Thursday, June 25, 2009

Greenwich; Pusat yang tidak berpusat

24 Jun 2009, kami berpeluang melawat Greenwich, sebuah bandar yang terletaknya garisan Meridian Pangkal atau Prime Meridian. Kami bertolak ke sana dengan menaiki tube di stesyen Ealing Common dan turun di Barons Court, sebelum menukar keretapi menuju ke Aldgate Calf. Terlalu seronok bersembang, kami terlepas sehingga ke bandar Tower Hill. Kami berpatah balik semula ke Aldgate Calf sebelum mengambil DLR dengan berjalan kaki beberapa minit ke Tower Gateway. Dari Tower gateway kami menuju ke LimeHouse, kemudian sekali lagi menukar perjalanan ke Cutty Sark For Maritime Of Greenwich. Dari situ kami berjalan kaki menapak bukit untuk tiba ke istana lama tempat yang dikatakan pusat greenwich itu.

Meridian (atau garisan longitud) dalam subjek geografi ialah garisan khayalan yang dilukis di Bumi dari Kutub Selatan ke Kutub Utara. Garisan dari selatan ke utara ini disebut garisan longitud atau longitud sahaja. Meridian berasal dari bahasa Latin meridies yang bermaksud tengah hari - di mana cahaya matahari melalui dan agak tepat di atas kepala kita.

Saiz garisan ini sama sahaja iaitu 20,003.93 km. Meridian O melalui pekan Greenwich di England, Britain. Ia dipanggil Garisan Meridian Pangkal atau Prime Meridian.Greenwich (disebut greenich)adalah satu daerah di south-east London, England,ditepi pinggir sungai thames di London Borough of Greenwich. Ianya lebih dikenali sebagai tempat yang memaparkan sejarah maritime history dan dinamakan sebagai the Greenwich Meridian (0° longitude) dan Greenwich Mean Time (GMT).

Bandar terletaknya Greenwich merupakan asalnya adalahistana raja, 'the Palace of Placentia'dari kurun ke 15, dan merupakan tempat kelahiran golongan tudor England termasuklah King Henry VIII dan Elizabeth I. Istana tersebut di baik pulihsemasa perang 'English Civil War' dan dibina semula sebagai 'the Royal Naval Hospital' untuk pelaut (pelayar oleh Sir Christopher Wren dan pembantunya Nicholas Hawksmoor. Bangunan ini dijadikan sebagai 'the Royal Naval College' pada tahun 1873, dan seterusnya dijadikan sebagai tempat pusat pendidikan military sehinggalah tahun 1998 sehinggalah diserahkan kepada yayasan Greenwich. Bilik-bilik yang bersejarah di bangunan ini dibuka kepada awam, manakala sebahagian lain bangunan ini adalah digunakan oleh University of Greenwich dan the Trinity College of Music.

Bandar ini menjadi popular pada kurun ke 17 bila mana banyak rumah-rumah besar dan indah seperti 'Vanbrugh castle' yang dibina di atas Bukit Maze, berdekatan dengan taman. Semenjak zaman georgian, rumah-rumah dan bangunan dibina di tengah-tengah pusat bandar. 'The maritime connections of Greenwich' dimulakan sejak abad ke 20 bilamana kapal 'Cutty Sark' dan 'Gipsy Moth IV' diletakkan di bersebelahan Kuala Sungai Thames. Cutty Sark adalah sebuah kapal dagang milik Syarikat hindia Timur British yang membawa teh dari India dan Ceylon satu ketika dahulu merupakan sebuah kapal yang terlaju pada zamannya (kemuncak penguasaan inggeris). Malangnya kami tak dapat melihat sepenuhnya kapal tersebut kerana dek bawahnya sedang dibaiki akibat kejadian kebakaran tidak lama sebelum kami tiba ke UK.









jam 6.00 petang, aku puas meninjau kawasan greenwich dan mula turun ke bawah bukit istana lama tersebut sambil menunggu kawan-kawan lain dibangku yang disediakan. Waktu itu teringat pula yang aku pernah terbaca satu artikel yang mempertikaikan waktu greenwich ini. Cuba renung balik dan fikirkan. Kata artikel itu Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi berbanding waktu di Dreenwich. Di makkah, satu ketika dulu, Saintis dan ulama Islam mendesak supaya waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa ‘Greenwich Meridian Time’ atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi.

Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, desakan itu disuarakan pada persidangan yang diadakan di Qatar dengan tajuk ‘Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan.’ Seorang pakar geologi juga berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara.

Pakar itu berkata, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, katanya, sudah tiba masa perkara itu diubah.

Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.

Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang turut menyertai persidangan berkenaan menekankan, sains moden akhirnya membuktikan Makkah adalah pusat Bumi.

“Bukti Makkah adalah pusat bumi sebenar adalah kiblat ? perkataan Arab bermaksud arah umat Islam apabila menunaikan solat,” katanya.

Seorang cendekiawan Islam, Zaghloul al-Najjar, berkata negara Barat tidak suka melihat bukti saintifik menunjukkan Makkah berada di pusat bumi tetapi beliau dan tokoh Muslim lain akan meneruskan usaha supaya masyarakat antarabangsa menerima kebenaran itu.http://malaysianews.abufaris.com/dakwah/ilmuwan-islam-syor-guna-saat-makkah-ganti-gmt/

Apa pun,ketika ini kita kena akur dengan apa yang ada. Saya setuju jam Makkah diguna pakai, tapi, selagi umat Islam tidak dapat menguasai ilmu dan dunia, maka kita hanya mampu bersuara, tapi tak mampu mengubahnya. Greenwich adalah bukti penguasaan Inggeris bahawa mereka pernah menguasai ilmu dan dunia satu waktu dulu. Untuk mengubahnya, kita juga perlu menguasai ilmu dan mempengaruhi dunia. Insyaallah.

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...