Tuesday, June 30, 2009

Al-Fatihah buat almarhum Dr Fathi Yakan




Hari ni genap 20 hari pemergian Dr Fathi Yakan, seorang pelopor gerakan Islam yang berpusat di Lubnan. Beliau meninggal pada 13hb Jun 2009. Sewaktu beliau pergi mengadap illahi, kami waktu itu masih berada di France. Biarpun tidak membaca sebarang media mengenainya, berita kematiannya di Perancis begitu cepat tersebar.Tidak hairanlah kerana di Paris, bilangan penduduk Muslim adalah yang teramai di Eropah, maka kematiannya cepat disebarkan termasuklah di media-media tempatan. Berdasarkan satu poster yang tertampal didinding bangunan, kami menyedari kematiannya dan amat mengejutkanku kerana buku-bukunya amat popular bagi diriku, terutamanya buku "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam)yang pernah ku baca sejak dibangku sekolah lagi. Apa pun kita perlu redha kerana setiap yang hidup akan menemui kematian, Pemergiannya ke alam fana merupakan satu kehilangan pada dunia dakwah islam.
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50-an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60-an. Beliau telah menjawat ketua umum dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.Beliau juga merupakan ahli dewan rakyat sehingga tahun 1996. Beliau juga adalah orang yang memainkan peranan penting dalam menamatkan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku kesemuanya.
Biodata ihsan dari: http://www.mutiulhaq.blogspot.com/ Al Fatihah

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...