untuk dijadikan penempatan. Kerana itu dapat dilihat tanah-tanah di tepi pantai lebih tinggi daripada tanah tempat didirikan rumah. Beberapa kawasan di Belanda seperti pekan Marken adalah asalnya sebuah pulau yang ditambak menjadikan satu dataran yang indah dan tersusun. Kerana itulah terusan-terusan di Belanda kelihatan tersusun dan saliran yang baik, kerana kebanyakannya adalah terusan atau sungai-sungai yang dibina sendiri oleh orang Belanda sejak beberapa ratus tahun dahulu.

balik kepada journey kami, setibanya kami di pekan aalsmer, bas farris Holliday membelok masuk ke camping site yang bernama Het Amsterdamse Bos. satu kawasan perkhemahan bajet rendah yang dilengkapi kabin dan pelbagai kemudahan. Sebaik bas berhenti dan menurunkan barang, aku siap memasang khemah untu tidur dan khemah untuk menyediakan tempat memasak bagi semua anggota rombongan. Dengan bantuan semua peserta, urusan memasang khemah-khemah tersebut hanya memakan masa yang singkat. Sebelum menjelang maghrib, jam 9.00 kami sudah siap untuk makan malam. makan malam bermula jam 9.30. Sebenarnya masih belum masuk waktu maghrib. Maghrib di Holland lebih kurang jam 9.50 malam. selepas makan, hari sudah beransur gelap. kami solat berjemaah dan terus masuk khemah untuk tidur kerana kepenatan sepanjang hari perjalanan, iaitu 5 jam dari london ke Perancis, dan 4 jam perjalanan dari Perancis ke Holland. Dalam khemah, aku tak sempat nak rancangkan sesuatu untuk esok,kerana terus terlelap dan tersedar semula jam 3.45 pagi, setelah dikejutkan oleh kawan-kawan untuk bangun mengerjakan solat subuh!





No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...