Tuesday, June 16, 2009

Lawatan Ke Muslim Cultural Centre London





Hari Jumaat 5hb Jun 2009, pagi-pagi lagi aku mengetuai rombongan delegasi untuk kunjungan hormat bertemu Pengarah Muslim Cultural Centre di Regent Park london.Kami bertolak dari tempat penginapan di TVU (Thames Valley University) di Brentford Street menuju ke Stesyen tube Boston Manor. Dari Boston Manor kami bergerak ke Acton Town dan menukar haluan perjalanan keretapi menuju ke Regent Park London. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki, kami tiba di ibu pejabat Muslim Cultural Centre yang dilengkapi dengan kompleks yang terdiri dari pejabat pentadbiran British Muslim Council, sebuah library besar yang menghimpunkan buku-buku rujukan dari seluruh dunia dan masjid utama ditengah-tengah kota London.

Kami telah disambut mesra oleh Pegawai Muslim Cultural Centre, En Khalid Sadeeq dan dibawa ke bilik mesyuarat. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah MCC En Fazleh Ali bagi pihak Pengarah MCC, Dr Ahmad Dubyan, yang mana agak sibuk pada hari tersebut kerana akan mengendalikan imam solat jumaat di kompleks berkenaan. Sebagai Ketua Delegasi, aku mengambil kesempatan bertukar-tukar fikiran dan mengajukan beberapa soalan dalan sesi percambahan fikiran dengan pihak MCC.Sepanjang sesi taklimat tersebut, khusyuk juga aku dengar penerangan dari Dr Fazleh Ali. Aku juga berpeluang memberikan sedikit ucapan ringkas bagi pihak kerajaan Malaysia dan kami bertukar-tukar cenderamata.

Majlis bersurai lebih kurang jam 12.20 tengehari dan kami bersiap untuk menunaikan solat di masjid utama di tengah-tengah kota london ini. selesai solat sempat juga aku bergambar kenangan dengan awak-awak yang lain di pekarangan masjid Regents Park of London yang tersohor itu.

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...